Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri.
Cerita Aku
Sebelum aku bercerita bagaimana aku berhenti, terlebih dahulu aku berkongsi cerita tentang diri aku sebagai perokok. Aku dah merokok 16 tahun. Separuh umor aku sekarang. Kategori aku sekotak rokok sehari, masih lightweight tetapi kadangkala pergi juga 2 kotak sehari bergantung kepada apa aktiviti harian aku. Aku pernah hisap Dunhill, Winston, Semporna, Surya dan lain2 brand tanpa masalah. Bangun pagi nak masuk toilet rokok, nak meneran atas jamban rokok, start kereta panas enjin rokok, dalam kereta sebelum sampai ofis rokok, lepas bekpes rokok, cari idea rokok, sebelum sepak bola rokok, habis main rokok, tension sket rokok, boring takde kerja pn rokok dulu seround. Biasanya camtulah life as smokers. Ini punya jenis, dipanggil Heavy Smokers. Sampai satu peringkat, hisap rokok dah tak rasa apa. Nak muntah pon ada. Ye tak? Itu bermakna sudah tepu. Kalau orang gila, mungkin dia boleh pergi main dadah. Nauzubillah. Aku sendiri pernah lalui satu peringkat aku rasa dah tak feel sangat hisap rokok ni. Tetapi kenapa tak berhenti? Kenapa? Why x 3? Kerana ketagihan. Kita masih lekat dengan merokok sebab ketagihan. Ketagihan apa? Yerp. Ketagihan nikotin. Aku dah hidup 16 tahun dengan nikotin beb. 16 tahun ko dah merokok, bukan perkara mainan untuk berhenti. Aku berkepit dengan rokok lagi lama dari aku berkepit dengan awek aku mahupun mak aku. Betul? Ko fikirlah sendiri . Tetapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus merokok. Itu pun tanya pada diri sendiri. Semuanya bermula dari diri sendiri. Aku dah mencuba berhenti merokok ini secara sirius sejak tahun 2006, sehingga lah sekarang. Sebenarnya nak berhenti merokok ni memang memerlukan persediaan mental yang kuat. Ko bayang la berapa ramai orang hisap rokok ni? Ayah aku, adik aku, kawan2 aku selalu jumpa 80% smoker lah. Kalau ko berhenti macammana ko nak berdepan dengan rakan-rakan perokok lain? Goyang beb. Sebab tu kena asuh secara psikologi jugak. Bukan takat pakai berhenti je. Memang mencabar la nak bertahan lama. Alhamdulillah berkat usaha sekian tahun, berkat doa ibu tersayang, berkat doa isteri tersayang, berkat lahir anak2 yang sihat, dengan macam-macam cara aku dah cuba. Akhirnya berjaya juga, dan aku harap terus berpanjangan sampai bila-bila.
Cara Aku
- Persediaan berhenti merokok
- Niat & Lafaz
- Berhenti merokok ni sebenarnya pokok pangkalnya bermula dari niat kita sendiri. Sentiasa ada niat nak berhenti. Biar pun kita tak buat apa pun lagi, tetapi niat tetap ada. Rokok kat jari ni, tetapi tetap niat nak berhenti. Rokok menjuih kat bibir ni ada niat nak berhenti. Memang selalu sebut nak berhenti. Setiap kali hisap rokok fikir nak berhenti. Sirius punya niat nak berhenti kena tanam dalam hati walaupun masih merokok. Pandang rokok tu dan fikirkan tentang berhenti merokok. Keep on niat dan lafaz.
- Benci
- Bila kita dah niat. Nawaitu dah kuat. Tanamkan perasaan benci pada rokok pulak.
- Bagus dekat kotak rokok sekarang ada gambar-gambar. Ko jeling2lah pada gambar tu. Jangan buat2 tak nampak pulak. Rokok itu buruk! Rokok itu jijik! Lawak tapi berulang kali hati kita akan menerima sebagai kebenaran dan hakikat. Sebab tu ada orang tua kata, bila buat satu perkara cukup 40 hari, ia akan jadi tabiat. See?
- Ko surf internet tentang keburukan merokok. Dapatkankan semua maklumat tentang keburukan merokok dan sentiasa fikirkan tentang maklumat tadi setiap kali ko nak merokok. Ini melatih jiwa kita kearah berhenti merokok.
- Ada poster lung / peparu rosak ke, or apa2 poster kerosakan disebabkan rokok ko tampak kat tempat selalu ko pergi. Dekat meja ofis, depan pintu bilik, belakang pintu jamban pun terbaekkkk….
- Selagi kita tak mengajar diri kita membenci rokok, selagi itu kita takde jiwa yang bersih, jitu dan azam tinggi untuk berhenti.
- Sayang
- Fikirkan apa yang merugikan diri sendiri bila merokok? Kesihatan yang semakin teruk, paru-paru rosak, duit poket. Semua perkara yang kita sayang, yang hilang bila merokok.
- Fikirkan tentang orang lain, orang terdekat yang paling disayangi, anak ke, isteri ke, awek ke, mak ke, ayah ke dan mereka-mereka yang terpenting dalam hidup ko. Somebody yang ko perlu survive untuk menjaga mereka.
- Niat & Lafaz
- Strategi mengurangkan rokok
- Tukar rokok
- Semporna/Surya(keretek) ke Dunhil/Marlboro (dan seangkatan lain). Uiks? Biar betoi? Iyer… Siapa pernah hisap semporna dia tau kenapa. Especially semporna hijau, ko memang akan hisap lebih dari perokok lain sebab “tak puas”. Rasa dan bau dia plak yang soft tak seberat Gudang Garam menyebabkan ko merokok lebih banyak sebab layan. Bertukarlah segera ke Dunhill Light ke atau rokok lain. Keretek mengandungi lagi macam2 bahan yang tidak elok untuk kesihatan. Ko bukan tak tahu, saja buat2 tak tahu. Malas aku nak cerita.
