Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri.
Cerita Aku
Sebelum aku bercerita bagaimana aku berhenti, terlebih dahulu aku berkongsi cerita tentang diri aku sebagai perokok. Aku dah merokok 16 tahun. Separuh umor aku sekarang. Kategori aku sekotak rokok sehari, masih lightweight tetapi kadangkala pergi juga 2 kotak sehari bergantung kepada apa aktiviti harian aku. Aku pernah hisap Dunhill, Winston, Semporna, Surya dan lain2 brand tanpa masalah. Bangun pagi nak masuk toilet rokok, nak meneran atas jamban rokok, start kereta panas enjin rokok, dalam kereta sebelum sampai ofis rokok, lepas bekpes rokok, cari idea rokok, sebelum sepak bola rokok, habis main rokok, tension sket rokok, boring takde kerja pn rokok dulu seround. Biasanya camtulah life as smokers. Ini punya jenis, dipanggil Heavy Smokers. Sampai satu peringkat, hisap rokok dah tak rasa apa. Nak muntah pon ada. Ye tak? Itu bermakna sudah tepu. Kalau orang gila, mungkin dia boleh pergi main dadah. Nauzubillah. Aku sendiri pernah lalui satu peringkat aku rasa dah tak feel sangat hisap rokok ni. Tetapi kenapa tak berhenti? Kenapa? Why x 3? Kerana ketagihan. Kita masih lekat dengan merokok sebab ketagihan. Ketagihan apa? Yerp. Ketagihan nikotin. Aku dah hidup 16 tahun dengan nikotin beb. 16 tahun ko dah merokok, bukan perkara mainan untuk berhenti. Aku berkepit dengan rokok lagi lama dari aku berkepit dengan awek aku mahupun mak aku. Betul? Ko fikirlah sendiri . Tetapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus merokok. Itu pun tanya pada diri sendiri. Semuanya bermula dari diri sendiri. Aku dah mencuba berhenti merokok ini secara sirius sejak tahun 2006, sehingga lah sekarang. Sebenarnya nak berhenti merokok ni memang memerlukan persediaan mental yang kuat. Ko bayang la berapa ramai orang hisap rokok ni? Ayah aku, adik aku, kawan2 aku selalu jumpa 80% smoker lah. Kalau ko berhenti macammana ko nak berdepan dengan rakan-rakan perokok lain? Goyang beb. Sebab tu kena asuh secara psikologi jugak. Bukan takat pakai berhenti je. Memang mencabar la nak bertahan lama. Alhamdulillah berkat usaha sekian tahun, berkat doa ibu tersayang, berkat doa isteri tersayang, berkat lahir anak2 yang sihat, dengan macam-macam cara aku dah cuba. Akhirnya berjaya juga, dan aku harap terus berpanjangan sampai bila-bila.
Cara Aku
- Persediaan berhenti merokok
- Niat & Lafaz
- Berhenti merokok ni sebenarnya pokok pangkalnya bermula dari niat kita sendiri. Sentiasa ada niat nak berhenti. Biar pun kita tak buat apa pun lagi, tetapi niat tetap ada. Rokok kat jari ni, tetapi tetap niat nak berhenti. Rokok menjuih kat bibir ni ada niat nak berhenti. Memang selalu sebut nak berhenti. Setiap kali hisap rokok fikir nak berhenti. Sirius punya niat nak berhenti kena tanam dalam hati walaupun masih merokok. Pandang rokok tu dan fikirkan tentang berhenti merokok. Keep on niat dan lafaz.
- Benci
- Bila kita dah niat. Nawaitu dah kuat. Tanamkan perasaan benci pada rokok pulak.
- Bagus dekat kotak rokok sekarang ada gambar-gambar. Ko jeling2lah pada gambar tu. Jangan buat2 tak nampak pulak. Rokok itu buruk! Rokok itu jijik! Lawak tapi berulang kali hati kita akan menerima sebagai kebenaran dan hakikat. Sebab tu ada orang tua kata, bila buat satu perkara cukup 40 hari, ia akan jadi tabiat. See?
- Ko surf internet tentang keburukan merokok. Dapatkankan semua maklumat tentang keburukan merokok dan sentiasa fikirkan tentang maklumat tadi setiap kali ko nak merokok. Ini melatih jiwa kita kearah berhenti merokok.
- Ada poster lung / peparu rosak ke, or apa2 poster kerosakan disebabkan rokok ko tampak kat tempat selalu ko pergi. Dekat meja ofis, depan pintu bilik, belakang pintu jamban pun terbaekkkk….
- Selagi kita tak mengajar diri kita membenci rokok, selagi itu kita takde jiwa yang bersih, jitu dan azam tinggi untuk berhenti.
- Sayang
- Fikirkan apa yang merugikan diri sendiri bila merokok? Kesihatan yang semakin teruk, paru-paru rosak, duit poket. Semua perkara yang kita sayang, yang hilang bila merokok.
- Fikirkan tentang orang lain, orang terdekat yang paling disayangi, anak ke, isteri ke, awek ke, mak ke, ayah ke dan mereka-mereka yang terpenting dalam hidup ko. Somebody yang ko perlu survive untuk menjaga mereka.
- Niat & Lafaz
- Strategi mengurangkan rokok
- Tukar rokok
- Semporna/Surya(keretek) ke Dunhil/Marlboro (dan seangkatan lain). Uiks? Biar betoi? Iyer… Siapa pernah hisap semporna dia tau kenapa. Especially semporna hijau, ko memang akan hisap lebih dari perokok lain sebab “tak puas”. Rasa dan bau dia plak yang soft tak seberat Gudang Garam menyebabkan ko merokok lebih banyak sebab layan. Bertukarlah segera ke Dunhill Light ke atau rokok lain. Keretek mengandungi lagi macam2 bahan yang tidak elok untuk kesihatan. Ko bukan tak tahu, saja buat2 tak tahu. Malas aku nak cerita.
