Nikmat sungguh bila tengah hari terik dapat secawan coconut shake! Apatah lagi kalau dapat lebih dari secawan! Terbayang-bayang ice blended lalu anak tekak. Fuhhh! Hehehe.
So kisahnya baru ni aku sekeluarga bertandang ke Hogoh De Coco untuk merasai coconut shake yang tersohor itu… Di Kuantan sahaja ada 3 branch! Jadi ini adalah pertama kali kami kesana. Kalau dibaca sejarah ringkasnya, Hogoh De Coco ni branch pertamanya adalah di Temerloh. Sebab itulah agaknya dapat nama “Hogoh” tu…
Jadi kami ke branch Hogoh De Coco yang bersebelahan dengan pejabat TNB Pahang. Branch dengan rekabentuk kreatif ini dibangunkan menggunakan kontena, dan ia menyediakan khidmat drive thru bagi kemudahan pelanggan.
Disebabkan kami mengetahui tempat ini kerana Coconut Shake nya, jadi aku order coconut shake lah! Kita kasi rasa semua yang ada!
Pandangan aku tentang branch yang ini, lokasinya agak sempit. Aku lihat ada 3 table di luar, dan dalam pun ada 3 table yang setiap satu aku anggar boleh muat dalam 4 kerusi. Sebelah atas ada juga, tetapi tak sesuai siang hari kerana cuaca yang agak panas. Itu pun aku rasa limited juga.
Namun, coconut shakenya tidak menghampakan. Pada aku cukup rasa dengan harga juga berpatutan, berbaloi-baloi! Kiranya mampu milik untuk aku sekeluarga sesekali nak kelainan.
Jadi jika korang takde idea nak kemana tu mehlah datang singgah ke Hogoh De Coco pekena coconut shake! Nyaman dan segar!!! Lepas tu boleh terus singgah Mega Mall belakang tu je.
Bye!
Leave a Reply