- Akhiri dengan rokok gulung. Yerps, rokok terakhir aku hisap adalah rokok gulung. Alah yang jenis pakai mesin tu, bukan rokok daun tu. Yang tembakau dia sebundle beli kat 7eleven. Kenapa rokok gulung? Rokok gulung ni melambatkan proses nak hisap rokok. Dahle nak bawak tu leceh. Nak hisap pun bersepah2 tembakau sebab nak gulung hahahaha. Ni pengalaman aku lah. Kalau ko betul nak berhenti boleh la cuba. Tak cuba tak tahu. Betol tak? Dalam kereta pun ko susah nak hisap sebab nak kena gulung dulu. Tp jangan la ko tunjuk cerdik sangat, pergi gulung siap2, memang failed la kalau ko fikir camtu. Sampai sudah la tak boleh nak berhenti.
- Nicotine Replacement
- Terdapat beberapa cara dalam menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try 2 cara.
- Rokok Electronic / eCigar – Kaedah guna rokok letrik ni pun bagus, memang boleh replace terus sebenarnya. Cuma ada feel “merokok” tu lagi. Jadi mungkin bila ko nak tunggalkan ecigar ni pulak susah nanti. Aku dah cuba tapi tak berjaya. Sebabnya barang ni pakai bateri, kena charge, filter yang digunakan yang mengandungi nikotin tu susah nak dapat, penyebab utama spoil pada aku waktu guna ecigar ni bateri rosak, nak replace susah dan harganya agak mahal maka terbantutla usaha ketika itu. Ketika itu tahun 2009 camtu la. Sekarang ni aku dengar ada product baru yang aku sendiri tak pernah test sebab dah stop. Kalau ko nak try http://www.bigvapors.com/
- Niquitine Tablet – Yerps. Lately kalau korang perasan banyak keluar dekat tv pasal niquitine ni. Memang product ni agak mahal, mungkin lebih mahal daripada eCigar lagi. Tetapi sekiranya mampu. Pejam mata aje. Memang product ni menyebabkan ko tak rasa nak merokok. Jadi peringkat awal, aku makan niquitine ni untuk mengurangkan rasa nak merokok tu. Tapi kalau dah nak merokok jugak, belasah ajer. Cuma memang produk ni berkesan. Aku memang mengesyorkan korang cuba Niquitine ni. Ada dua jenis tablet, 2mg dan 4mg. Jika ko heavy smokers, ko belasah 4mg. Satu papan ada 12 biji, harganya RM17. Hahahaha. Aku sure korang terkejut. Mahal dari rokok. Tapi tu ler. Demi kesihatan, aku beli juga. Mula2 memang rabak la beb, sebab rokok pun beli jugak. Hahahah memang giler. Tapi lama-lama, sekotak rokok tu boleh bertahan 2 hari. Sebiji 4mg tu boleh tahan 4 jam pada aku. Ko pun tau benda tu mahal so pandai2 lah ko ejas. Especially lepas makan memang aku belasah, sebab lepas makanlah paling susah ko nak tinggal rokok kan. Hahahah. So bila ko dah start ejas cara ko merokok, ko leh start ambil yang 2mg je, aku dapat dalam RM13, still mahal tapi murah la sket. Cuma memang beza 4mg dan 2mg ni. Kalau ko first time ambil 4mg, silap aribulan muntah ko hahahaha. Sampai sekarang aku masih beli 2mg ni, tetapi sehari mungkin sebiji dua ajer. Alhamdulillah makin kurang.
- Terdapat beberapa cara dalam menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try 2 cara.
- Bersukan
- Bila nak berhenti tu, ada masa pergilah bersukan. Sebab bila berhenti merokok, nafsu makan akan menggila hahaha. So selain jaga badan, kita boleh membantu memantapkan lagi paru-paru kita yang dah rosak teruk. Atleast pergi lah joging dalam setengah jam ke sejam. Peringkat awal ni buat lah intensif sket, seminggu empat atau lima kali.
- Tukar rokok
- Simptom / Withdrawal Effect – Withdrawal siptom ni temporary effect selepas ko berhenti merokok. Jangan ko rasa pelik la tiba2 ia berlaku pada ko atau tak berlaku pun pada ko.
-
- Stress – Antara perkara kita kena handle adalah elakkan stress. Bila stress memang ko akan teringat kat rokok ko balik. Ko teringat balik feel bersama rokok dan asap itu hahaha. Ni bukan perkara main-main. So pada peringkat awal kalau boleh elakkan berada dalam lingkungan stress. Bersedialah dengan tablet Niquitin tu. Elakkan peluang untuk merokok.
- Sakit kepala – Aku takde la sakit kepala mana. Tapi ramai juga orang lain sakit kepala. Mungkin sebab stress so bersedialah untuk sakit kepala.
- Pendek nafas – Ni paling aku tak larat. Tetapi inilah yang membuatkan aku terus tak nak merokok. Azab weh. Dalam keadaan normal ko memang rasa pendek nafas ni, macam nafas tak cukup. Ko tarik nafas rasa cam tak abes tarik, oksigen tak lekat. Mula rasa down semacam. Rasa nak mati pun ada. Tetapi bila aku pergi main futsal ke, jogging je dalam masa 5-10minit kembali normal ko rasa lebih energetic. Nafas tip top. Cuma bila ko buat aktiviti biasa memang terasa la something wrong pada sistem pernafasan ko. Aku sampai bawak diri ke hospital check paru2, check tekanan darah, check jantung, Alhamdulillah semua sihat. Admit je lah, sapa suruh ko merokok, dah dapat penyakit baru tau bersyukur Nikmat Kesihatan. Huhuhuhuhu. So kepada ko aku nasihat, teruslah berusaha berhenti. Lagi awal lagi bagus, aku harap ko tak lalui apa aku lalui sekarang. Memang agak suffer nafas pendek ni.