- Akhiri dengan rokok gulung. Yerps, rokok terakhir aku hisap adalah rokok gulung. Alah yang jenis pakai mesin tu, bukan rokok daun tu. Yang tembakau dia sebundle beli kat 7eleven. Kenapa rokok gulung? Rokok gulung ni melambatkan proses nak hisap rokok. Dahle nak bawak tu leceh. Nak hisap pun bersepah2 tembakau sebab nak gulung hahahaha. Ni pengalaman aku lah. Kalau ko betul nak berhenti boleh la cuba. Tak cuba tak tahu. Betol tak? Dalam kereta pun ko susah nak hisap sebab nak kena gulung dulu. Tp jangan la ko tunjuk cerdik sangat, pergi gulung siap2, memang failed la kalau ko fikir camtu. Sampai sudah la tak boleh nak berhenti.
- Nicotine Replacement
- Terdapat beberapa cara dalam menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try 2 cara.
- Rokok Electronic / eCigar – Kaedah guna rokok letrik ni pun bagus, memang boleh replace terus sebenarnya. Cuma ada feel “merokok” tu lagi. Jadi mungkin bila ko nak tunggalkan ecigar ni pulak susah nanti. Aku dah cuba tapi tak berjaya. Sebabnya barang ni pakai bateri, kena charge, filter yang digunakan yang mengandungi nikotin tu susah nak dapat, penyebab utama spoil pada aku waktu guna ecigar ni bateri rosak, nak replace susah dan harganya agak mahal maka terbantutla usaha ketika itu. Ketika itu tahun 2009 camtu la. Sekarang ni aku dengar ada product baru yang aku sendiri tak pernah test sebab dah stop. Kalau ko nak try http://www.bigvapors.com/
- Niquitine Tablet – Yerps. Lately kalau korang perasan banyak keluar dekat tv pasal niquitine ni. Memang product ni agak mahal, mungkin lebih mahal daripada eCigar lagi. Tetapi sekiranya mampu. Pejam mata aje. Memang product ni menyebabkan ko tak rasa nak merokok. Jadi peringkat awal, aku makan niquitine ni untuk mengurangkan rasa nak merokok tu. Tapi kalau dah nak merokok jugak, belasah ajer. Cuma memang produk ni berkesan. Aku memang mengesyorkan korang cuba Niquitine ni. Ada dua jenis tablet, 2mg dan 4mg. Jika ko heavy smokers, ko belasah 4mg. Satu papan ada 12 biji, harganya RM17. Hahahaha. Aku sure korang terkejut. Mahal dari rokok. Tapi tu ler. Demi kesihatan, aku beli juga. Mula2 memang rabak la beb, sebab rokok pun beli jugak. Hahahah memang giler. Tapi lama-lama, sekotak rokok tu boleh bertahan 2 hari. Sebiji 4mg tu boleh tahan 4 jam pada aku. Ko pun tau benda tu mahal so pandai2 lah ko ejas. Especially lepas makan memang aku belasah, sebab lepas makanlah paling susah ko nak tinggal rokok kan. Hahahah. So bila ko dah start ejas cara ko merokok, ko leh start ambil yang 2mg je, aku dapat dalam RM13, still mahal tapi murah la sket. Cuma memang beza 4mg dan 2mg ni. Kalau ko first time ambil 4mg, silap aribulan muntah ko hahahaha. Sampai sekarang aku masih beli 2mg ni, tetapi sehari mungkin sebiji dua ajer. Alhamdulillah makin kurang.
- Terdapat beberapa cara dalam menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try 2 cara.
- Bersukan
- Bila nak berhenti tu, ada masa pergilah bersukan. Sebab bila berhenti merokok, nafsu makan akan menggila hahaha. So selain jaga badan, kita boleh membantu memantapkan lagi paru-paru kita yang dah rosak teruk. Atleast pergi lah joging dalam setengah jam ke sejam. Peringkat awal ni buat lah intensif sket, seminggu empat atau lima kali.
- Tukar rokok
- Simptom / Withdrawal Effect – Withdrawal siptom ni temporary effect selepas ko berhenti merokok. Jangan ko rasa pelik la tiba2 ia berlaku pada ko atau tak berlaku pun pada ko.
-
- Stress – Antara perkara kita kena handle adalah elakkan stress. Bila stress memang ko akan teringat kat rokok ko balik. Ko teringat balik feel bersama rokok dan asap itu hahaha. Ni bukan perkara main-main. So pada peringkat awal kalau boleh elakkan berada dalam lingkungan stress. Bersedialah dengan tablet Niquitin tu. Elakkan peluang untuk merokok.
- Sakit kepala – Aku takde la sakit kepala mana. Tapi ramai juga orang lain sakit kepala. Mungkin sebab stress so bersedialah untuk sakit kepala.
- Pendek nafas – Ni paling aku tak larat. Tetapi inilah yang membuatkan aku terus tak nak merokok. Azab weh. Dalam keadaan normal ko memang rasa pendek nafas ni, macam nafas tak cukup. Ko tarik nafas rasa cam tak abes tarik, oksigen tak lekat. Mula rasa down semacam. Rasa nak mati pun ada. Tetapi bila aku pergi main futsal ke, jogging je dalam masa 5-10minit kembali normal ko rasa lebih energetic. Nafas tip top. Cuma bila ko buat aktiviti biasa memang terasa la something wrong pada sistem pernafasan ko. Aku sampai bawak diri ke hospital check paru2, check tekanan darah, check jantung, Alhamdulillah semua sihat. Admit je lah, sapa suruh ko merokok, dah dapat penyakit baru tau bersyukur Nikmat Kesihatan. Huhuhuhuhu. So kepada ko aku nasihat, teruslah berusaha berhenti. Lagi awal lagi bagus, aku harap ko tak lalui apa aku lalui sekarang. Memang agak suffer nafas pendek ni.
Fuhhhh, panjang aku menulis kali ini. Aku harap pengisian kali ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada ko untuk terus mencuba berhenti merokok. Sirius bro, kalau bukan sekarang bila lagi? Masa sihatlah nak berbuat baik sebelum masa sakit. InsyaAllah. Selamat berjaya!
