Untuk pengetahun artikel ini telah lama tidak dikemaskini. Kini Shutterstock.com hanya memerlukan anda lulus sekeping gambar sahaja! 1/10 dah kira lulus!
Mesti ramai bertanya kenapa Shutterstock.com? Kenapa tidak agensi lain? Dreamstime.com ke, Fotolia.com ke, 123rf.com ke? dll?
Sebabnya, setakat ini, proven melalui pengalaman sendiri dan rakan2 stock lain, sales terbaek dalam industri microstock photography adalah daripada Shutterstock.com. Shutterstock.com memanfaatkan Google sebagai engine pemasaran terbaiknya. Cuba buat google search sket, sure first sekali gambar keluar adalah gambar yang ada watermark Shutterstock.com. Begitulah market microstock ni, pasaran terbesar adalah Internet. Berbeza dengan macrostock yang menggunakan agensi2 pengiklanan bagi menjual gambar.
Tetapi, tidak bermakna anda tidak perlu register agensi lain. Sebenarnya anda wajib register yang lain, kerana tidak semua gambar yang anda hantar akan diterima oleh satu agensi sahaja, maka yang tidak diterima tu boleh lah mencuba nasib di agensi lain. Jangan membazir beb. Kenapa pilih 1, jika boleh pilih semua?
Sebenarnya ada 3 langkah mudah sahaja:
- Daftar akaun
- Submit ID (Passport)
- Submit 10 keping gambar
PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR SEBAGAI CONTRIBUTOR SHUTTERSTOCK.COM
1. Daftar Akaun. Klik imej banner dibawah. Isikan maklumat dengan lengkap.
Anda mungkin terpaksa memilih sama ada Paypal / Postal Check / Moneybookers sebagai medium pembayaran. Jika berminat nak buka akaun paypal, sila baca tutorial disini.
2. Hantar passport. Shuterstock buat masa ini hanya menerima passport sahaja sebagai ID bagi mengesahkan kerakyatan contributor. Lesen atau IC daripada Malaysia belum lagi diterima. Maka sesiapa takde lagi passport tu, terpaksalah korbankan RM100 untuk buat passport yang siap dalam masa 24 jam. Scan passport anda (muka hadapan sahaja) dan upload. Tunggu verification daripada Shutterstock.com (24h)

3. Bila dah verified passport, tuan/puan akan dapat email macam ni

4. Hantar 10 gambar. So bersedialah untuk menghantar 10 keping gambar… kena lulus 7/10. Tak lulus 7/10, banned 1 bulan baru boleh resubmit sekali lagi. Maka kalau boleh buatlah research telebih dahulu tentang gambar-gambar yang diperlukan oleh client Shutterstock.com. Berfikir seperti client.
Sebaiknya gambar yang dihantar bervariasi, tidaklah semua landscape, tidaklah semua potret, terbaiknya adalah bercampur-campur. Tujuannya bagi membolehkan reviewer mengenalpasti kemahiran tuan/puan sebagai contributor. Jika semua sama, memang confirm kena reject. Jadi jangan ambil risiko. Kalau korang sanggup tunggu sebulan demi sebulan try ler.

5. Buat duit lah! Tahniah beb lulus jugak ko rupanya! Welcome to the World Of Microstock Photography! So mulalah perjalanan ko sebagai Stock Photographer, semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu…. Jika gagal, takpe beb, mantain cool, macho biar dalam ati panas membara, yang penting jangan give up. Just terus shoot commercial shot. Cukup abis idah, resubmit balik 10 keping yer!

