Hari ni dapat WhatsApp sharing panjang lebar daripada salah seorang sahabat yang meraikan tahun pertama berhenti merokok! Hahaha. Alhamdulillah. Ini adalah salah satu kejayaan daripada banyak lagi kejayaan sahabat-sabahat lain yang aku tak mampu nak kongsi semua. Sharing begini sungguh memberi inspirasi kepada yang lain untuk terus berusaha sampai berjaya. Terus aku pun teringat masa mula-mula berhenti dulu. Hampir sama. Zaman kemurungan teruk, memang seksa beb. Boleh google post aku tu dalam page ni. Tapi alhamdulillah, berkat usaha, sabar dan doa. InsyaAllah boleh segalanya boleh diatasi. Paling penting hati mesti mau berhenti merokok! Hati mesti yakin boleh berjaya. Dapat pulak join group macam RetiredSmokers, dikelilingi aura positif mencurah-curah, dengan real experience dan achievement daripada lejen yang dah berjaya menjadikan bertambah bersemangat nak terus berhenti merokok. Memang ko dah tak boleh nak bagi excuse lah kiranya. Hehehe.
Group RetiredSmokers ni memang unik. Boleh dikatakan 90% bekas perokok. Setakat rekod terkini ada dalam 400++ orang pernah sertai kami. Kami tak jual produk, kami tak berpolitik, tak merapu meraban membawang bukan-bukan. Ada juga lah off topic sesekali, biasa lahkan, hidup ni janganlah pembaris sangat. Hahaha. Cuma kami menten fokus pada matlamat untuk membantu satu sama lain bila diperlukan. InsyaAllah.
Jadi, kalau korang dalam proses berhenti merokok, boleh lah join kami ni. Kami sentiasa terbuka. Dapat kenal ramai kawan-kawan yang luarbiasa, walaupun tak pernah berjumpa. Kami akan support sampai berjaya!
Tahniah buat En Jasmir dan lain-lain yang dah berjaya. Anda semua osem! Semoga kita semua terus istiqomah.
InsyaAllah.
Siapa RetiredSmokers? Kenali RetiredSmokers
Leave a Reply