Saya ada wujudkan group whatsapp RetiredSmoker kepada yang telah berhenti merokok. Kepada yang berminat nak join group bolehlah add nombor hp saya 0169212092 – GhazaliTajuddin Takaful PruBSN dan mesej pengenalan kepada whatsapp saya “Nak Join Berhenti Merokok”. Group whatsapp ini baru diwujudkan bagi berkongsi secara real-time bersama rakan-rakan yang menghadapi masalah sama. Alternatif sebab ramai yang whatsapp saya secara in person yang nak berkongsi masalah dan tips kesihatan berkaitan merokok. Terima kasih semua.
Cikgu Hairul says
Tahniah bro, ko dapat berhenti merokok sedangkan ramai lagi perokok tegar diluar sana sentiasa memberi alasan untuk taknak berhenti merokok. Apa pun semuanya bermula dari kita.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
ye bro, semuanya dari diri sendiri.
FIZA says
berjaya juga akhirnya aku membaca post ko yg pjg ni,i was spend 10 minutes. finally,aku rasa husband aku x tough nak buat ni, klau bukn dr diri dia sndiri…then apa yg ko ckp tu byk sama dan mgkin semua smoker pun sama. tapi aku akan support dia dr belakang klau tiba2 dia nak plak…2006-2012, 6 thn tu..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Dia ada niat tu, tapi banyak sebab yang menyebabkan tertangguh. Ko doakan jelah moga2 dia terus mencuba. InsyaAllah one day sure boleh punyo. Lagi awal lagi bagus. Just bagi support yer, bukan sindir2 yer hahahaha
Azmi Mohamad says
Bagus bro….aku hari ni nak start berhenti..sekarang dah 8 jam… dah 4 niquitin aku makan. rokok belum lagi…rasa withdarawal ada sikit….aku bantai yg 4mg… muntah jugak. AKu beli 2 packs, 2mg dan 4mg.
Semoga aku berjaya macam ko.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Alhamdulillah bro, usaha yang bagus. Tak cuba tak tatau. InsyaAllah niat dah ada, usaha dah ada sure nanti berjaya jugak. Janji ada effort.
Alhamdulillah, aku pun hari ni dah masuk 3 bulan dah, ngam2 Fathers Day hahaha. InsyaAllah bro, semoga berjaya. 🙂
hafizi says
Assalamualaikum.. Terima kasih saudara atas perkongsian yang sangat bermakna terutama kepada perokok tegar di luar sana.. Mohon share artikel untuk manfaat bersama..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam. Sama2 bos. Sila2 share…
Khuz says
Salam . Ko memang otai . Respect ! Aku ada try gak time bulan puasa hari tu nak berhenti . Sebatang lepas sahur sebatang lepas buka, mula2 memang okay tapi tiba2 nafas pedek daaa . Panic aku ! Hahaha . Nak tahu juga beli pill Niquetine tu dkt mana ? Thanks bro . Salam .
el says
farmasi banyak bro
Ikhmal Haqem says
Thankz sgt2 bro…..sy pun skrg tgh cari maklumat untuk mengurangkan ketagihan merokok….tapi,time sy berhenti…… sy ada 2 masalah… 1. Stress 2. Pening Kepala…tapi sy akan cuba jgk nnt…duit dh byk habis dh…awek pun dh lari…dlu janji nk benti,tapi x benti2…sy nk jgk benti….pape pun thankz bro….kepada maklumat semua..ada cara lepas makan tuk xnk merokok…..Gosok gigi,elakkan minum minuman panas….
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Boleh bro, ramai kena simptom yang lagi teruk dari saudara. Panic attack, lelah, nafas pendek dan macam2. Pening tu ramai dah kena. Betul mula2 ni kena kurangkan minum air panas… lepak dgn perokok pn kena kurang-kurangkan jugak lah… hehe
FAIRUS says
TAHNIAHLAH BRO.. SAMA-SAMALAH KITA TERUS BERHENTI MEROKOK..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Yeps! tq bro!
Abd Malik Ahmad says
Alhamdulillah, dah boleh berhenti merokok sejak aidil adha dulu 2012. Mula dengan vape. Lepas tu bateri kong, terus tinggal. Rasa okay banyak. Cuma kadang2 teringat kembali terutamanya masa senggang dan lepas makan. Aku cuma vape saja (rokok elektronik). Guna sampai rosak, lepas tu, azam tak nak beli lagi. Kalau bro di luar sana cuba cara ni Insya Allah berjaya. Mula merokok sejak 1983 beb sampai 2012, berapa tahun tu? Memang payah nak tinggal, tapi semuanya perlukan azam dan pengorbanan. Alhamdulillah semuga Allah berikan kesihatan yg baik buatku. Dah berenti rokok, makan pulak yg bertambah. Semuanya berselera beb…itupun kene hati-hati juga…
Muhammad Hafiz Bin Mohd Akhir says
Bro.. ak pon nk otw nk try berenti.. nasib baik la niquitin 2mg sekotak harganya rm 33.90.. sepapan ak bantaii sehari hadap.. tp tegok mebe ak isp rokok ak pon tmpng sekaki.. haha.. 2 je yg ssh sket.. tp ak da berjaya xbeli rokok kotak selain rokok btng.. bnyak kurng la.. tq atas tips2 yg ada.. niat dan nekad plng penting.. hehhe..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Cuba try jangan lepak seminggu dua, ko cakap je ko ada kerja ke ape ke. Then ko try lepak balik. Tgk camne hasilnya.
Apa pun kena terus usaha. InsyaAllah, masanya akan tiba.
edu says
salam bro..
Very good article…insaf skjp n start bazam nk stop smoking nie…huhu..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Just share my experience je bro. Boleh dah cuba pelan-pelan. Sendiri mau bukan orang lain suruh 🙂
albar says
salam bro, sy dah sebulan berhenti merokok.. side effect dia mcm dasyat betul la… kepala otak ni jadi mcm tak stabil. nk bawak kereta pun takut2. xleh nk focus… sy dpt withdtawal nikotin sindrom ni dah lebih kurang 4 hari gak ni.. hari 1st demam terus muntah.. pastu lame2 tekak rasa mcm nk tercabut. cek kt klinik, kahak byk gile.. almaklum lah perokok tegar 17 tahun. kepala pening ni tak ilang lagi. bro berapa lama effect dia?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam bro,
Ya, tuan macam saya juga ada side effect. Kesan withdrawal peringkat awal memang teruk beb. Ko rasa nak mati je. Mungkin sebulan pertama memang macam2 dugaan lah, diorang panggil panic attack. Asal sakit sikit je ko akan ingat mati.