Fuhhhh, panjang aku menulis kali ini. Aku harap pengisian kali ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada ko untuk terus mencuba berhenti merokok. Sirius bro, kalau bukan sekarang bila lagi? Masa sihatlah nak berbuat baik sebelum masa sakit. InsyaAllah. Selamat berjaya!
Saya ada wujudkan group whatsapp RetiredSmoker kepada yang telah berhenti merokok. Kepada yang berminat nak join group bolehlah add nombor hp saya 0169212092 – GhazaliTajuddin Takaful PruBSN dan mesej pengenalan kepada whatsapp saya “Nak Join Berhenti Merokok”. Group whatsapp ini baru diwujudkan bagi berkongsi secara real-time bersama rakan-rakan yang menghadapi masalah sama. Alternatif sebab ramai yang whatsapp saya secara in person yang nak berkongsi masalah dan tips kesihatan berkaitan merokok. Terima kasih semua.
Shahrul Naim says
Bro. Aku baca karangan kau menarik jugak. Aku skrg ni dlm proses nk berhenti merokok. Dah 7 hari tak merokok. Tp aku tetap ketagih, rase nk menjerit je. Nk tanya, berapa lama nk ambil masa utk hilang rasa sangap ni ye??
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Salam bro,
Rasa sangap ni, nak rawat adalah dengan cara
1. Berpuasa
2. Menyibukkan diri
3. Jangan dekat dengan perokok
Berapa lama bergantung kepada berapa lama kita ragu2 nak berhenti. Selagi kita dah nekad nak berhenti, insyaAllah tak lama.
acai says
Salam bro…
thanks sbb web bro ni byk aku dpt info pasal berhenti merokok..aku dlm proses berhenti merokok dh hampir 3 bln..berhenti tanpa dirancang…aku berhenti secara natural dan tk mkn supliment apa2..or pil2 spt niquitin…pada bln ketiga aku mula merasa nikotin withdrawal pada badan aku dan mula la episod baru dlm hidup aku..aku mula start dgn tak sedap badan…sesak nafas..sakit dada..kepala pening..sendi sakit …tk bleh fokus..mudah marah..dan hilang fokus..perut memulas..selain tu aku mula rasa rimas bila berada di tempat awam..dada berdebar dan berpeluh peluh..trus aku pg hospital buat checkup…ecg dan blood test..keputusan semua ok..kolestrol ok..hati ok..buah pinggang ok..doktor hanya ckp aku kena gastrik gan angin trruk…selain tu axienty…dan dia ckp maybe simptom nikotin withdrawal…so aku just kuatkan semangat smpai hari ni..aku panjatkan doa sempena bulan ramadan ni aku berjaya berhenti merokok dgn jayanya..ada jugak terdetik utk merokok blk bila melalui semua ni..semoga aku diberi kekuatan…brape lama agaknya nikotin withdrawal ni hilang bro?salam ramadan dan bersama kita berhenti dari merokok!!!
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam,
Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya berhenti. Harap dapat diteruskan.
Jom join Komuniti Bebas Rokok! visit http://www.bebas-rokok.com mungkin banyak perkara boleh share!
amir ezzat says
Salam
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wa’alaikumusslam.
amir ezzat says
Salam..baru baca bro punya story berhenti rokok btw saya pun dah 9 bulan stop smoking nie just nak kongsi my story sbb ape saya stop smoking..actually my age now 26 years old and im smoke masa umur 15 tahun lg.im heavy smoker 1 hari 2 kotak winston merah…skali hisap mesti 4 batang straight baru puas one day tu masa tengh santai tengok tv sambil hisap rokok tiba2 tarik nafas then im stuck xboleh nafas…ill try nafas blk tp x boleh nafas sangkut masa tu saya dah panic im call my parents masa tu x boleh nafas mmng nafas ikut mulut rasa nak pitam…kaki & tangan kebas macam x cukup oksigen..malam tu jugak bawak pegi hospital masa tu ingat nak mati dah siap mintak ampun awal2 dekat mak pas2 rasa seram gak sbb mak suruh mengucap ya allah time tu takut kite sbb rasa mcm nak nazak skali smpai hospital doctor cek rupanya saya kene tonsil & sinus…both blocking system pernafasan sy nie sbb rokok sy dapat 2 sakit nie bikin cuak je ingat nak arwah td..haha..doctor bagi ubat makan dah ok tp bila dah ok hisap balik rokok then kene balik tonsil attack smpai 3 kali doctor srh buat operation buang tonsil time tu nekad after operation nak stop smoking…after operation tu terus smpai skrung x hisap rokok 9 bulan dah kire stop mengejut..sy xde amik nikotin.tapi simptom withdrawal saya mmng teruk.saya xde sanggap or sakit kepala sbb sakit kan operation tonsil so mmng xde nafsu langsung nak hisap rokok tp berat saya naik dr 70kg naik 90kg.paling teruk saya kene sinus, telinga bernanah & bronchitis.so saya after operation still sesak nafas even dah buang tonsil.after jumpa doctor bronchintis dah ok tp saya still sesak nafas.cukup 3 bulan saya berhenti masa tu tiba2 saya asyik sendawa non stop setiap hari smpai skrung dah masuk 6 bulan sendawa x hilang smpai sakit tekak saya then saya akan sesak nafas.saya x boleh kene direct air-cond or asap rokok dekat public mesti saya akan short breath.kadang2 saya kene panic attack sampai rasa nak pitam sbb terkejut tiba2 tak boleh nafas.saya try bersukan gak main badminton malam2 