Projek
Baru ni aku kuar amek angin dengan bebudak suku sakat rajalanun. Mencari ilham atau dengan kata lain mencari gambar-gambar selain daripada wedding. Mungkin gambar-gambar sebegini tidak sesuai untuk anak-anak bawah umur, takut2 nanti ada plak yang mencubanya.
Projek ni disertai oleh GarudaTimur(http://www.fakhrulnajmi.com), Zarul, Ijam, Yus, Ijat. Fiza & Crysis. Actually ini adalah sesi mengasah teknik fotografi kami yang masih lemah. Jadi kenelah betulkan apa yang patut. Aku takde merancang nak shoot macam ni pon sebenarnya, cuma semua tools dah disediakan daripada awal. So end up macam ni disebabkan oleh kitorang memang kegersangan idea nak wat artwork buat masa ni. Hati tak cukup tenang dan masa tak mengizinkan untuk amek masa fikir apa nak wat. So belasah ajerlah.
Ini tip aku pada korang:
Berani Ke Depan
Untuk hasilkan gambar macam ni memerlukan keberanian. Thanks to fakhrul sebab berani merosakkan diri demi menghasilkan beberapa keping gambar ni. Ramai bertanya pada aku, camne nak wat gambo camni. Aku cuma jawab, just buat jer lah. Sebab memang masalah kita adalah kita tak berani nak buat. Takut nak buang masa, taknak kuar idea, taknak org cakap melampau. Suppose if you ada idea, you cuba realisasikan idea tu. Selagi idea ko tu tidak mendatangkan mudarat pada sesapa, buat ajer. Pejam mata, pekak telinga. Sebab bila ko berjaya hasilkan satu2 karya, korang jugak puas ati, orang lain makan ati.
Raja Lanun | Create Your Badge
Bergerak Berkumpulan
Ko nak wat gambar camni, lebih mudah sekiranya berkumpulan. Tapi kadang2 ada masa dan ketika, bergerak secara berkumpulan akan melambatkan ko. Bagus buat berkumpulan, if ko boleh manage dengan baik, maka hasilnya akan jadi lebih bagus daripada bekerja seorang. Tapi macam aku cakapla, kalau dah semua nak pegang camera, takde org nak pegang lighting atau wat air, susah jugak.
Bukan mudah nak cari org satu kepala ni. Aku dah cuba dah, nak dapat kepala yang suka berkarya ni susah. Nak dapat kepala yang gila2 ni susah. Sebab tu aku bersyukur kenal beberapa orang yang leh masuk kijer2 macam ni…
Bersedia Sebelum Mula
Tapi sebelum ko nak laksanakan idea ko tu, check lah segala persediaan sama ada sebelum shoot atau selepas shoot. Sebab aku dah biasa tengok, projek menghasilkan gambar akan gagal bila tak bersedia. Barang tak cukuplah, orang tak cukuplah. Patut shoot tengahari,petang baru nak start. Timing kene baek. Paling penting ko kene tau apa ko nak wat. Orang lain tak tau apa ko fikir. Dah nama nak wat artwork kita, takkan orang lain yang pikirkan untuk ko. Melainkan ko tukang wat air, tgk ajer lah. Tapi tak salah tukang wat air bagi idea. Aku suka org bagi idea. Aku lagi suka tolong orang menjayakan idea. Sebab aku boleh belajar sama.
Terima Komen
Nampak macam senang shoot gambar macam ni. Nak tau senang atau tidak, bersedialah dengan komentar2 diluar sana nanti. Ko publish lah kat facebook ka, flickr ka. Tgk apa org komen gambar ko. Berterima kasih lah sebab ada orang komen gambo ko tu, dia tgk gambar ko pun dah kira nasib baik. Jangan pulak bila org komen ko marah balik. Memang dasar sengal la kalau ko wat macam tu. Kalau ko rasa tak betul ko lupakan jer, kalau betul ko terima lah. Senang.
Jangan Putus Asa
Jika ko gagal. Jgn putus asa. Proses menghasilkan karya terbaik, wajib ada kegagalan. Sebab gagal adalah proses belajar. Pelajaran terbaik adalah belajar melalui kegagalan. Kalau nak express boleh, tu yang bila eksiden terus bungkus…
Rejim says
Hmm.. seperti pernah kulihat konsep ini.. tapi dimana yaa ? hahahahaha… marvelous la bro!
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Hahaha. tq..
beskalpancit says
wow..dasat model! kekkekekekeke
thanks for the tips!
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Welcome beskalpancit…
fahmifoto says
menarik bro sesekali dapat tengok gambar macam ni tak lupa gak tips yang amat berguna … cam aku pernah lalui je
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
kita semua akan lalui benda yang sama 😀
cepat atau lambat jer… kan 😀
ijat says
tq krne sudi berkogsi tips n ilmu,
byk yg sy dpt belajar mse outing tempoh ary
bro bile mau outing agy xpuas r ari tu ????
gambar ary tu lau xedit pn dh rasa lawa tmbh semagat utk jejak dunia foto hehe ..
nti i mau belajr editing pulok, tpi kne tgu i beli leptop hehhe,
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
no big deal. u r most welcome. aku pn ada amanah kene laksanakan.
outing lagi?
kemungkinan ko akan tag ngan aku ahad ni. nnt aku update.
photoshop nak ajar kene tunggu dulu. master satu satu dulu….