Kebelakangan ini, kerap kali aku terbaca status di media sosial berkaitan masalah Depression, Anxiety Disorder dan Panic Attack.
Aku tak pernah lalui sampai depression teruk(Alhamdulillah, mintak jauh!), tetapi aku pernah berhadapan masalah Withdrawal Symptom, Anxiety dan Panic Attack. Sesungguhnya ia keadaan yang tidak best! Serta tak boleh ambil mudah. Aku faham sangat situasi korang semua.
Semua bermula masa aku berhenti merokok dulu, back to 2012. Masa mula-mula berhenti tu memang aku ada menghadapi masalah withdrawal symptom. Panjang lebar aku cerita disini. Seminggu, dua minggu, sebulan… aihhh takkan withdrawal ni lama sangat? Ye ke? Mula rasa lain macam. Hahaha.
Panic Attack Dalam Solat
Pernah sekali panic attack dalam solat, memang dapat rasa panic yang amat luarbiasa. Hanya disebabkan kerisauan melampau berkaitan satu hal je. Rasa degup jantung berdegup kencang, tak terkawal. Nafas jadi pendek, sangat sesak. Rasa nak lari keluar dari saf pun pun ada. Memang khusyuk semua kelaut, tak boleh fokus. Rasa takut macam nak mati. Cuma pada waktu tu, akal masih boleh berfikir untuk cepat distract fikiran kepada sesuatu lain. Teknik kawalan pernafasan juga amat membantu time panic attack. Aku pernah baca ada juga yang tak dapat pergi solat jumaat atau jemaah sebab isu panic attack time solat ni. Memang seksa sebenarnya!
Withdrawal Symptom, Anxiety dan Panic Attack
Jom kita study sikit tentang Withdrawal Symtom, Anxiety dan Panic Attack. Just go secara umum, aku bukan pakar nak cerita detail.
Withdrawal Symptom ini adalah suatu tindak balas yang berlaku disebabkan ketagihan dalam proses berhenti pengambilan alcohol, ubat atau dadah. Dalam kes berhenti merokok aku ni penagih nikotin hahaha. So ia dipanggil Nicotine Withdrawal. Namun tidak semua orang menghadapi kesan Nicotine Withdrawal. Kesan juga berbeza bergantung kepada individu.
Namun mengikut perkongsian, bacaan dan kajian, Nicotine Withdrawal ini sebenarnya adalah sementara dalam beberapa minggu sahaja. Sekiranya kita dah berhenti lama, ia mungkin bukan lagi withdrawal symptom dah. Berdasarkan pengalaman aku bersama geng berhenti rokok pun, withdrawal tu sementara sahaja. Ramai yang lebih kepada GERD, Anxiety dan Panic Attack.
Anxiety pula adalah masalah kerisauan, yang mungkin disebabkan banyak sebab contohnya stress, ketakutan, dan kebimbangan. Jadi, bila anxiety ni berlaku disebabkan oleh banyak sebab ia menjadi Anxiety Disorder. Anxiety ni yang ambil masa juga nak hilang.
Panic Attack pun lebih kurang sama. Cuma panic attack ni berlaku dalam tempoh lebih pendek. Sekejap.
Tips Aku
Apa yang aku share ni adalah tips yang sama berulang-ulang kali aku share dalam group Retiredsmokers yang kebanyakannya menghadapi symptom yang sama selepas berhenti merokok. Tips ni memang aku amalkan. Bermula dengan paksa diri. Mula-mula nak buat memang susah dengan condition waktu itu. Badan tak fit, depressi lagi, panic lagi. Mental koyak habis.
Kebanyakan smoking withdrawal symptom yang dihadapi hampir sama seperti mereka yang menghadapi masalah GERD, Panic Attack dan Anxiety Disorder. Aku tidak cakap sama, tapi simptom hampir sama. Hasil daripada mengamalkan tips ini juga positif. Jadi sesiapa yang berminat boleh cuba.
Kaedah ni mungkin mengambil masa. Tapi insyaAllah berbaloi. Berdasarkan pemerhatian aku juga kaedah ini amat berjaya jika dilakukan dengan betul. InsyaAllah.
- Ubah Lifestyle
- Beriadah / bersukan
- Mulakan beriadah / bersukan, mulakan yang mudah. Buat sehingga berpeluh, kalau boleh sehingga nafas rasa sedikit tercungap-cungap. Biar jantung exercise pam darah keseluruh badan. Amalkan cara pernafasan yang baik.
- Kalau takut, ajak teman, atau pilih beriadah ditempat ramai orang.
- Tidur Awal, Bangun Awal
- Amalkan tidur awal. Segala hal berkaitan kesihatan mental adalah rehat yang cukup. So sila tidur awal!
- Kalau kerja shift? Cuba juga cari waktu rehat.
- Pemakanan
- Jaga makan minum. Kurangkan gula, cafein. Kurangkan processed food, makanan berminyak dan pedas sementara waktu.
- Amalkan minum air kosong.
- Berapa lama? Try 1 bulan. Kalau ok extend lagi lama lagi bagus biar jadi lifestyle.
- Beriadah / bersukan
- Bersosial
- Sebenarnya dalam situasi Anxiety Disorder, Panic Attack ni elakkan duduk berseorangan. Bila duduk sorang kita mudah overthinking. Mudah fikir bukan-bukan. Bila fikir bukan-bukan tu panic attack datang singgah.
- Banyakkan aktiviti sosial seperti ziarah atau join aktiviti kemasyarakatan yang boleh membina positive thinking.
- Sebaliknya JAUHKAN DIRI DARIPADA SEGALA BENTUK MEDIA SOSIAL. Media sosial terlalu banyak unsur-unsur negatif yang tidak baik yang boleh mempengaruhi kita dalam tidak sedar.
- Travel
- Travel juga membantu mengubah perspektif harian kita. Bila kita keluar travel, kita akan jumpa perkara baru, buat perkara baru yang secara tidak langsung mengurangkan simptom yang dialami.
- Mindset
- Point paling penting. Kalau point 4 ni takde, 1,2,3 tak valid. Mindset ni termasuklah niat kita, keyakinan kita, tawakkal kita semua ni akan drive kita ke arah lebih baik. Semua ni DOA.
- Jangan layan fikiran negatif. PAKSA diri berfikir dan bertindak positif. Biasakan.
Jadi begitulah tips yang dapat aku kongsikan. Jadikan rutin setiap hari. Cuba buat dan amalkan ikut kemampuan. Elakkan sebarang alasan.
Mungkin sesuai untuk sesetengah orang, mungkin tidak untuk sesetengah yang lain. Apa pun mindset kena ready, kena yakin bahawa akan pulih suatu hari nanti. Usaha ini makan masa, maka kena banyak bersabar.
Kalau korang ada tips nak tambah boleh kongsikan dibahagian komen di bawah ya. Supaya lebih ramai dapat manfaat daripada pengalaman korang tu.
InsyaAllah.
Disclaimer: Saya bukanlah pakar dalam topik perbincangan diatas mahupun dalam perubatan dan tidak berdaftar dengan mana-mana badan professional berkaitan kesihatan. Segala penulisan dalam artikel ini adalah pandangan umum peribadi berdasarkan hasil bacaan dan pengalaman sendiri. Saya tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesan kepada indidu atau tindakan oleh individu hasil daripada perkongsian artikel diatas.
Leave a Reply