Tutorial ini akan dikemaskini dari masa ke semasa! Selamat mencuba!
Terbaek lah…
Terbaek saja tak cukup cikgu, join sekali!!! Hahaha
keep it up…!!!
Tq bro! Semoga tuan sihat2 dan berbahgia selalu!
boleh cuba ni. submit passport ke website ni selamat ke?
InsyaAllah selamat 🙂
Hai Cikgu, saya nak tanya mengenai Shutterstock, minta pm kat no saya 0179039037 Mie, lepas cikgu pm, saya call cikgu, tq
Tq
saya ingin tahu mengenai shutterstock lebih mendalam…mohon tunjuk ajar
Boleh tuan hubungi saya 0169212092
kita perlu upload di shutterstock ataupon di contributor?
Dimana tuan register. Kalau di Shutterstock, maka upload di shutterstock.
boleh tak bgtau saya apa tu payout…nak taip apa pun tak tau
Payout tu bayaran tuan. Bila jualan dah cukup, maka boleh payout.
saya upload i/c utk id, kena passport jugak ke?
Ya tuan, perlukan passport untuk join contributor shutterstock. Tq.
Salam tuan, dari malaysia ni. Payout guna paypall ni available tak utk malaysia? Nak kena set main currency tu dalam usd ke rm?
Wsalam. Dari paypal boleh transfer ke local bank tuan. Biasa saya guna Maybank2u je. Gud luck tuan!
Assalam tuan, baru nak mencuba ni. Biasa duit tu dibayar macam mana? melalui bank ke paypal? biasa harganya macam mana untuk satu gambar? kena send 10 keping terus ke? kalau satu satu boleh ke? tq tuan mohon tunjuk ajar.
Wsalam. Duit dibayar dalam usd melalui paypal. Sekeping gambar dari usd0.25 sehingga ratus usd pn ada. Kena submit 10 kpg utk permulaan. Kemudian boleh satu2…
Salam tuan.. Katakan koleksi gambar upload sudah 1000 keping. Brpe anggaran boleh dapat income melalui shutterstock ni secara kasar setiap bulan?
Wsalam umar faruq. Thanks singgah.
Semua bergantung kepada demand, dan nilai commercial submission kita tu.
Kalau semua 1000 submission kita tu commercial, mmg betul2 menarik dan terjual. So 1000 x usd0.25 = USD250 / sebulan. Itu belum kira kalau ada on demand sale dan lain2. Harga dia lebih daripada biasa. Kalau hantar video clips, biasanya USD20 ++. So variasikan submission, jangan hantar foto sahaja, hantar illustration, video clips dan vector juga ya.
Stock photo ni lebih kepada investment jangkamasa panjang. Bukan short run punya. Cuma kena sabar dan rajin. Mesti ada hasil.
Salam.
Wsalam umar faruq. Thanks singgah.
Semua bergantung kepada demand, dan nilai commercial submission kita tu.
Kalau semua 1000 submission kita tu commercial, mmg betul2 menarik dan terjual. So 1000 x usd0.25 = USD250 / sebulan. Itu belum kira kalau ada on demand sale dan lain2. Harga dia lebih daripada biasa. Kalau hantar video clips, biasanya USD20 ++. So variasikan submission, jangan hantar foto sahaja, hantar illustration, video clips dan vector juga ya.
Stock photo ni lebih kepada investment jangkamasa panjang. Bukan short run punya. Cuma kena sabar dan rajin. Mesti ada hasil.
Salam.
Salam. I have a few questions to ask you.
1) Orang kata boleh guna I/C tetapi kena reject lepas daftar. Shutterstock minta saya hantar passport. Ia selamat jika saya hantar passport? Takut kena digodam.
2) Ada Editorial and tanpa Editorial punya harga gambar yg berbeza?
Terima kasih
Sorry for late reply
1) Passport sahaja. Setakat i involved 8 thn ni secure. Tiada masalah safety n security related passport.
2) Editorial u kena letak caption ikut format editorial, guna untuk newsworthy content sahaja. Kalau non editorial or rf, kena ada release, model release, property release etc.
Salam Tuan, Saya berminat untuk belajar dengan lebih lanjut, boleh Saya hubungi Tuan?
01111119484, Naim Abdullah
Whassap saya 0169212092
Kalau nk upload passport. Perlu upload bahagian yg ada cap jari sekali ke?
Upload seperti gambar passport Sponge Bob yang saya share.
Slm, kalo guna passport tmt tenpoh boleh ke?. Haha..
Hahaha boleh cuba ???
Hi tumpang tnya. Bagaimana pula dgn istockphoto? Perlu passport juga ke?
Ya sis. Istockphoto last time saya apply juga perlu passport as identification.
Hi tumpang tnya. Bagaimana pula dgn istockphoto? Perlu passport juga ke?
Bos, ada syarat tak berapa besar, dimension untuk photo?
Untuk gambar minima 4MP atau 2000 x 2000 px.
Detail boleh lihat video tutorial ni
https://youtu.be/LncPTpHJErA
Saya berminat untuk belajar dengan lebih lanjut, boleh Saya hubungi Tuan?.
salam..saya rizal baru ja buka akaun contributor dgn shutterstock ni..masalah saya dah send beberapa gambar semua x approve..apa masalah tu ya
Biasanya kalau gambar tak approve dia akan maklumkan dengan sebab. So daripada situ boleh check balik kenapa reject.