Disebabkan musim PKP2.0, nak buat aktiviti riadah juga terbatas. Kita dibenarkan jogging dan berbasikal hanya di kawasan perumahan dan terhad kepada dua orang sahaja pada satu-satu masa. Penjarakan antara individu juga harus 1 meter di antara satu sama lain.
Sekali baca, memang masih kurang jelas syarat yang dikenakan. Adakah syarat tersebut khas untuk orang dewasa sahaja? Bagaimana jika satu keluarga yang lebih daripada 2 orang? Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah kanak-kanak tidak dibenarkan terus beriadah dan bermain diluar? Banyak pulak soalan ni hahaha.
Namun disebabkan kurang jelas, memang aku laranglah ahli keluarga aku main basikal dan pergi ke padang. Setakat depan rumah ajelah. Siapa nak bayo oit RM1000 kalau kena saman.
Mana yang dah besar sikit mulalah cari alternatif beriadah di kawasan rumah je. Kebosanan agaknya mengadap kelas online, makan, minum, tengok tv atau tido je hari-hari.
Menariknya sekarang ni semua start jump rope berjemaah bila diorang bawak keluar semua koleksi jump rope aku dalam simpanan. Aku ingat dah hilang semua yang lama ni hahaha. Alhamdulillah bermanfaat juga ye time gini. Maka dah beberapa hari ni melompatlah kami semua sekeluarga di kawasan porch rumah hahaha. Macam-macam skill dah keluar. Lantaklah kan janji sihat dan happy hahaha.
So korang pulak macam mana? Ada beriadah juga ke? Boleh lah nanti share aktiviti riadah korang pulak ye 🙂
Leave a Reply