Bukan mudah untuk setiap gambar kita dijual di Shutterstock.com. Walaupun kita sudah mempunyai akaun sebagai contributor sekali pun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar semua koleksi gambar kita ke Shutterstock.com sesuka hati. Setiap gambar yang dihantar masih perlu melalui proses reviewer yang professional yang akan melihat kualiti dari setiap sudut daripada idea atau konsep sehingga ke teknikal fotografinya.
Minimumkan rejection!
Terus terang kawan kabo, masa awal2 start sebagai contributor, 10 keping hantor, 5 approved, 5 rejected. Ada sebab konsep / idea, ada sebab teknikal fotografi itu sendiri. Ini bermakna 50% daripada submitted image rejected. Ini tidak bagus. Maka kita kena cari puncanya. Apa masalahnya? Sebab tu kawan nok awok baca ni. Hok nims, wajib baca wajib tau. Belajor dari kesilapan diri sendiri adalah terbaek, tetapi kalau boleh sediakan payung sebelum hujan lebih2 terbaek dops. Setiap kali submission kalau boleh, elakkan rejection sampai 60%.
Kalau kene reject, jangan delete!
Tetapi, awok kena tahu jugop. Rejection tidak bermakna gambo awok burok, tak boleh pakai. Rejection kat Shutterstock.com tak semestinya kena reject dekat Dreamstime.com atau Fotolia.com atau agensi2 stock lain. Reviewer yang check gambo kita tak sama, maka evaluation mereka pun berbeza2. Sebab itu jangan pulok awok gi delete gambo yang kena reject kat Shutterstock tu. Hanto la kat agensi lain bila ada masa. Walau pun agensi lain slow, tapi tetap jalan weh…
Berikut adalah senarai rejection yang biasa kawan terima sepanjang menjadi contributor Shutterstock.com & juga daripada agensi lain.
- Focus/Out of Focus–Your image is not in focus or focus is not located where we feel it works best.
- Blurry — Your subject not in focus / have blurry effect that not suitable on the image
- Noise — Noise, film grain, over-sharpening, or artifacts at full size.
- Pixelation — Images shows over sharp edges or pixels
- Over or under saturated colors — over or ridiculous enhancement on saturations.
- Poor Lighting–Poor or uneven lighting, or shadows. White balance may be incorrect.
- Over/Under exposure — Bad exposure control Exposure = Speed + Apperture
- Composition–Limited commercial value due to framing, cropping, and/or composition.
- This image is already in your portfolio.
- Problems with contrast — Contrast in the imaging is the difference between the lights and the darks. Sample!
- Trademark–Contains potential trademark or copyright infringement.
- Lighting Problems–Purple fringe, blown highlights or lenses flare.
- Limited Commercial Value — Any “SnapShot” images. We do not need this image at this time.
- Interpolation problem — Interpolation (sometimes called resampling) is an imaging method to increase (or decrease) the number of pixels in a digital image.
- Quality of routing — To be update later.
- Oversupplied — The image / material is already over supplied in the gallery. We do not accept this type of image / material anymore.
Untuk penerangan lebih kemas dan teratur, boleh baca disini
ucualong says
Salam tuan, nak tanya sikit:
1. Adakah boleh kita submit gambar yang sama ke beberapa agensi dalam masa yang sama? atau perlu tunggu dulu keputusan review gambar2 kita tu.
2. Katakan gambar kita tu agak menarik, tapi dah ramai orang lain submit gambar yang sama. Haruskan kita submit juga (menunjukkan hasil kerja kita berkualiti), atau tak perlu submit, sbb sama dgn org lain.
Mohon pandangan. Thanks.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam.
1. Ucualong boleh menghantar gambar yang sama kemana-mana agensi stock photo selagi gambar berkenaan tidak diistiharkan sebagai ekslusif bagi agensi tertentu. Setiap agensi ada team review masing-masing, maka sementara menunggu tu, hantarlah ke angensi lain juga.
2. Kita boleh menghasilkan gambar dengan konsep yang sama, tetapi pastikan cara persembahan berbeza atau lebih baik dan kreatif. Sebagai contoh tuan mungkin menghantar gambar model lelaki merokok dengan mesej larangan merokok berlatar-belakangkan stesen bas awam, saya mungkin akan menhantar gambar model lelaki juga dengan pose yang sama bersama keluarga. Dari sudut pencahayaan juga kadangkala dah membezakan antara gambar kita dengan gambar orang lain. Mungkin gambar tuan ambil pada waktu siang, manakala gambar saya pada waktu malam? Idea yang sama tiada masalah cuma kalau boleh, come out dengan idea fresh lagi baik.
Harap membantu.
SaiFuL says
Terima kasih utk info yg diberikan, diharap agar terus menyumbang utk pendatang2 baru didalam bidang ini spt saya.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
InsyaAllah, semoga memberi manfaat kepada Tuan dan rakan2 lain.
Mayra Umayrah says
hi, saya nak tanya. macam mana nak deactive terus and stop billing daripada account shutterstock? Mohon bantu dan beri tunjuk ajar. terima kasih.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Stop billing tu maksudnya apa ya? Nak tutup akaun shutterstock?
huzaifah says
Salam, tuan nak tanya boleh upload gambar yang ada tarikh ke?
ghazalitajuddin says
Hurmmm tk pernah buat. Rasanya takde masalah ia tetap gambar. Tapi better check dulu dalam forum ss.
Mohd Amran bin Daud says
Apakah shutterstock masih berjalan dengan lancar sekarang.. dan setiap gambar yang dibayar akan ke akaun mana ya?? .. guna kamera telefon boleh ke
Maaf soalan random
Terima kasih
ghazalitajuddin says
Ya masih berjalan seperti biasa. Bayaran menggunakan PayPal.
Shukri says
Salam tuan nak tnya berkenaan dgn model tu nk buatvmcm mana ya sy bkn model pun dalam gambar tu ?
ghazalitajuddin says
Saya kurang faham soalan. Nanti mohon jelaskan sikit soalan ya.