Kahak tu memang banyak, lung ko akan rasa tak selesa. Ko mungkin akan rasa chest ko berat je, buat exercise. Pergi jog or masuk gym.
Alhamdulillah after 6 bulan, aku dah start rasa ok. Dah takde rasa panic camtu. Cuma sikit pada pernafasan, mungkin sebab berat badan naik sket. So aku keep on jogging everyday sekerap mungkin, memang helps alot.
Banyak2 sabar bro!
albar says
ok, sy akan jogging jugak… setakat skrg ni,, kepala masih kebas lagi.. demam dah ilang.. kahak mmg confrim byk.. rasa penuh jer kt kerongkong ni.. smp nk meludah dah naik geli… menyesal betul merokok dulu
tq share info bro
ridhwan says
Salam tuan, dulu masa nak stop tuan try kurangkan bilangan dari hari ke hari atau just stop terus secara mendadak..sy bimbang akan side effect bila tetiba stop..tapi kalau nak kurangkan bilangan sy lagi bimbang takut tak dapat disiplinkan diri.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
W’salam. Masa mula2 nak stop, saya cuba kurangkan dahulu dengan mengambil Niquitin. Walau pun masih merokok, saya ambil juga Niquitin. So makin lama makin slow lah. Cuma sampai satu masa tu, saya cuba tinggal terus rokok dan mantain ambil Niquitin.
Side effect saya rasa bergantung berapa lama dah kita merokok dan berapa kerap or berapa kotak sehari dan juga tahap kekuatan badan kita lah. Kalau u baru 2,3 tahun hisap, mungkin taklah seteruk mana berbanding heavy ssmoker 2,3 kotak sehari yang dah hisap berpuluh tahun.
Jangan bimbanglah, try je dulu. If ada side effect refer to doctor. Mana lagi bahaya? Side effect or merokok? Terpulang 🙂
gaban says
tahniah bro.. sy da cuba tp gagal menepis dugaan utk merokok.. mula mula sy beli tablet Niquitine. pada mulanya memang berkesan tp dlm 1 hari saja sy akan merokok sambil mkn tablet niquitine… risau jg x dpt berhenti merokok… sy akan stress gila klu x dpt merokok dlm masa sejam… sy da cuba jg duk berkurung dlm bilik tp x berkesan… tolong la bagi pendapat..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Alhamdulillah bro, satu usaha yang baik. Bila dah berniat bersungguh2 tu dah jadi doa, insyaAllah akan berjaya.
Biasanya kita kena lihat juga tabiat kita. Bila masa tuan merokok? Sebagai contoh selepas makan kah? Ketika pressure kah? Ketika bersama kawan2 kah?
Jadi sebenarnya kita kena kawal TABIAT kita tu dulu. So sebagai contoh biasanya dulu saya mesti tak tahan nak merokok bila lepak minum bersama kawan2. So sudah tentu disebabkan itu, tuan kena elakkan berjumpa rakan2 buat sementara waktu. Jika merokok selepas makan, cuba lawan sikit dan lupakan rokok sementara waktu, cabar diri let say dalam 10 minit pertama untuk tahan diri dari merokok, tiap2 kali tambah tempoh tu.Semakin lama tempoh tu, tuan buatlah kerja2 lain, sedar tak sedar tuan lupa terus nak merokok.
Ini just cadangan saya sebab saya ada buat begitu dan menjadi. InsyaAllah saya doakan tuan juga berjaya.
puan na says
mungkin kamu kamu dan kamu yg merokok blh mencuba kaedah ini.. mana tahu ianya mampu membantu kamu kan? semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yg memerlukannya ^_^
Jom Berhenti Merokok
koci says
abg aku pernah stop setahun lebih, beberapa bulan tapi skrg hisap balik…katenya, stres n tak boleh berhenti mendadak…tapi setelah sekian lama tak merokok, sekejap je ubah fikiran. skrg aku rase dia takkan berhenti sbb dah byk kali dah gagal…hahaha
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
hahaha kalau dah camtu mmg payah la. Tapi aku yaqin mesti abang ko try lagi nanti. Hahaha
neesajun says
nice!saya nak share entry awak! visit me blog
el says
as salam
tahniah bro sebab berjaya bhenti rokok.aku dalam proses nak bhenti.setakat ni,aku cuma kurangkan je dulu.dari sekotak sehari kepada sekotak 2 hari.tp idea bro utk tukar kepada lenteng tu mungkin sangat ideal.sebab aku pun kaki lenteng gak dulu..memang leceh nak buat..ha ha ha.anyway,thanks 4 the advice.aku nk benti ni pn bukan sebab ape.sebab dah sakit..kesan hisap surya 10 tahun..well done to u bro..aku lafaz niat kt sini.semua orang jadi saksi..sahaja aku berhenti rokok kerana Allah Ta’ala..azam dan azam
smxpx83 says
Hari ni genap 7 minggu sy brhenti merokok…semua withdrawal effect yg saudara senaraikan mmng berlaku kpd sy…lebih2 lg short of breathness (SOB), tarik nafas mcm x puas…lebih menydihkan lg bila sy mengalami beberapa siri serangan panik…tiba2 rsa mcm nak pitam pn ada..kes paling teruk brlaku time memandu dalam keadaan jalan sesak..tiba2 rsa berdebar2, batuk2 dan rsa loya nk muntah..dlm keadaan panik bole pla rsa nk pitam..huh..stiap kali mengalami panick attack bgini sy akan terus jmpa doktor…dan stiap kali doktor buat check up smua ok..x ray, ecg dan bloodtest smua result ok, dan doktor ckp munkin nikotin withdrawal effect..serius ckp sy rsa lebih sihat sebelum berhenti merokok, dan rsa nk balik merokok…tp slps hmpr 2 bln stop merokok sy akan jadi org paling bangang klu balik hisap rokok…
vespa_muar86@yahoo.co.uk says
bro…
ak dah behenti merokok 3 bulan…
tapi masalah ak skrg..ak rasa panic..takut..
pegi jumpe doc dia cakap aku kene axintey hahahaha
tapi bila aku baca komen ko kat atas..
betul ke kalau behenti merokok ni akan rasa panic…
cara mengatasi dia bersenam ke bro?
tolong beri tunjuk ajar bro maseh
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tgk atas orang juga kena panic attack ni.
