Subuh hari ni macam hari-hari biasa kalau terdengar azan, terus bangun nak ke surau berdekatan dengan rumah.
Biasanya kalau aku sampai di surau, sama ada orang sedang iqamat, atau orang dah baca surah alfatihah. (Bila la nak mai awal ni…)
Tapi hari ni, aku rasa konfiden dah sampai awal (dan sedikit curiga macam mana boleh awal), dari jauh nampak gate utama masuk bertutup, lampu luar pun bertutup. Lampu dalam je samar-samar baru bukak. Tak terang macam biasa.
“Geng-geng subuh tak sampai lagi agaknya. Iqamat pun macam tak dengar lagi.” Getus suara hati.
Ketika melangkah masuk keperkarangan surau tiba-tiba aku nampak kelibat orang tengah solat, baru bangkit rakaat kedua!
“Alamak, aku dah lambat ke?! Macam mana aku boleh lambat ni?”
Nasib baik sempat masbuq.
Tak sempat aku habis solat dah macam kecoh-kecoh sikit macam nak buat tazkirah, tapi lain macam cara cakapnya. Jemaah hari ini tak ramai dalam 5 orang. Tiba-tiba ada sorang tutup lampu, ada sorang lagi datang suruh buka. Ada yang baru sampai terpinga-pinga, ingatkan kami belum solat lagi. Ok bila dijelaskan rupanya masing-masing panik sebab hari ni first day perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Aku pun baru perasan. Padanla gate bertutup, lampu luar tak pasang, solat pun on time, takde delay 8 minit! Rupanya semua panik.
Aku pun tak baca habis circulation yang diedarkan tu. Macam mana ye nak buat solat jemaah ni. Kalau ikutkan tak boleh. Aku ada baca larangan atau cadangan tangguh sementara (aku pun tak faham kenapa guna perkataan tangguh, tangguh celah mana? Hahaha). Solat jemaah ni fardu kifayah at least kena ada yang buat kot. Tak nampak pulak orang viralkan macam mana nak buat solat jemaah dalam keadaan darurat ni. Aku tak duduk lama terus balik.
Tapi since PM TSMY announce Perintah Kawalan Pergerakan ni memang semua orang dah start panic. Kena pulak kes semakin meningkat, dan petang semalam dah ada 2 kematian. Orang ramai dah mula “panic buying”. Berjemaah membeli barang keperluan. Malangnya bila tak bersedia, macam-macam hal lah pulak berlaku. Ada yang borong barang macam esok nak kiamat, tak tinggal dah kat orang lain. Ada yang ambil barang banyak-banyak kemudian tinggal je dalam troli sebab tak larat nak beratur. Aku pun sempat shopping sikit, sebab rumah aku sebelah pasaraya je, tapi memang kalau tengok orang, kita pun jadi panic. Masa aku pergi tu tengahari waktu kerja, tapi dah start ramai daripada kebiasaan. Kalau tak kuat memang terikut beli barang banyak. Bukan sebab keperluan pun, tapi triggered rasa risau bila tengok orang lain.
Pihak keselamatan polis pun panic, asalnya perlukan surat kebenaran untuk pergerakan domestik, untuk merentas dari satu negeri ke satu negeri. Kalau duk kl nak balik pahang kena dapatkan surat kebenaran. Sekali beratur panjang orang kat balai macam nak beli tiket bola dah. Jenuh orang balai nak layan weh. Akhirnya arahan ditarik balik.
Selain itu terminal bas pun sesak oleh mereka yang terpaksa pulang ke kampung terutamanya pelajar disebabkan arahan supaya semua sekolah, kolej dan universiti ditutup sementara. Semua orang marah student ni balik, masalahnya kolej pun tutup. Memang kena balik juga. Elok-elok suruh cuti nak suruh orang duk diam jangan kemana, tiba-tiba terlepas pandang mereka yang tinggal di perantauan ni. Memang haru. Harapnya jangan ada yang terlepas jadi ejen penyebaran virus sudah.
Memang dahsyat penangan Corona Virus ni. Benda yang tak nampak dengan mata kasar tetapi secara tak langsung mengajar kita banyak hal. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kritikal beb. Ini belum perang lagi ni. Mak aku pun cakap sepanjang hidup inilah pertama kali kena kuarantin macam ni, so janganlah cepat melatah dan terlibat menuding jari atas kelemahan dan kesilapan sesama kita. Zaman keyboard warrior ni susah betul, sakit mata aku tengok orang maki sana sini kat socmed. Relaxlah, semua orang tengah stress. Bagilah peluang dan sokongan pada semua yang terlibat, kerajaan, khususnya kakitangan kesihatan dan keselamatan. Kita dapat cuti free, depa teruk kena kerja. Inilah masa menginsafi diri dan keluarga, bersatu padu dan bersama-sama berganding bahu membendung wabak virus berbahaya ini daripada terus merebak. Semoga Malaysia dilindungi Allah swt. InsyaAllah.
Leave a Reply