Dulu aku pernah share tentang bagaimana aku menyelesaikan masalah anai-anai yang datang singgah rumah aku dengan menggunakan teknik umpan.
Itu beberapa tahun lepas.
Now depa datang balik! Kali ni depa menyerang bahagian dapur. Kebetulan ada satu part kat dapur tu dibuat daripada kayu.
So kali ni kita cuba cara lain. Cara umpan + cara alternatif. Tapi masih dalam kategori bajet!
So aku call seorang kenalan aku yang pakar kerja-kerja kontrak. Kalau nak buat rumah ke, nak renovate ke, nak tebang pokok ke, semua dia boleh buat. Jadi sebelum ni dia pernah bantu aku menyelesaikan masalah anai-anai di office since cara umpan tak jalan, ada aku share dalam post sebelum ni. So aku nak try solution beliau di rumah pulak.
Untuk rawatan kali ini, kita terpaksa tebuk lantai. Lokasi yang nak ditebuk adalah kawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti dapur dan toilet. Saiz lubang yang ditebuk sekadar memadai untuk memasukkan bancuhan ubat anai-anai sahaja. Tebuk tu mesti sampai ke tanah tau!
So, aku tak boleh nak bagi review hasilnya lagi. Tapi berdasarkan pengalaman aku guna cara yang sama di office sebelum ini memang berkesan. Ada sebuah almari yang telah diserang sebelum ini, dah clear dari anai-anai dan ia tak kembali selepas dibersihkan.
So kalau korang nak cuba cara ni diluar kosnya lebih kurang rm60 satu lubang. Standard satu rumah dalam 10 lubang. Tengok saiz rumah korang lah.
So nanti akan datang aku update hasilnya bagaimana. See u later. Bye!
Leave a Reply