• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Bengkel bola sepak

Akademi Bolasepak I’M Junior

July 28, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sebulan sudah berlalu Danial join Akademi Bolasepak I’M Junior ni. Lebih daripada 60 orang kanak-kanak daripada umur 5 – 12 tahun lelaki dan perempuan yang join program akademi ini. Waktu latihan pula pada setiap hari sabtu dan ahad dalam 2 jam.

Setakat ini aku tengok pengurusan program latihan sangat bagus. Coach pun nampak berpengalaman dan very punctual. Lokasi latihan pula di padang SMK Tenku Panglima Perang Tengku Muhammad(Kompleks Sukan Unit Sukan JPN). Kira beruntung juga lah sebab dapat padang cantik macam ni. Selain itu peralatan seperti bola dan gol juga cukup. Bilangan coach pun ramai. Memang nampak usaha mereka dalam menjaga kualiti latihan.

Setiap pemain dibekalkan dengan tag nama
Sesi warming up pagi
Ni bukan iklan promosi ya. Ni nak tunjuk gambar dari tengah padang, lokasi parking parent.

Bagi parent pulak, nak parking kereta pun mudah. Nak tunggu pun boleh bawa tikar atau duduk je di sekitar tepi padang. Ada pokok-pokok rendang dan bangunan berdekatan, atau tunggu sahaja dalam kereta. Toilet dan court futsal pun ada in case memerlukan.

Danial bergambar bersama peminat di pintu masuk padang
Danial selepas training

Kami hantar Danial ke akademi bolasepak ni tidaklah expect apa-apa sangat. Apa yang penting kami mahu dia belajar fokus, komunikasi, disiplin dan lain-lain elemen yang bagus hasil daripada sukan bola sepak. Mak ayah dua-dua dulu sportsman, memang faham sangat benefit daripada aktiviti sukan ni. Maklum sahajalah anak-anak zaman sekarang ni yang dikelilingi dengan pelbagai gajet, walaupun kami sememangnya tak provide langsung sebarang gajet pada anak-anak(kejam tak?). Namun dalam masa sama mereka juga tak berkesempatan nak buat aktiviti macam kita dahulu main bola, main parit, lastik burung dan macam-macam lagi tanpa bimbang tentang keselamatan. Itu belum ambil kira jika ada sekolah petang dan sebagainya, memang mereka pun sama sibuk macam parent mereka, tiada masa untuk aktiviti sukan.

Oleh sebab itu, kami sentiasa mencari peluang untuk menghantar mereka untuk join aktiviti sebegini bagi menggalakkan mereka bersosial dengan lebih sihat. Aktiviti berpasukan begini juga boleh meningkatkan ketahanan diri, rasa semangat juang, dan toleransi sesama pasukan. Bagaimana menang bersorak, kalah kembali bangkit.

Harapannya begitulah.

Jadi aku kongsikan sekali imej-imej iklan promosi diorang in case ada yang nak tahu maklumat lanjut boleh berhubung terus.

Till next post, bye!

Latihan sesi petang
Group photo peserta pada hari pertama

Coach tengah pump bola sambil berbincang tentang latihan
Sebahagian bola yang disediakan penganjur. Terbaik.
Latihan sesi petang
Pembantu coach
Die hard fan

Antara selected player dalam team yang dihantar untuk tournament

Antara team yang hadir dalam tournament
Apa yang penting? Kerjasama!

Design jersey terbaru akademi

Filed Under: Kesihatan, Kuantan, Lifestyle Tagged With: akademi bola, akademi bola sepak, akademi bola sepak i'm junior, Bengkel bola sepak, I'M Junior Football Academy, im, indera mahkota, kelab bola, kelab bola sepak, kelab bola sepak kanak-kanak kuantan, kelab bola sepak kuantan, kompleks sukan unit sukan jpn, Pahangtourism, revisit pahang 2018, visit pahang

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Singgah beli keropok di Keropok Warisan Losong Kuala Terengganu

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Cendol Terbaik Di Kuantan

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •