Dulu kalau sebut coconut shake, mesti terbayang coconut shake Pantai Klebang Melaka, tak pun coconut shake Batu Berendam Melaka.
Masa tu, takde lagi di Kuantan yang boleh lawan coconut shake sana. Maka memang jarang aku mencari coconut shake di Kuantan. Kalau ada di Kuantan, biasanya tak konsisten. Ada yang bagus, tapi on off gitu. Berbeza bila turun Melaka, wajib cari coconut shake sama itu kuih keria Melaka. Adoiii bila nak ke Melaka lagi ni!
Tapi itu dululah. Sekarang ni kita pun dah ada champion coconut shake di Kuantan. Haaa… kalau korang tetiba mencari coconut shake yang awesome di kuantan, bolehlah singgah ke Taman Gelora. Korang cari stall Nyior Gegor ni. Bersebelahan stall Karipap Panas feymes kuantan. Nanti aku buat story pasal Karipap Panas Taman Gelora pulak. Satu-satu la wei, boroi dah aku ni makan je kerjanya.
Setakat ni memang terbaik lah servis Nyior Gegor ni. Memenuhi citarasa aku sekeluarga. Diorang pun konsisten setiap hari buka. Itu tanda bisnes ada baguslah. Kalau korang datang sini untuk minum petang bersama teman atau keluarga memang terbaik. Nak makan apa? Goreng pisang, keropok, karipap, mee, rojak dan pelbagai lagi menu dijual di kiosk lain yang berhampiran.
So sekian sahaja review tidak berbayar ini kali ini. See you later! Bye!
Leave a Reply