end up saya sesak nafas terpaksa kejar ke hospital and pakai oksigen mask.saya tak boleh buat aktiviti berat even jalan jauh sikit je saya semput.paling x suka time malam mesti short breath every night sampai 1 tahap saya macam dah putus harapan rasa nak mati je sbb dah penat sangat setiap hari asyik short breath.mula2 saya ingat saya sakit sbb sinus tapi jumpe doctor pakar ENT dia cakap saya ok je buntu gak lepas baca blog sedara baru pasan bnyak orang kene symptom mcm saya.so saya rasa myb saya kene sakit nie sbb berhenti rokok i hope so lah jgn ada penyakit lain plak.tapi saya cakap this is my worst nighmare tapi saya tahan gak sbb nak berhenti punya pasal so hope akan hilang.btw im students master masa last presentation thesis (VIVA) tiba2 short breath bayangkan saya presentation thesis sambil short breath depan panels tercungap2 saya tahan sakit smpai mengigil2 peluh.tangan saya rasa kebas habis present je cepat2 pegi hospital.lepas tu saya down & panic bayangkan 2 kali saya sembahyang jumaat ada oarng meninggal 2 kali masa saya sembayang jumaay dekat surau saya pegi lepas tu saya join sembahyang jenazah tapi mesti saya sesak nafas teruk sampai mengigil sbb saya panic attack.skrung nie puasa so saya x boleh jogging hoping after raya saya akan start jogging sikit2 time siang & sihat mcm dulu balik.sumpah saya rasa menyesal hisap rokok dulu sbb nie azab saya tanggung skrung & im hoping heavy smoker jgn kene mcm saya sbb sangat2 teruk kalau x kuat semangat mesti rasa putus harapan.tq ????doakan saya pulih & saya dah balik nikmat sihat seperti dulu
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam Amir Ezzat,
Semoga tabah mengharungi kehidupan. Tahniah kerana berjaya berhenti merokok. Terima kasih kerana berkongsi dengan saya pengalaman Amir berhenti merokok.
Bukan untuk saya seorang, malah untuk semua mereka yang sudi menyinggah di posting ini yang mungkin mengalami pengalaman yang sama.
Kadang-kadang kita tak sedar pengalaman yang kita lalui ini penting kepada orang lain. Selagi cerita pengalaman bagaimana tekad dan azam nak berhenti merokok ni tak dikongsikan dengan orang lain, selagi itu ia sekadar menjadi satu piala kemenangan dalam almari atau coretan dalam diari. Namun bila disampaikan kepada orang lain, ia akan menjadi panduan berguna bagi membantu orang lain kearah kebaikan seperti sepohon yang berbuah ranum sepanjang masa.
InsyaAllah, saya dan visitor lain doakan kita semua sihat2 sahaja dan bebas dari rokok!
Gud luck Amir. Wassalam.
p/s: Jom join Komuniti Bebas Rokok! visit http://www.bebas-rokok.com mungkin banyak perkara boleh share! Tq
Azlan says
Tahniah adik izat krn stop smoking. Saya pun dlm proses berhenti dah sebulan berlslu. Memang benci sesangat dgn rokok ni smpi bau dan tgoj org hisap pun naik benci. Cuma skrg ni wdrawl effect rokok ni kuat fan saya sedang tunggang tetbalik melawan ketagihan. Umur saya 43 thn dan srted smoking masa kat U masa umur 18 thn. Sama2 kita berdoa sgar berjaya sepenuhnya dgn izin Allah. Amin
Yusof aziz Yusof says
Tuan blh sy dptkan no tuan..nk tnya tuan masih ade simptom yg pelik tu
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
0169212092
Rossy says
Salam nak tnya saya ada mengalami symptom nafas pendek,berdebar2 dada terasa kencang dan kdg2 nak rasa pengsan ada ini kesan dri berhentu merokok sya dh berhenti 2bln lebih tlg siapa2 yg tau cara mengatasi ny
Rossy says
*Adakah ini kesan dari berhenti merokok
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Ye. Antara kesan berhenti merokok. Biasanya saya cuba tenangkan diri atau baring. Perlahan-lahan akan berkurangan. Kalau boleh cuba bersukan.
Emi says
Ingat lagi semasa suami saya mula-mula berhenti merokok, ada alami sakit-sakit dada. Alhamdulillah sekarang ni tak merokok dah 🙂
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah puan! Semoga husband puan terus istikhomah berhenti merokok.
PN Maisarah says
Saya ada satu soalan.
Suami saya dah 2 bulan berhenti merokok..tp sejak dia berhenti merokok…nafas dia ada bau yang kurang menyenangkan..dah pelbagai cara dia cuba. Masih juga tidak berkesan. Adakah itu kesan2 biasa berhenti mwrokok.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Salam Puan. Saya ada mendengar sesetengah orang menghadapi masalah sama bila berhenti merokok. Malah ada sesetengah org yang mengamalkan diet rendah karbo juga menghadapi masalah sama. Biasanya untuk sementara waktu sahaja. Mungkin dengan pelbanyakkan minum air kosong dapat membantu. Jika berpanjangan sila rujuk ke klinik untuk pendapat doktor.
PeVe says
Da try puasa sunat. Habis tekolap jam 11 pagi. Sebab tak tahan nak merokok. Rase bersalah pun ade..menyesal pegi try rokok time kecik dulu.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Takpa. Boleh cuba lagi. Biasanya average org berhenti merokok ni ambil masa 6 kali percubaan untuk berhenti merokok.