The best is bersenam la kot bagi menghilangkan stress disamping menjaga kesihatan.
Sekarang ni pun dah ok dah. Alhamdulillah.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Another email regarding berhenti merokok:
“maaf menganggu…nama saya hafiz.
saya ada terbaca blog bro..pasal side efek berhenti merokok..
disini saya nak bertanya bro..
saya hampir 2 bulan berhenti merokok..
efek yg saya alamai skrg debar2..sesak nafas.. dan kadang2 rasa cemas dan takut…
saya baca kat blog bro, langkah2 nye adalah berjoging..
ada cara2 lain x bro…?
tolong tunjuk ajar bro..sy rasa mcm merana bro..
tq bro ” – apiscx86
adzhar says
tahniah bro. sy baru je 2 week quit smoking. 3 hari pertama mmg azab, sampai demam, semua sakit-sakit. lepas tu sait kepala, sampai nak sarung helmet pun rasa sakit kepala kena tekan dgn helmet tu. sampai 1 week dah x sakit kepala. tapi nafas pendek sampai waktu tulis ni (genap 2 week). risau gak takut paru-paru dah rosak atau masalah jantung. bila baca withdrawal symptom kat sini, rupanya mmg salah satunya sesak nafas. search kat google pun tgk website omputih pun mmg ada bgtau shortness of breath. tp x pasti berapa lama. harap-2 efek cepat hilang. penat juga nak layan sesak nafas ni.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
insyaAllah semua ok tu. Take time kot. Aku mula2 pun cuak cam ko jugak. Tapi insyaAllah semua ok nanti. Nanti aku akan try hapdet tips2 kawan2 kita share kat sini…
ady/marcello says
slm bro, bila aku baca blog ni dn komen dlm ni terkekek2 aku gelak walaupun da dkt pukul 2am ni smpai tbgn wife aku bro…aku da 12 thun isap rokok wlaupn dr sblm aku kawin ckp nk benti smpai la ank da 4 xbenti gk,.taniah la bjaya benti bro…aku pun nk cube untk peraktikkan apa yg bro tls dlm blog ni.,nanti da bjaya aku bgtau,ok bro.. slm..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Hahahah siot je ko ni. Hahahaha. Just sharing je bro. Dah sukses nanti jangan lupa hapdet aku. Boleh la aku ucap tahniah hahaha…
Mangsa Kekejaman yahudi says
salam bro2 paru2 itam,
Aku dah alami benda2 nie 4-5 tahun lepas,side effect dia mkn masa 6-9 bulan gak baru ok.panic attack la paling teruk…senang cite mcm simptom2 yg korang ckp kat atas ni….badan kurus gile(takyah guna herbalife),sbb akan pikir associate dgn penyakit2 lain..kadang ingat kena buatan org pun ada.pikir balik mmg kelakar.Time tu mmg automatik jadi alim…..bile dah settle tempoh azab tu,rasa bersyukur sgt….taknak dah isap rokok…..benci tgk org merokok…….setahun berlalu,dua tahun berlalu…….episod kedua bermula,kawan2 byk yg isap rokok….first2 ok je tak rasa mende,lama2 lepak rasa mcm nak sepam,dan korang tahu la ape berlaku lepas tu…..selamba je order sekotak kat kaunter 7 eleven……..berlarutan lah sampai sekarang……….tapi tu bukan penamatnya……..sekarang berhenti balik….dah nak sebulan…….kali ni dgn azam yg lebih kuat(anak bertambah)plus pengalaman berhenti sblm ni…insyAllah dipermudahkan…lastly tips aku paling penting nak kongsi…..time panic attack melanda,try bernafas tarik nafas sambil guna perut(mcm isi oksigen dalam perut,tahan 11 saat kemudian lepas slow2.buat 3x.Sambil zikrullah.InsyAllah
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
wsalam bro hahaha.
Alhamdulillah dah berhenti balik. Biasa lah bos. Sesekali datang angin nak berasap jugak. Tapoi alhamdulillah setakat ini rasa tak nak dah terjebak balik hahaha.
Semoga bro terus gagah berhenti. tq for sharing. Memberi inspirasi pada kitorang untuk terus berhenti.
Abd Malik Ahmad says
Alhamdulillah. Masih bertahan walaupun bila bercampur dgn smoker keinginan tu masih ada. Tapi,,, kalau aku mula balik, akulah org yg paling bangang dalam dunia. Kena doa selepas solat agar Istiqomah kita diterima. kita nak berubah kepada positif bukannya negatif.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Takpa bro. Terus usaha. Aku pun banyak kali failed.
Mil says
Info yang bagus untuk merancang berhenti merokok.
Terima Kasih…
Dalam Usaha.. 😀
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Sharing is caring. Tq visit ya.
Nas says
Tq sebab buat risalah berhenti merokok camni. Sy dah lama nak stop tp tau2 jela. Niat je ade. Paling lama dalam 7 tahun ni sy behenti smoking 3 hari sahaja. Malu jugak la, org lain ponteng puasa makan, sy ponteng puasa sebab rokok. Kawan2 memang x membantu pon, kate nak stop je ade je la mulut cam hanjing perli la mengutuk la. Salah saya jugak, dulu org kate asal merokok saya kate x nak mati eksiden, kalo merokok kena canser sempat mengucap. Dengan tips2 yg encik bagi nampak cam bekesan. Tahniah kerana behenti merokok. Tahun ni sy nak capai bebas dari merokok dan asap2 yg sewaktu dengannya. Semoga duit kerja yg halal adalah untuk belanja yg halal.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Dalam masa nak berhenti memang ko kena duk jauh dari kawan2. Kawan2 ni suka usik2 ko nak bergurau. Tapi hakikatnya diorang pun jeles kalau ko sukses. InsyaAllah teruskan usaha.
luqman mazlan says
thank’s bro…tgh heavy smoking time baca nih. janji nk brenti dah byk kali, asal jumpe sedara-mara n kengkwn hanyut.
