Baru ni aku ada cerita panjang lebar tentang air tangki radiator Exora Bold cepat kering disini.
Tapi solutiuon yang diberikan pomen bengkel di luar gagal menyelesaikan masalah.
Sudahnya aku terus pergi ke official service centre Proton untuk buat checkup. Bagai sireh pulang ke gagang. Gitu.
Malangnya, Proton Service Centre pun tak jumpa masalah apa, nampak semua ok dan suggest jumpa pakar radiator for futher checkup. PIC maklumkan kemungkinan radiator tersumbat, so dia suggest buat service radiator terus. Since checkup di Proton free of charge aku ok je la.
So aku terus ke bengkel Ah San Radiator, Pakar Radiator di Padang Lalang, Kuantan.
Sampai-sampai di bengkel Ah San Radiator terus ada sorang pomen diorang nama Ah Chai datang tengok masalah kereta aku. Bagus Ah Chai ni, sambik dia check satu per satu dia terangkan pasal radiator. So selepas tahu costing aku pun setuju lah untuk buat servis disitu.
Memang dah tersumbat radiator Exora ni rupanya. Padanla cepat panas. Nasib baik takda kerosakan lain. Ambil masa satu jam lebih untuk buka bawa keluar radiator, bersihkan dan pasang balik. Berikut video masa cuci
On the way drive balik, nampak terus kesannya. Temperature meter tak lebih dua bar, biasanya 3 bar. Luarbiasa.
Hopefully selesailah masalah tangki radiator cepat kering tu.
Leave a Reply