Dah tua-tua ni kuat pulak minum kopi. Dulu selalu minum Nescafe. Tapi disebabkan Nescafe ni nak sedap kena guna susu pekat manis, terpaksa cari alternatif lain. Mencari kopi acah-acah diet gitu. Kopi 2 in 1, serbuk kopi dan krimer sahaja. Nescafe pun ada kopi 2 in 1 iaitu Nescafe Zero, nescafe dan krimer sahaja, takde gula. Biasanya aku campur stevia. Since Nescafe Zero ni payah nak dapat stok di Kuantan. So terpaksa tukar ke kopi Essenso. Bila dah jumpa Essenso ni, tak minum dah Nescafe.
Nak jadi cerita baru-baru ni stok Essenso 2 in 1 aku habis. So singgahlah TMG mencari stok baru. Malangnya stok kopi Essenso yang aku cari dah habis juga. Dah jadi macam Nescafe Zero juga gayanya ~ limited stok.
Aku ada nampak kopi 2 in 1 brand lain. Tapi entah lah ok ke tak. Malas nak try. Kena balik google dulu. Setakat ni aku pernah minum Nescafe Zero dan Essenso Coffee 2 in 1 sahaja.
Lain-lain brand ada banyak lagi, tapi aku tak pernah try. Kalau korang pernah try boleh la share dengan aku.
Ni antara brand lain yang aku jumpa dekat TMG(Supermarket TMG).
Leave a Reply