Ada kenalan yang ada masalah Withdrawal Symtom atau Anxiety? Nampak mereka sihat-sihat aje kan? Semua macam ok. Sebenarnya time ok, mereka memang macam biasa sahaja. Time tak ok tu, macam mana nak bantu biasanya orang tak tahu. Sebab bukan semua orang tahu mereka sedang mengalami anxiety.
Jika mereka ada maklumkan mereka ada masalah Anxiety mudahlah sikit, tapi jika mereka tak maklum, korang kena pandai-pandailah tengok simptom-simptom tu. Boleh google tengok, tapi jangan memandai pulak tuduh sebarangan orang lain ada Anxiety, tu cari gaduh namanya. Hahhaa.
Biasanya korang akan perasan, ada masa-masa tertentu dia akan bereaksi agak berbeza. Memang look awkward sangat. Boleh je tanya takde masalah pun. Kalau korang betul-betul rapat atau kenal, korang mesti akan perasan.
Bila datang panic attack atau anxiety, semua boleh berubah 360 darjah. Pada waktu itu, mereka akan bertindak diluar kebiasaan mereka. Tengah-tengah berjalan biasa, tiba-tiba mereka termengah-mengah heart beat mencanak naik, tiba-tiba bagi tau rasa berdebar-debar lain macam, sesak nafas, atau masa nampak elok-elok dah tidur tiba-tiba bangun duduk seperti orang kegelisahan, atau berjalan mundar-mandir seperti ada sesuatu tak kena. Atau mungkin, tiba-tiba diorang bagitahu diorang rasa lain macam, ajak borak yang tah apa-apa.
Apa korang nak buat? Ok ni aku nak kongsi 5 tips mudah.
- Tanya status
- Tanya keadaan dia waktu tu. Perlu pertolongan atau tidak? Just in case ada problem lain.
- Then just be a good listener
- Sebenarnya diorang ni nak orang dengar je. Sometime cuba lari daripada apa yang berunsingkan fikiran mereka tu.
- Jika dia ajak borak. Dia kelihatan cuba bercerita, just dengar. Cuba layan. Kalau boleh try ajak borak topik-topik yang umum untuk alih perhatian daripada apa yang triggered anxiety diorang.
- Dont Judge
- Jangan cuba-cuba nak remehkan situasi yang mereka hadapi. Kalau tak tahu nak cakap, diam aje. Dont look down on them, just treat macam biasa je bang.
- “Eh kau ni ape hal? Jangan nak layan sangat sakit tu”. Jangan.
- “Ko ni manja sangat lah, cuba la matang sikit”. Jangan, jangan, jangan!
- Riadah
- Ada masa bawa keluar beriadah. Pergi jogging ke, hiking ke. Ia adalah good treatment utk orang yang ada masalah anxiey.
- Busykan diri
- Selalu ajak keluar ambil angin atau buat apa-apa aktiviti mengisi masa lapang. Jangan biar sorang-sorang. Bila berseorangan atau bila tak buat apa-apa mudah berfikir bukan-bukan. Overthinking pun ya juga. Sebab itu kena sibukkan diri, jangan biarkan fikiran melayang jauh.
So aku harap, tips berkenaan dapat membantu korang bila bersama dengan orang yang ada masalah anxiety ni. Diorang ni ok sahaja, tapi kebiasaannya OVERTHINKING itu yang triggered anxiety atau panic attack tu. Sebab tu bila keadaan itu berlaku, kena pandai cari jalan macam mana nak alih perhatian mereka secepat mungkin. Ini base pengalaman aku lah. Lagi cepat lagi bagus.
InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Leave a Reply