Salam,
Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin, kepada semua kenalan dimana juga anda berada.
Tahun ni, aku beraya kat singapore. Aku bukan org sana, aku pure Malaysian citizen born in Kuantan, Pahang. Tak percaya meh la jumpe aku, kite dengo betapa pure loghat pahang aku. Tapi Singapore adalah kampung aku sebelah mak. Dimana sekarang ni aku ada nenek seorang sahaja disebelah mak aku, arwah tok aku meninggal around 2005 camtu la. Manakala sebelah ayah aku pn dah takde, dah pergi masa aku tengah belajar lagi.
Actually aku rasa this year suppose beraya sebelah wife aku. Tapi aku ubah plan as kakak ipar aku, dan dua adik ipar aku pregnant, aku suggest utk reunite hari raya next year. Sure best coz ada 3 org ahli keluarga baru ada sekali tahun depan. Tahun ni still aku balik, tapi tak rasa cam balik pun coz rumah mertua aku ni dekat je. 10mnt je dah sampai. Actually selang seminggu dua, kitorang akan visit diorang lah, sama la ngan umah mak aku, pn dekat je. So aku takde la feel balik kampung sangat hahahaha. Cuma bila balik Singapore, mmg rasa lah sket. Tp penat.
Perjalanan Kuantan – Singapore amek masa dalam 5 jam sebenarnya. Tapi bila hari2 perayaan ni, dengan konvoi 2,3 bijik kereta, dengan jem nya, bleh pergi sampai 9 jam. Baru ni memang amek masa 9 jam. Bawak keter dalam 100kmj je. Aku memang pemandu yang berhemah. Sesekali je la pergi 120kmj. Mau tak bro, perjalanan aku dari Kuantan – Singapore melalui Bandar Muadzam Shah, ke Segamat, ke Yong Peng, masuk highway terus ke JB dan Singapore, paling aku tak suka adalah jalan Kuantan – Segamat. Mmg cam haram la. Kereta banyak, jalan sempit dan gelap. Lum kira jalan rosak dan tengah repair, mmg sakit la.
Apa yang puas atinya trip balik raya tahun ni, first sekali alhamdulillah takde masalah sepanjang perjalanan. Walaupun 2,3 kali nak bertembung dengan keparat2 yang tak sabo2 memotong, tapi semua selamat alhamdulillah, second adalah aku dapat solat subuh kat Masjid Sultan Abu Bakar johor. Aku ni mmg suka benda2 bersejarah, mintak maaf la yer. Barang2 antik semua aku suka. Hahhaha. So dapat solat kat situ kira best gak aaaa. Cuma tak sempat nak amek gambo je, tak jumpe angle yang best dari atas tu.
Then tahun ni ntah pesal, kesihatan baik mood baik, masa pn baik, aku ajak adik2 aku gi Pasar Geylang kat singapore. Pasar Geylang ni memang pasar melayu terbesar la kat singapore nh. Memang kebiasaanya malam2 raya memang meriah giler. So aku terasa macam ini last peluang aku untuk jejak kaki ke Pasar Geylang, coz tatau la tahun2 depan dapat datang lagi ke tidak kesini. So kali ni aku tak lepasla peluang amek gambo ape patut enjoy the time and moment dengan adik2 and cousin aku.
Nak jadi citer, ntah pesal jugak, kul 3 pagi raya aku dah bangun. Tak leh tido till solat raya. Kitorang plan plak ke Masjid Sultan Singapore. Sama jugak ngan reason takut2 lepas ni dah tak berpeluang dah kesini, so kitorang pakat2 p solat raya kat sana. Actually ada masjid dekat ngan flat nenek aku tu. Tapi tu la nak jadi citer kan. Hahahah.
Masjid Sultan ni dah lama kitorang tak pergi. Last time 2005 lah masa arwah atuk aku meninggal. Dia disembahyangkan disini. Actually arwah moyang dan arwah tok aku pernah jadi imam masjid ni masa hayat mereka. Cucu cicit je cam hantu. Hahaha. Masa kitorang kecik2 dulu pun dia selalu bawak kitorang sembahyang raya kat sini. Masjid bersejarah yang menjadi kebanggaan orang2 melayu di singapore. Sebelah masjid ni adalah tapak istana Sultan terdahulu, sultan mana aku tak pasti plak. Rasa cam Sultan Johor. Tapi kena bukak kitab sejarah balik la kalau nak tau hahaha.
Aku jarang bawak kamera dalam masjid, tapi tu lah, nak jadi kisahnya kan, aku bawak bag kamera aku semayang raya tu. Nasib baik leh amek gambo, aku ingat aku sorang je shoot dalam masjid tu. Leh tahan ramai gak fotog chinese dam juga videoman yang dari mata aku ni suka2 amek gambo. Termasukla aku sekali. Memang terbaek la solat raya tahun ni, dah la bangun awal nak mampos, sampai masjid pn awal giler, bawak kamera dan shoot guna fisheye, bahagia siot hahaha leh berkarya di pagi raya. Peluang jarang datang bergolek, sudah tentu tak dilepaskan. Huhuhuhu.
meeboo lah says
perrggghhhh mata ikang tuuuu, singapura tuuuu meh lah rokok import seeee wakakakakakaa
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
hahaha cam haram… rokok gak ko mintak ek…