Logan says
Setelah membuat persediaan untuk berhenti merokok.. Hari ini tarikh yang dipilih.. Semoga dapat mengharungi hari2 yang mendatang 😀
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Semoga berjaya. Need support bagitau ok hahaha
Logan says
Ok Encik.. yg excitednya nak kembali aktif bersukan… 😀 Saya x dpt berhenti mendadak.. Sebelum ni sekotak sehari.. Skrg saya limitedkan kepada 5 btg sehari.. Adalah demam2 dan selesema sedikit.. Mmg saya perlu support… Terima Kasih
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Welcome lohan. Gud luck ok! ????
Logan says
Saya da dapat mengurangkan jumlah rokok kepada 2-4 btg sehari.. Cuma nak tau, skrg lepas makan saya rasa mual2 dan nafas pendek.. Adakah ini sementara..?
zarith zaquan says
assalamualaikum dan selamat pagi..aku dah try untuk berhenti merokok tapi sehari sebatang je lah hisap in shaa allah esok hisap setengah sebab slow2 berhenti Kan..tadi amik sebatang kepala dah huyung hayang..tapi so far boleh tahan lagi..member ada cakap try hisap vape untuk berhenti tapi main asap jelah atau pown minum shakes vivix..so apa pendapat kau bro…
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Alhamdulillah bro. Tahniah kerana dah mulakan proses hijrah. Ikutlah macammana strategi yang bronrasa sesuai. Janji hati mau berubah dulu, insyaAllah akan terbuka jalan.
Tentang vaping tu, actually ada keraguan sikit. Ia mungkin hilangkan ketagihan rokok tembakau, tetapi tak hilangkan nikotin dan habit merokok. So pada aku la kalau boleh jangan cuba guna vape lagi bagus.
Tentang shakes vivix, tak pernah try. So tak boleh komen. Mungkin membantu tapi habit merokok tetap kena buang dulu. Kalau masih tak boleh kurang2kan shakes vivix pn tak kemana…
Gudluck bro…
haris says
Esok 8/4, genap 1 bulan saya berhenti merokok selepas 27 tahun menjadi hamba rokok. Pada peringkat awal tiada masalah cuma rasa ketagih dan rindu dgn nikotin. Semuanya dpt saya atasi dengan doa dan keyakinan yg tinggi untuk menghentikan tabiat ini.Tapi
semenjak seminggu ini saya rasa badan ‘lain macam’ yg saya rasa semacam ada yg tidak kena. Sekarang saya masih berusaha untuk melawan nikotin withdrawal ini.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah bang. 27 tahun tempoh lama tu. semoga terus istikhomah berhenti. Tahniah sekali lagi.
shafira nafisah says
bagus sangat awk pnye crite . siap bagi pengalaman and cara caranya skali . sy kalau boleh nak ayah sy brhenti hisap rokok . sebab dy kerap sangat hisap rokok . sampai sanggup beli banyak kotak rokok untuk jadikan stock dirumah katanya . Bukan kata ayah saja yang hisap , abg saya pun sama . sy pulak jenis yg tak suka sangat bau asap rokok ni . busukkkk …. Mungkin dengan website awk ni, sy bole la ceritakan pada dorg cara cara nak brhenti rokok, bagi dorg lagi faham . Sbb da bnyak cara sy cakap and bagi ubat, still tak jalan.
Terima kasih ye encik ghazali
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Terima kasih shafira nafisah 🙂
alif zakaria says
info yang menarik.kipidap…
hasni says
Saya masuk ni dah kali ketiga cubaan untuk berhenti rokok,dulu tanpa sbarang ubatan tapi kalini saya guna I quit,amat berkesan jugs lah rasanya sbb saya berhenti terus,buang terus rokok,baru started nih dah seminggu tanpa rokok,macam2 hal berlaku,baran,sakit belakang,demand,sakit tekak,suara hilang,nyanyuk pun ada,hihhh mcm,2 ….cuma saya banyak bersabar,doakan saya berjaya….until menghadapi hari hari yg menjelang.
sha says
Tq bro… berbaloi tulis panjang lebar… aq baca sampai habis… mmg susah lah..first month atau first 2 month azab sikit lah…kene kemam gula hacks je nak alihkan perhatian dari merokok.. last2 alhamdulilah.. kurng sikit..
muhyo says
saya baru berhenti merokok selama 18hari. minggu pertama stop smoking seperti ada lendir yg menganggu pernafasan dileher. nafas pendek, hati berdebar, panic attk dan sakit dada. alhamdulillah dengan semangat yang kuat tetap teruskan.
apa yang saya amalkan untuk mengatasi masalah diatas,
1. air madu suam di campur dengan limau nipis, minum awal pagi selepas bangun dan sebelum tido.
2. suppliment vitamin c dan B complex.
3.CHLOROPHYLL ia bagus untuk menyah toksin dalam badan.
4. minyak sapu jerslin di sapu bahagian dada bila terasa nafas pendek.
sekadar perkongsian. semoga bermanfaat.
Rafaee says
Assalamualaikum bro…pengalaman berenti merokok ni dah beberapa kali gagal..tak sampai sehari nak berenti dah bantai 4-5 batang..tapi alhamdulilah wpun masuk hari ke-5 berenti merokok ni dgn mengantikan dengan vape wpun ada org tak setuju dengan vape..kesan masih ada…terutama bahagian dada..rasa sesak..tapi lepas 3 hari dah ok..bangun pagi tak rasa sesak..bangun pun senang…kepala tak berat…hidung tak rasa sumbat…badan dah makin bertenaga…Insya Allah lepas sebulan ni ambik perisa vape yg takde nikotin…sekarang ambik perisa yg ada nikotin 6 mg..Insya Allah bulan depan kosong nikotin..perlahan2 bro..kayuh sampai jugak nanti kepada niat dan matlmat asal ..amin…
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam bro. Alhamdulillah moga istiqomah.
