Lama betul aku tak singgah port lejen ni. Dulu aku kerap juga ke mari makan tengah hari lepas tusyen kat Bangunan Mara sebelah. Ni cerita zaman 90-an dulu hahaha.
Tapi sekarang ni pun masih sama, kalau tengah hari, memang penuh dengan orang pejabat di sekitar yang akan datang makan tengah hari. Pilihan pun banyak sebenarnya disini. Ada beberapa gerai yang menjual lauk-pauk, sup-sup, mee kari, nasi ayam dan pelbagai lagi menu yang menarik.
Kali ni kebetulan aku ada urusan di Bangunan Mara di sebelah arked ni. Jam baru 8 pagi, so alang-alang singgahlah sarapan. Sedap juga Mee Soto dan Mee Kari kat sini. Padanla awal pagi pun dah ramai. Lauk-pauk pun dah ready kalau sesiapa yang nak makan nasi. Kalau tak silap aku, Nasi Ayam kat sini memang feymes! Cuma awal pagi sangat la pulak nak try.
So nanti boleh lah try breakfast kat sini pulak kalau berdekatan!
Leave a Reply