Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Setakat ni aku dah cuba Roti Pulau Kazambo (Roti Canai), Murtabak Daging, Lempeng dan Rojak. Semua sedap! Ada juga menu lain seperti Rojak Ayam, Rojak Daging, Rojak Tulang, Rojak Perut, Rojak Special, Sup Gearbox Kambing, Sup Lempung dan Nasi Minyak. Fuhhh tak tahu la bila boleh try yang lain tu.
Kawasan tempat makan juga agak luas, bersih dan selesa untuk datang bersama keluarga. Cuma kalau tak kena masa, memang ramai juga.
Jadi kalau korang mencari roti canai atau rojak tempat untuk petang dan malam bolehlah try datang sini.
Leave a Reply