Memang mencabar nak berhenti merokok ni. Jangan lupa exercise juga utk buang nikotin dalam badan secepat mungkin.
Azli says
Salam.. Saya hmpir genap 3 bln berhenti merokok.. Ttp bln ke 3 lg kuat simptom nyer.. Perut saya memulas dan senak beralih2 tempat.. Allahu Akhbar..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Sabar tuan. Memang ramai menghadapi simptom sama. InsyaAllah kena banyak bersabar.
irni says
tq for ur sharing..boleh sy share kat fb?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Boleh sis Irni. Silakan.
Terima kasih.
Titanium says
aku baca karangan kau ni bro sambil merokok.belum sampai 5 kali hisap dah masuk perenggan kedua, apa lagi, aku terus pijak² rokok tu. tq bro, suatu tips yang baik.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Hahaha. Semoga dapat berhenti juga bro!
suhaimi says
Sy baru 1minggu stop smoking, rasa ok la stkat ari ni, tapi lepas baca komen2 diatas, ada yg kata slpas 2bulan brhnti rokok. Baru ada rasa sakit dada dan mcm2 lg, takut plk sy nk ke tahap tu nnti. Harap2 ok
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Try la dulu. Tak semua kena bang.
mohamaf aizuddin says
Assalammualaikum…sy nk tnya ckit psal simtom2 smua 2 slalunya bp lama nk kna tahan…simtom mcm sesak nafas…skit kepala pening…ada x ubat utk hilangkn smua 2???
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Atas individu. Ada tak kena. ada setahun. Ada 2 tahun.
mdhekl says
Assalammualaikum.8 thun jd hamba nafsu 3 mggu lepas nekad brenti .hari ni terima je la symptoms. Alhamdullilah 3 mggu bebas rokok. Withdrawal effect makin berkurang. Minum air bnyk dekt diri ngn Allah. Kalau perlu jmpa doktor kurng sikit anxiety disorder. Masih awal lg jihad ni. Doa kan sya dn kwan2 yg berjuang bebaskan diri drpd hawa nafsu.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah bang.
Amir Farhan says
Assalamualaikum.
12 tahun sy merokok sekotak dua hari hbs. Pagi2 sebelum pi keja sebelum sarapan dh pekena sebatang. Tahun 2014 bln 4 sy beralih kepada vape dan langsung x sentuh rokok wlaupun sepam. Sekarang ni dh dua tahun vape dgn dos 6mg liquid vape. Pd dua bln pertama beralih kpd vape sy dh pn mngalami simptom2 dada berdebar, hilang fokus, baran, fikiran asyik teringat rokok terutama masa nk tido. Alhamdulillah skrg dh x fikir rokok. Tp sy dh mula terfikir nk berhenti vape plak. Adakah nk berenti vape memerlukan sokongan moral mcm berenti rokok? Sbb rasa ssh nk tggalkan nikotin. Lepas baca tulisan tuan di atas sy berkobar2 nk tinggalkan vape.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah atas kejayaan tuan berhenti merokok.
Untuk soalan kesan berhenti vape juga bergantung pada diri tuan juga.
Tapi setakat ni, yang kena withdrawal syptom or panic attack dalam group adalah mereka g merokok dan vape. SO mostly rasanya sebab nicotine tu.
Apa pun cuba dulu bang. Jihad sekali!
Mdhekal says
Petua pada semua yang baca. Kalau sesak nafas, nafas pendek, stress, gelisah. Dan symptom lain, sya amalkan air rebusan kunyit kurang skit masalah stress. Shari 2 kali 12 jam skali. Moga dpt bantu, sbb bg impak besar kat diri sya. Mcm2 cara nk amalkan. Google ja kunyit hilang stress.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Thanks tuan. Moga bermanfaat.
Pak Tua says
Adakah kulit muka pucat dan kaki rasa kebas bila sebulan berhenti merokok?
Man says
Dah hampir 3 bulan berhenti selepas 30 tahun merokok. Ini adalah Kali ke 3 selepas gagal.
Jihad mesti di teruskan walaupun banyak yang perlu ditangani ..simpton withrawals spt sakit kepala, panic attack..sakit Dada,perut angin semakin kurang..harap akan hilang dlm tempo terdekat ni kerana mengganggu uruskan harian.memcabar tapi worth doing it…
Zack says
Terima kasih info diatas.tahniah diucapkan..sy pn dh berhenti merokok hampir sebulan.start merokok umur 18 tahun.sekarang dah 36 tahun..lama betul berada dalam kejahilan hihihi.sebab utama taknak merokok adalah kerana rasa berdosa dan ditambah pula sakit dada dan nafas pendek mcm yg bro cerita tu.cuma rasa pening dan lesu dekat seminggu jgk masa berenti merokok.best sebenarnya bila tak merokok ni.rasa bermakna hari2 yg dilalui.ibadat pun rasa tenang je.doakan semoga sy terus berjaya.
Azahar says
Assalamualaikum
Hari ni 4/7/2016 bersamaan 29 Ramadhan bermakna 29 hari juga tanpa rokok…. teringin berhenti setelah menjadi hamba rolok selama hampir 25 tahun.. percubaan kali ketujuh & ini tempoh yg paling psnjsng setakat ni aku hidup tanps rokok… semoga kedatangan syawal ni aku terus berjaya istiqamah & tidak berpatah balik… insyaallah
mus man says
Niat berhenti krn Allah.. fatwa dh kata haram
k_azlan says
assalam,normal ke rasa gementar,takut,seram2 sejuk,risau,gelisah,dengan syahwat kurang kalu cuba berhenti rokok ? sebab sekarang rasa macam mati pucuk pulak,asik gelisah dgn nervous je 🙁
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Rasa gementar, takut, gelisah tu biasa. Rasa syahwat kurang tu tak pernah dengar lagi, mungkin disebabkan perasaan yang rasa lain macam jadi macam tu. Dalam group kami mostly memang ada perasaan macam ni, insyaAllah temporary. Semoga berjaya tuan.
