Confirm! Boleh kata popia basah D Popia Calong memang antara terbaik di Kuantan! Korang boleh datang try sendiri kalau tak percaya. Dekat area Permatang Badak je. Padanla orang duk viralkan kalau time bulan puasa sanggup beratur panjang nak dapatkan popia basah D Popia Calong ni. Duk dengar dah lama, tapi ni ha baru dapat cuba.
Rupanya bukan setakat popia je yang sedap, Mee Kari dan Mee Calong dia pun win! Datang memang tengah lapor, pagi sempat breakfast telur separuh masah 3 biji je. Memang mentekedarah la. Kitorang punya side order popia biasa dan cucur udang. Nak tambah order rojak tak sanggup pulak nak habiskan hahaha. Tapi aku tengok orang keliling aku semua order rojak dia jugak, so mesti sedap jugak kot!
Jarang jumpa kedai makan semua sedap ni. Bahaya tempat macam ni. Tak boleh datang selalu! Hahaha. Tempat cossy, bersih walaupun tepi jalan. Senang nak cari.
Lokasi: Depan Sekolah Rendah Permatang Badak.
Waktu: Rabu, Khamis dan Jumaat. Jam 2.30 petang sehingga 9 malam.
Untuk map dan no WhatsApp boleh klik DISINI
Gerenti sedap tuan-tuan. Kalau ada port lain popia basah terbaik di Kuantan sharelah ya. Nanti aku singgah test buat review pulak. Kita cari competitors lain kategori popia basah pulak!
Btw sempat lagi nak pergi petang ni atau esok sebelum PAHANG PKP bermula 22 Januari 2021!
Selamat mencuba! Selamat PKP semua!
Leave a Reply