Mencari lokasi sarapan sekitar Indera Mahkota?
Boleh singgah ke Restoran Astana Cafe yang terletak di Indera Mahkota 14. Sekali lagi aku datang terlebih awal sekitar 7.30 pagi. Lapang sikit, boleh pilih nak duduk mana. Biasa penuh sokmo.
Restoran dua pintu/lot kedai ini dulu dikenali sebagai D’Zull Cafe. Disinilah port aku dan kawan-kawan fotografi breakfast sebelum punch card dulu-dulu.
Terletak berhampiran dengan JPJ Pahang, Kompleks Mahkamah Pahang dan Kompleks Kastam Pahang. Jadi sekiranya korang ada urusan di sini, bolehlah datang bersarapan dahulu.
So apa yang best brakfast kat sini? So aku listkan ajelah senang.
- Roti canai
- Nasi lemak
- Lontong
- Laksam
- Nasi minyak
- Nasi berlauk
- Kuih muih
Disebabkan restoran ni dua lot kedai, menjadikan ia satu pilihan sekiranya korang datang secara berjemaah. Kerusi meja dari dalam sampai keluar jalan. Parking juga mudah. Bersebelahan restoran ini ada perkhidmatan MyEG dan dobi jika memerlukan. Cuma aku tak pasti waktu operasi mereka.
Pada aku restoran ini kira oklah untuk bersarapan kalau tak tahu nak kemana. Berdasarkan pemerhatian aku pada bilangan pengunjung yang ramai dan review by kenalan aku saban hari kira not bad jugalah. Personally memang menu diorang pun sedap! So korang kalau ada berhampiran bolehlah singgah try. Nanti sharelah pendapat korang.
Till then, bye!