Remy says
Salam.. Betul tu.. Ada kalanya vape lg susah utk di tingalkan.. Selapas merokok selama 12 tahun, then start vaping yg sudah 4 tahun lamanya, vape gear uptodate… Decide utk tgglkan vape sbb rasa kehambahan pada vape ni hampir sama dgn rokok malah lebih teruk jika ditambah dgn GAS (Gear Acquisition Syndrome).. Duit akan laju keluar utk memiliki vape gear terkini, juice yg beribu perisa… Kesan long term pada individu serta masyarakat akan jauh lebih teruk. Sy decide utk stop.. Gear vape beribu harganya simpan dan ikrar takan usik lagi jika mahu redha Allah… InsyaAllah…
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Terbaik tuan. Tahniah sebab berjaya tinggalkan vape. Since vape masuk market, saya memang follow rakan2 yang dari merokok berhijrah ke vape. Malangnya ramai yang terkandas tak sempat nak quit terus. Tapi tidak mengapa, nak quit memang bukan mudah, saya pun ambil masa 5,6 kali percubaan dalam masa beberapa tahun. Alhamdulillah berjaya juga. Apa yang penting niat nak berhenti tu ada, usaha dan tawakal allAllah.
Tahniah sekali lagi tuan, terima kasih singgah dan berkongsi disini. Semoga terus istiqomah.
mm says
tq lh utk info ni bro…sye ni mmg berazam nk berhenti merokok…tqvm
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Welcome bro! semoga berjaya!
wahab hassan says
tq bro,saya tgh alami kesan nikotin withdraw .br 2 minggu stop merokok.kepala pening,sakit kepala,perut kembung ,
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah. Bertabahlah ya. Temporary je tu. InsyaAllah.
Jay says
Ini masuk 2 minggu dah quit.. percubaan kali ke 3….kali ke 2 dapat quit untuk 9 bulan tapi takde nicotine withdrawal… Tp percubaan kali ke-3 nie alahaiii masok minggu ke 2.. fulamak rasa dia, pening bukan main, sakit belakang, kaki dengan tangan kebas, anxiety, memang smua ada..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah tuan! Biar cuba banyak kali sampai berjaya takpa. Memang withdrawal symptom ni atas nasib la, tak kena untung, kalau kena tu berkumpul ramai2 dalam group whatsapp hahaha…
Rasyid says
Salam,
Saya sudah berhenti selama 8 bulan. Mcm2 saya alami sepanjang tempoh tersebut. Cirit – birit, sakit kepala, jantung berdebar, sesak nafas.
Sekarang masih ada lagi withdrawal tersebut tapi semakin berkurangan. InsyaAllah terus kekal untuk tidak merokok lagi.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada en Rasyid atas kejayaan berhenti merokok. Bukan mudah tu. Hehehe…
Khaida says
Terima kasih sebab up kan cerita ni. Ini pengalaman saya berhenti merokok.
Saya adalah perokok tegar selama 27tahun. Pada asalnya sy hnya kurangkan pengambilan rokok. Kalau dulu sehari saya hisap 20 batang saya kurang kan ke 4 batang.
Withdrawal symptoms mula nampak:
Saya mengalami
?? Nafas Pendek
?? Sakit dada
?? Nafas terasa kosong
?? Tekak kurang rasa
?? Kebas tangan dan kaki sentiasa
?? Dada berdebar-debar
?? Sendi sakit-sakit
?? Suara serak
?? Air liur pekat
?? Susah telan
?? Lesu
?? Mengantuk
?? Stress
?? Sukar tidur sebab dada rasa berdebar (fikir mati)
Bayangkan, sy seorang perempuan yang mengadap benda2 stress kat atas ni.
Bila saya mengalami symptom2 diatas terus sy tak stop merokok. Ingatkan ada penyakit lain. Bila google baru sy tau ini adalah kesan2 hilangnya nikotin dalam badan. Alhamdulillah Skang sudah 2 minggu. Aduhhhh semoga aku terus istiqamah.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tahniah khaida. Semoga terus istiqomah. Semua simptom tu memang dialami ketika percubaan berhenti merokok. Ada yang mengalaminya, ada yang tidak. Semoga tabah ya.
Pokjih says
Salam bang. Terima kasih sbb share pengalaman berhenti merokok mcm ni. Rasa lega sket lepas baca. Sy baru 4 bulan berhenti. Mcm2 dah rasa. Nafas singkat, sakit dada, pening kepala, cepat penat. Mcm2 lg lah. Penat nk taip. Hahaha. Skang masuk bulan ke 4, jadik rasa kebas2 plak. Kejap dkt tgn, kejap dekat dada depan blakang kiri kanan. Ikut suka dia jer nk jadik kebas tu. Hehe. Bang, kalau ada group whatsapp geng berhenti rokok, tlng add sy skali 01126053234. Sy tau yang berhenti rokok nk kena ada support lebih. Kalau ramai geng tu best la sket. Boleh sembang smbil tnya pengalaman yg dh lama berhenti. Tlng add yer bang. Tq ???
ghazalitajuddin says
Alhamdulillah dan tahniah pokjih kerana berjaya berhenti merokok. Saya syukur sangat kerana Allah gerakkan hati untuk tulis post ini, bukan setakat membantu yang lain, makin bertambah kawan.
InsyaAllah saya akan add pokjih dalam group. Tq singgah pokjih!
