GULA ADALAH MASALAH
Masalah utama rakyat Malaysia sebenarnya adalah gula. Especially processed sugar, gula putih. Dalam setiap pemakanan kita hari2 memang tak lepas dari gula. Lagi2 kalau makan kat luar. Aduyai memang confirm ada gula. Dari kecil sampai ke besar kita dah biasa dengan gula.
Aku dulu pun tak ambil port sangat pasal gula ni, sehinggalah aku start diet selepas berhenti merokok dalam 5 tahun lepas. Masa tu memang gigihlah jaga makan minum dan bersenam pagi petang, rasa macam dah betul dah diet. Tapi berat tak turun-turun.
Gigihlah google kat internet, baca kat forum dan artikel kesihatan online. Bagaimana nak turunkan berat badan sebenarnya. Cuba diet itu ini, experimen macam2 jenis diet. Sehinggalah betul2 faham apa dia kalori, protin, karbo dan sebagainya. Dulu belajar sebab nak ambil exam je. Tak tahu applikasinya dalam kehidupan. Sebenarnya diet ni mudah, cut your sugar totally you are done.
Memang betul. Aku tak ambil gula terus masa tu dan memang berat pun mula turun hari demi hari. Nampak jelas kesan gula kepada tubuh badan. Ko tgk gambo bawah ni, ni bukan edit tau.
Dah tu kenapa dengan stevia?
STEVIA
Takde ape, aku sekadar nak share tentang manfaat stevia ni. Bila ko dah start cut sugar ni. Sometimes lemau juga minum air masak sentiasa kan? Mulalah mencari cari alternatif kepada processed sugar. Masa tu jumpalah pasal STEVIA. Korang tau tak apa STEVIA? Alah boleh google sikit. Alhamdulillah sampai sekarang aku guna STEVIA ni.
Lately ni aku ada terbaca tentang banyak pulak isu gula alternatif ni. Ada pakar kata, jangan guna stevia, instead guna guna coconut sugar. So aku pn tak pasti kenapa dan base on kajian mana. Sebab doktor pakar yang aku kenal pulak rekemen pakai STEVIA sebagai alternatif kepada gula.
PESAKIT KENCING MANIS & STEVIA
Pakar yang aku kenal ni pulak bukan nasihat pada aku, nasihat pada client aku. Pesakit kencing manis yang merupakan juga seorang kawan rapat aku. Beliau ada adalah living proof stevia user yang dah ada kencing manis, dan menggunakan stevia tanpa ada apa-apa side effect pun pada masalah kesihatan beliau. Setiap kali pergi mana2 ngetey dia boleh join, takde masalah apabila STEVIA disisi. Itulah mujarabnya stevia ciptaan Allah.
Aku bukannya nak menjual STEVIA, tapi nak share dengan korang tentang pengalaman aku tentang STEVIA ni sahaja. Even aku sendiri, kadang bila diet nak air panas la, kopi ke, teh ke, STEVIA la jawapannya. Memang takde kesan pada diet aku.
So apa pandangan korang? Pernah cuba STEVIA? atau pernah cuba COCONUT SUGAR? Meh kongsi sikit ngan aku feedback korang. Thanks!
Leave a Reply