#harap2 ade niquotin murah. bro klu lu jual pon da ckup baik da.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Hati mau kuat bro! Nekad!
Faiz says
Admin, good info.
Berapa lama admin ambil masa dari simptom pendek nafas kepada pernafasan normal?
P/S: saya mengalami simptom ini dah 2 minggu…sekarang ni pun tak cukup nafas…
Sama seperti yang tertulis di atas. Memang azab.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
It depends bro. Ramai kawan2 kena simptom ni. Ko leh tengok kawan2 yang reply pasal sesak nafas ni. Aku amek masa 8-12 bln gak la nak biasakan keadaan camni. Tapi Alhamdulillah makin lama makin ok. Syukur pada Allah. Mula2 tu mmg ingat mati aje la. Bagus jugakla sebab impaknya life aku pun berubah kearah lebih baik.
Ogy says
Tq bro atas pngisian yg terbaik ni,mmg kelakar la baca komen2 yg dorg bg,mmg sama ape yg ak rasa…hahaha,harap2 dpt la ak berhenti atas pngisian ko ni,ak baru 8 ari x isap rokok,sbb sangap gler ak cri blog2 berhenti merokok ni…hahaha,mau tnya la,1 kotak niquitin ade 4 papan,bleh ke kte bli 1 papan je?ak dah tnya 2 farmasi ni,dorg jual kotak je…harap bleh kongsi skit…salam.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Welcome bro.
Ini jelah yang kita mampu buat masa ni. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga masing2 dapat berhenti dengan jayanya.
Tentang Niquitin tu. Farmasi tempat aku beli dulu boleh beli sepapan. Actually atas diorang la nak jual sekotak atau sepapan. Kau tinggal mana ni?
ogy says
Btul 2 bro,harap2 masing dapat capai niat nk bhenti smoke ni,bkn ape mmg susah n seksa dbwt nye…hahaha
Ak stay taman melawati,ak tnye farmasi area sni je,ko beli area mane?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Aku kat kuantan ni, farmasi di kuantan jugakkkk hahaha
amen says
nk tnya, skg ni aku rase mual dan muntah setiap kali aku isap vape lepas makan, aku rasa nk muntah tapi tak lepas, kemudian bertukar kepada rokok, perkara yang sama tetap jadi kalo pas makan aku mrokok. klo aku dalam kursus, seminar ke ape ke, gerenti aku kua tiga empat kali sbb nk tmuntah. klo drive, mesti benti tepi jalan nk muntah. apa maksudnya? sbb aku sendiri takleh nk tinggalkan tabiat tu.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Angin. Aku rasa perut ko masuk angin. Ce try jaga waktu makan. Aku sekarang badang senang masuk angin.
rizal says
Assalam….
Aku dh berhenti terus rokok baru 4 hari,sbb berhenti adalah kerana tarik nafas mcm x puas.sblm rasa nafas x puas ni aku dlm proses nk berhenti dimana 1 kotak rokok di habiskan dlm masa 5-6 dan menggunakan filter penapis tar.adakah sbb pengurangan ni yg menyebabkan nafas x puas ni?p hospital doctor check jantung ok dan dia kata gastrik..tempoh kurangkan rokok berlalu dlm 4-5 bulan dah.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Kemungkinan begitu. Aku pun ada kena. Cuma bila lepas check semua doktor cakap aku kena anxiety aka panic attack. Sebab terlalu fokus nak berhenti kot. Sekarang dah ok sikit. InsyaAllah bro pun mudah2an ok nanti. Take time sikit.
umarul says
Saya mengalami gusi berdarah…gatal muka…tension risau tak der mood….agak agak klau dah isap 25 thn +++ berapa lama ketagihan boleh ilang….tanpa bantuan niquitin?
Masa 1999 dulu dah berenti dah tapi azab dia x mcm sekarang saya rasa
umarul says
Hari ni dah sebulan stop rokok….mula dgn vape jan 2013…pas tu isap gak rokok x lebih 5 btg sehari…dulu isap dunhill sekotak setengah tahap gian since 1991…masa tu rokok 14 x smpai 3 ringgit lagi bygkan punya lama…1999 pernah berenti 7 bln…pas tu gatal isap balik…thn 2013 genap umur 40 sempena ramadhan try lagi sekali berenti….first 3 days pas berbuka terus tido…jadi tension sasau….ni dah sebulan masih sasau tapi kena makan niquitin 4 mg….sehari dlm 3 bijik jer…maklumlah dah berpuluh thn makan candu….insya allah boleh kot teruskan usaha murni ni
Zaman says
Salam & Selamat Hari Raya…
Alhamdulillah,banyak info kat sini aku praktikan n syarat no 1 n 2 tu mmg sgt2 berkesan…nak lagi mujarab,lps korang dh niat,lafaz n benci korang declare dpn2 kwn tru FB ke,sembang2 masa jmpa kt toilet ke n mamak ke…benda ni bila korang dh buat secara tak langsung korang dh cabar diri korang sendiri untuk x nak merokok semula disamping buat korang akan rasa malu kalau start balik (kalau korang ni ada air muka lah..hehehe)…lagi 1ms peringkat awl,aku galakan korang amek niquitin tu…mmg mahal tp bila korang dh start aemek ubat ni,mg le lupa n matikan feel nk berasap tu….Dah 40 hari tampa tembakau….syukur!!!