Ayie says
Assalamualaikum, saya br dlm 7 minggu cuba berhenti merokok tapi dah mcm2 withdrawal symptom saya alami. Yang paling teruk susah nak tidur. Sekarang terfikir nak try vape nak hilangkan simpton2 tu. Boleh add saya tak 0199222050
ghazalitajuddin says
Wsalam ayie. Tahniah lah dah 7 minggu quit. Bukan senang tu. Apa pun bertabahlah untuk segala simptom yang dialami. Kita ramai geng hahaha. InsyaAllah dalam group nanti boleh cerita panjang.
Terima kasih.
sabree says
salam. tuan. boleh add saya dlm group wasap geng berhenti merokok x. need support. 0192163184 tq tuan.
Hazrul90 says
Add saya dalam group whatsaap boleh. Sy baru minggu lepas 3 hari je stop.. pastu kecundang sebab stress beli sekotak hisap tapi masa isap balik kepala jadi pening , nafas sesak x boleh bau asap. ..abis rokok tu terus nekad berhenti lagi ni dah 4 hari stop. Cubaan ke dua ni . Dugaaan dia .. allah.. kuat kan pada mindset je skrg ni.
Cari big why sy kena berhenti..
“Macam mana doa aku nk makbul kalau dalam mulut aku ada benda haram”
Pastu bila teringain. Pikir apa faedah isap rokok pikir buruk dia. Pikir sakit kepala bila isap sesak nafas bau rokok. Busuk bau rokok. Pikir anak bini.
Tak de kebaikan merokok. So kurang sikit dugaan.
Add ay dalam whatsaap group ye tuan. Tq
01110393878
ghazalitajuddin says
done!
Hadi says
Please add me too 0182946005
ghazalitajuddin says
Better whassap saya terus 0169212092
Sherman says
Masukkan no sya 0163075124..wssp tq.baru 3 bulan stop smoking..23 tahun smokerss.
ghazalitajuddin says
Better whatsApp saya 0169212092
MUQRI says
Saya nak join group whatsapp boleh . Saya dah stop smoking dekat 3 minggu disebabkan tiba2 saya rasa susah untuk bernafas semasa hendak tidur . Hmm . Masa tuu ingat mati dah . Pelbagai withdrawal symptom saya alami sakit dada,nafas rasa kosong dan pendek dan sebagainya.
Add saya dalam group boleh ye tuan
0142592953
ghazalitajuddin says
Alhamdulillah, mohon Whassap saya ya 0169212092. Tq…
Amy says
Alhamdullilah saya da pun berhenti. Merokok…memng perit rasanya nya…dalam otak ni pk nk mati je..tapi saya kuat demi anak2 sebb itu semua silap saya…saya sentiasa doa kat allah semoga penyakit saya dan uols ni sembuh seperti sedia kala…sama2 la kite berhenti merokok
ghazalitajuddin says
Alhamdulillah amy, tahniah atas kejayaan untuk berhenti. Semoga terus istiqamah.
Timay says
Salam tuan.. Tq sb hasil coretan tuan byk membantu. Sy bekas perokok selama 16thn. Sesak nfs slps main bola thn lepas. Terus stop rokok dh hmpir setahun lbh stop..buat full checkup normal. Tp withdrwl symptom msh ada..
ghazalitajuddin says
Wsalam. Sama2 tuan. Alhamdulillah walaupun tak seberapa coretan saya ni, saya cukup gembira dapat meringankan keresahan hati tuan. Sampai hari ni pun saya tak lupa juga apa saya lalui sepanjang withdrawal symptom tu. Tuan boleh berhubung dengan saya terus jika memerlukan teman, atau nak join group dengan kawan2 lain yang telah menghubungi saya sebelum ini. Semoga terus istiqomah jauh dari rokok dan terus sihat insyAllah.
Zero says
saya pn mengalami simptom widhtrawal skrg..sesak nafas,batuk berkahak,pening kepala,sendi sakit,cepat penat.Baru 3 minggu stop..sakit nya hanya Allah yg tahu..rasa nak putus asa pn ada tp demi anak2 saya kuatkn jugak
ghazalitajuddin says
InsyaAllah semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan tuan.
Sudirman says
Tq atas perkongsian pengalaman tuan berhenti merokok. Saya 6 minggu berhenti merokok. Lepas baca pengalaman tuann baru rasa lega. Baru sya Tau yg perasaan gelisah, dada berdebar2, panik attack, batuk, lemas, sakit sendi, dada tidak selesa, tidak selesa perut, berangin kesan withdrawal. Semoga diberi kekuatan utk terus berhenti merokok
ghazalitajuddin says
Alhamdulillah tuan. Tahniah atas kejayaan tuan berhenti merokok. Semoga terus istiqomah.
Nazaf says
Allah.. memang ujian yg kuat bila berhenti merokok.. sy dh bhenti merokok bru 7minggu.. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua yg berhenti merokok.. AMIIINNN..
ghazalitajuddin says
Alhamdulillah. Tahniah tuan.
Alif Ax says
Sy pun tgh cuba berhenti nie , baru cuba simptom tu dh ada , sampai minta nasihat doktor sebab takut serangan jantung tiba tiba , tapi Alhamdulillah tiada kena mengena dengan jantung , sy baru cuba seminggu , nampak orang hisap rokok , macam nampak dia tgh mkn ayam , berkat support dari bakal isteri , sy kuatkan semangat , nak sihat kena berkorban , benda nie datang sekejap , nak pergi tu yang payah , In Shaa ALLAH berjaya , Aamiinnn
ghazalitajuddin says
InsyaAllah takde apa tu. Semoga terus istiqhomah…
Nazaf says
Semoga tabah menghadapi ujian.. Jgn mengalah.. Niat kerana ALLAH..
ghazalitajuddin says
InsyaAllah. Aminnn
Nazaf says
Semoga tabah menghadapi ujian.. Jgn mengalah.. Niat kerana ALLAH..