Adakah korang baru berhenti merokok? Adakah korang sedang mencari komuniti berhenti merokok? Mencari group yang betul-betul rata-rata ahlinya telah berjaya berhenti merokok?
Jika ya, maka korang telah sampai kepada tempatnya.
Aku buat posting ini sebagai update kepada siri-siri posting berhenti merokok sebelum ini kerana masih ada diluar sana yang mencari komuniti berhenti merokok yang unik seperti RetiredSmoker ini. Aku bukan jual ubat ya!
Kami tak ramai, tapi alhamdulillah kami yang ada disini cukup meraikan dan berpengalaman untuk bersama-sama mendengar masalah korang dan berkongsi pengalaman bagaimana kami berhenti merokok. Bukan sembang kosong saja. Kami faham bagaimana cabaran untuk membebaskan diri dari rokok, dan kami juga cukup bertuah dan bersyukur terpilih dikalangan mereka yang telah berhenti merokok!
Jadi, hubungilah aku. Klik je button wassap seperti yang tertera pada skrin. Ia percuma, non profit, no fees not such thing. Doakan ia terus begitu.
Untuk terpilih, kita perlu memilih untuk jadi yang terpilih dahulu!
Bila join group ni aku rasa korang pasti menyesal. Sebab korang dah tak ada alasan untuk give up dah. Umur muda? Berusia? Ada masalah? Hisap sekotak sehari? Sehari berkotak2? Setahun berpuluh2 tahun? Vapers? Sisha? Semua ada disini. End up korang akan dapat semua jawapan atau terfikir sendiri bahawa inilah masanya untuk berhenti!
Group RetiredSmoker masih wujud, masih aktif, masih bebas! Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dalam group yang terus-menerus stay memberi sokongan. Semoga segala sumbangan tuan/puan diterima sebagai amalan kebajikan diakhirat kelak.
Jadi apa tunggu lagi, wassap aje kami sekarang!
Bye.
#bebasrokok #bebasnikotin #retiredsmokers