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Selamat Hari raya bro! Tahniah! ;D
nik says
Salam bro..tahniah kerna berjaya berhenti merokok..masuk hr ni dah 40 xmerokok..saya xmkn apa2 suppliment..cuma saya mengalami sakit kpla..dada berdebar dan sesak nafas..sakit dada sebelah kiri..sembelit dan ketidakselesaan..adakah ini withdrawal symtom?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Mostly kena macam ni. Selepas saya review secara peribadi. Kemungkinan ia ada kaitan dengan gastrik. Cuba u try ambil ubat gastrik. Elakkan makan makanan berangin. Just cadangan.
switgulzkhan says
as salam…saya da hampir 4 mggu bhenti merokok sejak kahak banyak. skrg apa yg sy alami lemah badan, badan mgeletar, dada bdebar2 kadang2 tpikir adakah dah smp masa aku @ apa pyakit aku smp nk sembahyang pn takut2. sy pergi hospital GH, Tawakal, Klinik smp duit abisla. smp skrg pn keadaan yang sama. smp bila akan jadi mcm ni. sy hisap rokok 2 tahun lebih. please please please
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Ada yang panggil ini sebagai panic attack sebab berhenti merokok. Mostly ramai kena. Mungkin juga gastrik sebab simptom gastrik pn sama. Boleh cuba makan ubat gastrik. Elakkan makan makanan berangin seperti pulut etc.
Mil says
Dua hr lepas memang nekad nak berenti..
Tup2 harga rokok pon da naik..
Memang cantik.. Hehe
Skrg mmg ngah rase xsedap badan..
Dan plg terasa sakit kepala dan mata..
Adakah simptom ni normal..?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Yes bro. Simptom normal. Ko boleh check kat sini kawan2 lain komen. Mostly menghadapi masalah sama. Banyakkan rehat. Minum air masak. Tabahkan hati bro!
zack says
Info yg brguna.. sy dh nk msuk hri ke-6 xmrokok.. mmg mnyeksakan la nk bnti ni.. tp kna truskn jga dmi ksihatan.. skrg msih trsa lagi nafas pendek tu.. dada kurang selesa.. hri ptama kdua tu ingat nk mati ja.. org seronok sy sedih.. xtntu arah.. hntr msj sdih2 kt awek.. hehe.. check dkt klinik dr kata smua ok ja.. pegi keja pn tringat nk blik rumah.. xboleh nk tumpu pd kerja.. tp skrg dh ok sikit..rasa hdup lbh bmkna.. Besyukur kpd ALLAH.. Harap dpt bnti slamanya..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Semoga terus berjaya!
Sara says
Salam.
Hari ni hari ke lima sy berhenti merokok setelah enam tahun hisap rokok. Berhenti sbb hidung darah and buang kahak keluar sikit drh. Rupanya sbb cold weather since sy ddk di oversea. Tp masa beberapa hari buang kahak ada drh tu sumpah takot igt nak mati dah. Dlm otak fikir kena cancer. Tp bila jmpa doc, doc ckp berdarah tu semua sbb cuaca sejuk. Tp sy tetap takut byk habiskan masa bersendirian sorg2..mungkin ker sbb anxiety attack since sy pernah ada history anxiety disorder..masuk hari ni kahak sy masih banyak..selalunya hari keberapa baru kahak berhenti? Nafas sy dah okay sikit tak seteruk 3 hari pertama berhenti haritu. Haritu memang nafas berat, nafas pendek2..takotnya masa tu..tp alhamdulillah skrg dah makin ok..
Terima kasih bang
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Salam sara, insyaallah takde apa tu. mungkin betul sebab cuaca sampai berdarah. Setakat ni mmg ramai juga kena anxiety sebab berhenti merokok. Saya ada refer pada doktor dan mereka kata because of saraf nicotinic. Just keep good lifestyle, jaga makan n p jogging membantu.
hisham says
Assalam bro…baca blog alhamdullillah ada niat nak berhenti rokok. Browse internet kesan 2nyer tup2 nampak cite ni menarik bro..
Niat aku nak berhenti mmg ada masuk ni aku rasa 3 kali dah…tanpa ambil nikoten tu. Aku cuba tahan…xnak hisap benda alah tuuuu….pendek kata org cakap semuanyaee dri keinginan dan kesungguhan nak quit…. citer sikiit bro pengalaman tetiba nak quit…kawan aku tempat kejer tetiba masuk hospital sb darah tinggi lepas 3 hari kat hospital masuk icu…puhhh aku dgr ngeri bro sb aku pon ada simpton drh tinggi… alhamdullillah seminhgu lepas tu kawan masuk keje…aku terkejut bro…aku tegur dia.. ok bro everuthing normal
..hanya dia bgitahu kalu leh quitlah..ini semuanyer punca bro… pada saat itulah aku terus berazam nak berhenti…alhamdullillah dah nak masuk 5hari bro.. aku ngah cuba ni harap berjaya. Sb aku pkir bila lagi skg pon dah masuk 40an.. simptom pada aku selama ni aku rasa kahak rasa penuh gila terasa loya kepala berat hidung gatal mata pon berair dan kulit muka rasa gatal…yalah aku kena hadapilah 20tahun dgn benda ni…puhhhh inilah akibat nyer dan efect yang aku rasa. Penting azam tu insyallah…harap dapat bertahan untuk selamanyer x MEROKOK. Than bro artikel tu semangat membacanyer. Dan kawan d luar tu jika ada niat yng murni teruskan …sam2 kita yer…..insyallah…oklah mata dah pon ngantok nie esok nak kjer. Skg 230 pg… ok bye….wasalam
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
InsyaAllah bro. Belum terlambat. Azam Awal Muharram!!!
Santrinni says
Salam bro..
Post ni mcm da lama tapi aku baru baca.. hehe
Aku tgk ramai gak geng berhenti kena anxiety disorder..Contohnya rasa nafas jadi pendek , nafas x puas.. Atau pon yg lebih teruk bile full panic attack dtg mcm penulis cerita ni mmg rasa nak mati, nafas x lepas, blurry vision n rasa mcm nak pitam.. Sama macam aku kena masa berhenti dlu .
Jgn risau geng, anxiety ni mainan otak je .. X ada kena mengena dengan masalah kesihatan , x caya pegi la jmpa doc .. Aku nk terang kat sini pon susah tapi dont worry la, anxiety xbleh buat apa2 kat badan kita. Bab ni mmg susah nak handle melainkan kita kenal dengan badan kita sendiri, dan yang paling penting sentiasa fikir positif..
rem says
Sy dah bnti 2 mngu..tp rasa cam ada effect..rasa stress, darah gemuruh, nak pitam, loya nak mntah, dan pning kpala, kalau buat keje berat pun mengah2..dulu steady jer..joging 2 kilo pn tak rasa…hmm tak tau nak wat pe lagi..cam tersiksa..ada tips tak nak hilangkan masalah nie..tp sy mmg tetap akan benti..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Alhamdulillah bro. Kemungkinan bro mengalami withdrawal symtom. InsyaAllah semua ok. Ramai mengalami masalah yang sama.
