Alhamdulillah.
Pagi semalam sedang elok aku nak keluar kerja tiba-tiba kereta breakdown lah pulak. Padahal sebelum tu aku pergi subuh di surau, elok ada boleh start.
Check battery macam ok. Tapi bila cuba start bunyi “Tik! Tik! Tik!”
Fikir punya fikir, teringat tentang perkhidmatan Bateriku.com.
Hah apa lagi, aku terus google tentang Bateriku.com. Nak tanya dulu macam mana servis mereka ni. Mana lah tahu mahal sangat ke. Sebab aku pun tak sure apa masalah kereta aku ni sebenarnya. Kalau memang masalah bateri oklah boleh mintak mereka tukarkan.
Jadi aku pun google juga lah Customer Service Bateriku.com. Rupanya mereka juga guna WhatsApps untuk memudahkan pelanggan. So aku pun cuba WhatsApp mereka. Dalam masa 10 minit mereka reply then diorang redirect ke branch di kuantan. Sebelum tu hq call dulu mereka bagitahu jika memang bateri problem, kos bateri adalah RM308. Kalau bukan masalah bateri, tiada servis charge dikenakan pulak tu. Pada aku kira murah lah tu, aku tak payah buat apa-apa kesana kemari nak check dan cari bateri. Selepas confirmation satu sms report masuk termasuk maklumat quotation. Dalam masa 15 minit support kuantan call. Cepat juga servis diorang ni.
Pendek cerita memang aku puas hati lah, support Bateriku.com yang datang juga ramah. Mereka datang check bateri dulu, then dah confirm rosak then baru mereka ganti. Kemudian mereka juga check alternator dan lain-lain yang berkaitan. Memang terbaik.
So aku memang rekemenlah pada korang semua untuk cuba guna servis Bateriku.com nanti. InsyaAllah puas hati weh.
boleh lawati https://www.bateriku.com
[ngg src=”galleries” ids=”8″ display=”basic_thumbnail”]