Aku pernah rasa nak berhenti cakap pasal berhenti merokok ni. Sebab, aku rasa rokok ni isu sensitif. Ramai tak suka.
Cuma aku amat gembira bila ada yang contact aku berkongsi pengalaman mereka berhenti. Tak kiralah sama ada mereka dah berjaya berhenti atau belum, aku cukup gembira dapat membantu, atau pun sekadar mendengar kisah mereka berhenti. Macam-macam kisah ada, suka duka sehingga mereka berjaya. Bila ada yang contact aku pasal berhenti merokok, sure akan triggered aku untuk menulis macam ni. Hahaha.
Ada hasrat nak berhenti ke?
Jadi hari ini aku nak share dengan korang yang berhasrat nak berhenti merokok, bahawasanya sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok! Ya, waktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah waktu terbaik untuk cuba berhenti merokok. Sebenarnya waktu terbaik adalah pada PKP Mac – Jun 2020 haritu sebab kita tak dibenarkan keluar rumah langsung. 3 bulan duduk di rumah.
Kenapa sekarang? Kenapa PKP?
Sebab waktu ini sekiranya korang follow SOP, dan prihatin tentang pandemik yang sedang melanda negara, korang pasti akan kurang berada di luar bersama rakan-rakan, banyak habis masa di rumah sahaja. Jika demikian, korang akan kurang bersama perokok lain. Ini memberi peluang pada korang untuk cuba berhenti, tanpa perlu mengelak atau menjauhkan diri daripada perokok lain. Korang mempunyai satu tempoh masa, untuk cuba berhenti tanpa ada pengaruh daripada luar.
Korang mempunyai satu tempoh masa, untuk cuba berhenti tanpa ada pengaruh daripada luar.
Sebab antara cabaran utama nak berhenti adalah nak respon beritahu pada orang yang kita nak berhenti, dan nak menolak ajakan perokok lain untuk teman merokok. Memang payah. Kalau kita respon nak berhenti pada yang jenis nakal, kena bako, kena hasut pulak kan? Jem member yang baru nak berhenti ni hahaha.
Sebab itu pada aku, sekarang time PKP adalah masa yang sesuai. Betul tak?
Stay at home, stay safe, stat out of smoke!
Good luck!
~uncle gedek! says
Setuju! Sekarang masa yang sesuai. Tapi jangan lupa satu lagi benda penting…. ‘Will power’ yang kuat!