Its late already.
Jam dah kul 4.30 pagi. Biasa hari selasa malam, aku join member2 foto maen badminton kat dewan Persatuan Badminton Kuantan, di IM 2. Start kul 11 till kul 1 pagi. Lepas kul 1 pagi, gi minum jap, borak pasal bisnes, pasal peluang2 yang ada, tingtong2 dah kul 2 pagi. Balik sampai rumah, bersih diri, setel ape patut untuk esok. Dah pukul 3 pagi. If ada kerja lebih2 sket, ngadap jap macam haini, dah kul 4.30 pagi.
Cepat beno rasa masa berlalu.
Macam ni la kerja sendiri. A full time photographer, freelance webmaster.
Waktu malam adalah waktu aku paling best kerja. Siang hari, waktu paling best marketing, keluar jumpa dengan orang. Bila org tanya kenapa pulak camtu? Jawapan aku mudah je sebab bila siang hari ni, telefon aku ni pasti berbunyi. Ada aje orang nak jumpa la, aku nak jumpe org la, ada aje nak kena gi sana, nak kena gi sini, sometimes amat bahagia je rasa bila telefon ni tak berbunyi. Tapi kalau tak berbunyi terus tu, pada aku la, tanda2 kritikal dah tu. Takde projek la. Bila takde projek, takde soru la. Itulah gayanya. Sebab tu malam best wat kijer. Aman, HP tak berbunyi, nak wat editing ke, nak wat coding ke, mudah. Fokus. Takde la kejap2 nak kena kuar. Jem woooo.
Cuma pagi ni aku takleh tido dah ni, dah lewat sangat, kena tunggu subuh dulu. Pastu, kena tunggu hari penting esok. Hahaha. Esok hari penting Dina. Anak aku sorang ni excited gila nak pergi sekolah, so esok adalah first day dia pergi tadika la. So for sure aku kena la ada sekali kan? Biar la lebam bijik mata esok. Biarla mamai jer masa daftar esok. Janji aku ada. Tadi memang aku dah masuk bilik dah, igt nak tido, pejam celik dua, tiga kali. Dok pikir pasal ongoing proposal dan presentation yang aku kena wat, last sekali sampai tang nak daftar Dina esok, terus tak jadi tido. Hahaha… baek aku ngadap kijer kumpul maklumat.
Cuma pas ni susah dah aku nak wat kijer malam2 ni. Dah deal ngan wife aku, aku nak kena hantar Dina gi school every day. Wife aku plak pikap masa balik. Yang tak leh blah nye, kul 7.30pg dah start tu bang. Aku terkejut beruk jugak la. Ngalah org gi kerja punch kad. Hahaha. Aku kijer dulu pun punch kul 8. Deng! hahaha.
Huhuhu… ni pun dah kul 5.15pg.
Jam umah aku ni cepat 15-20minit. Semua jam berterabur masanya. So takde satu jam pun leh caya hahahaha. Jam tangan aku pun tak leh caya. Trick ni memang menjadi la, so aku sentiasa kena gerak awal. Kekekek. Untuk mengelakkan kelewatan yang ketara at least. So sekian untuk pagi ni. Tq kerana membaca!
…A full time photographer, freelance webmaster…also a father of a daughter…
Leave a Reply