Cip Din says
Salam…arini insyaAllah genap sebulan sy berhenti merokok…tp azab yg sy lalui sebelum ni Allah aje yg tau…mcm2 yg sy rasai seperti yg saudara semua alami masa nk withdraw nikotin…tp ape yg penting jgn panik…sentiasa berdoa pd Allah di berikan kekuatan melawan nafsu yg boleh melemahkan kte untuk kembali merokok semula..ape yg penting ialah AZAM…
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Wsalam. Alhamdulillah. Tq sebab berkongsi pengalaman bersama kami. InsyaAllah semua akan berjaya.
Satria says
Salam, feeling better selepas baca experience semua orang. Saya juga sedang mengalami keadaan yg worst sebab berhenti merokok sejak june 2013 (merokok sejak 1996-june13 average 1 1/2 kotak sehari). Nafas pendek, tak puas dan lain2. Ada juga rasa macam badan berasid, angin dan sakit dada. Doctor belum jumpa lagi, cuma makan byk alkali food, sports, and get more relaxs for this stage.
Boleh tahu, Experience admin to get normal is after berapa lama?
Thanks.
Salam.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Berdasatkan pengalaman saya, agak lama. Lebih kurang setahun juga. Tetapi bergantung kepada kesihatan masing2 sebenarnya.
Apa pun banyak2 bersabar dan berdoa supaya Allah permudahkan proses kearah kebaikan.
Just, jaga makan dan rehat.
jack says
salam… masuk hari ni dah sebulan saya berhenti merokok..
physical withdrawal semua dah hilang, mentally je masih ada lagi..
tapi yang paling x selesa bagi saya adalah letih and senang mengantuk, dalam sehari saya kerja nak tidur je.. kalau hari cuti sampai 12 jam pon boleh saya boleh tidur..
ada x yg rakan2 yg rasa mcm saya ni? normal ke?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
wsalam. Alhamdulillah bro dapat berhenti dengan tenang. Orang lain, lain dugaannya.
Saya rasa perkara biasa je bro kalau mengantuk tu. Biasa kalau zaman kita merokok dulu, asal ngantuk tanda kita nak sepam dua, or tanda badan ketagih nikotin. Jadi mungkin pada hemat saya, badan bro masih lagi dalam mode addiction. So mungkin bro boleh cuba bersenam bagi meningkatkan kadar metabolism dan banyakkan minum air masak bagi membuang segala saki baki nikotin dalam badan. InsyaAllah bro dan tahniah kerana berjaya!
Wakpen says
Asalamualaikum ak nak tanya ni.ak behenti me rokok peh mcm2 rasa.yg ak pelik kaki aku sentiasa sejuk.itu memg ke.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Hahaha lain orang lain kesannya. Sesetengah orang takde kesan langsung. Kaki sejuk? Tak pernah dengar lagi setakat ini. InsyaAllah takde apa tu.
khairrul azani says
Perasaan jew tu sbb x dpt nikotin rokok.rasa kosong jew kn bla tak smoke? Sabar,tuhan sedang mguji kita..
khairrul azani says
Erm apa yg aku baca kat atas tu mmg btul la. Sbb aku pon dlm proses quit smoke.. kat klinik krajaan kat ada klinik bhenti merokok so jgn bazirkan duit korang utk beli ubat etc tu. Semuanya free..aku berhenti sebab da sampai tahap gaban n mmg rasa bosan asyik hidup dgn asap rokok.hubungan aku n family pon kurang sbb asyik jew aku dgn rokok.now da beransur pulih da sbb aku bru 2 bln behenti.. aku bukan lagi seorang perokok…
Hairul says
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, ada gak kengkawan yg berenti merokok share dlm ni. Terima kasih Tuan Ahmad Ghazali sudi kongsi & share pengalaman berhenti merokok.
Saya baru 3 minggu berhenti merokok. Kebanyakkan simptom yang sahabat semua share dalam ni, saya rasa sampai hari ni.
Saya memang tekad nak berhenti rokok. Tapi tak tau ler sampai camni rasanya, resah, risau, berdebar, rasa mcm tak hidup lama, semput, tangan & kaki berpeluh, sakit dada sebelah kiri, angin, gastrik…. mcm2 lagi ler.
Tapi kebanyakkan efek tu ada yang dah tak ada & ada yang still ada lagi.
5 ari pertama, rasa resah, gelisah, angin kat perut. Pegi ler jumpa doktor. Siap buat ecg ler, cek darah ler, air kencing ler. Sebab tak tau sakit apa. Tapi masa tu tak bagitau pun doktor yg kita ni berenti merokok. Sebab memang tak tau withdrawal symptom nih. Result semua ok. Last2 baru bagitau yang kita ni berhenti merokok. Tergelak doktor tuh! (Seb baik doktor tu best frend punya wife, kalu tak mmg kena maki punya. Sakit mcm org nak mampos nih. Hehehehee…..).
Dia cakap ler ni simptom withdrawal. Biasa ler tu. Dia pun doktor terapi kat klinik berenti merokok masa dlm gomen dulu. Baru ler lega, balik rumah cek kat website pasal withdrawal nih. Mmg simptom tu memang sebijik. Tapi keresahan tu tetap ada, think positif pun, memang tak ok punya ler. Tapi tahan je ler dgn badan yang kengkadang lemah rasa nih.
Ptg tadi baru jumpa web nih, tenang balik hati nih. Terima kasih kengkawan, sudi share pengalaman, ptg tadi masa resah, baca apa yg kengkawan rasa, jadi ok balik.
Thanks!
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Terima kasih Hairul.
Jom join Komuniti Bebas Rokok! visit http://www.bebas-rokok.com mungkin banyak perkara boleh share!