- Aku adalah pengguna tegar internet. Maka Streamyx dirumah adalah wajib bagi aku. Takde internet, maka takda life hahaha. Betapa aku adalah salah satu contoh hamba teknologi. Aku akui kebenarannya.
- Dengan adanya teknologi, seperti media sosial twitter dan facebook, aktiviti kunjung mengunjung makin lama makin luput. Ziarah menziarahi makin ditinggalkan. Tak payah cakap orang lain. Sendiri rasaaaa…
- Maka apa kes dengan Streamyx? Dulu aku memang ada akaun Streamyx, tetapi aku dah terminate. Sekarang aku menggunakan streamyx juga tetapi atas nama ahli keluarga lain. Kebetulan boleh dapat diskaun pelajar. Guna ajalah kan…
- So nak jadi cerita, last time aku setel bill dan terminate akaun aku adalah Jan 2011. Banyak kali aku tanya tentang akaun aku untuk pastikan semua clear sebab tak mau ada masalah kemudian hari.Bill aku rekod paling tinggi masa tu RM1k++. Huhuhu. Aku pun terkejut jugak camne boleh lepas setinggi tu. Setahu aku sekarang ni pun kalau 1 bulan lebih je lewat dia dah block. Tapi tak kisahla kan. Sebab masa tu aku memang pakai pon, so aku pun setel semua selamat. Alhamdulillah.
- Sekarang Dis 2013, ko bayangkan lah. Semalam aku dapat call. “Salam En. Ghazali, saya daripada telekom malaysia nak maklumkan berkaitan bill streamyx encik tertunggak RM1,900++. Encik dikehendaki membuat pembayaran segera.” Demmm! Nak luruh jantung jap. Ni bill mana la pulak. Kot ya pon nak duit, ini bukan caranya. Semua akaun aku dah terminate, mana datang akaun lagi ni? Aku tanya dia bill ni atas alamat rumah mana? Dia cakap atas rumah aku duduk sekarang. Lagi gila! Sebab rumah aku takde line streamyx atas nama aku pun. Aku bayarkan bill sekarang pun atas nama rang lain. Aku tanya punya tanya, dia cakap takpelah kalau tak nak buat pembayaran sekarang atau rasa kena scam, dia suruh aku pergi sendiri cek dengan Streamyx.
- Nak jadi cerita, actually ini kali ke2 aku dapat panggilan. Last month, lelaki menggunakan talian 013xxxxxxxx. Pun sama tapi aku bolayan lah. Sebab apa hal Streamyx call aku guna 013, pelik jugak. Tapi semalam sebab nombor naik 03. So aku p jugak la TM POINT kuantan wat semakan. Nasib baik, aku ada simpan bill 2011 tu. (Dulu bengang punya pasal bayar bill 1k++ siap tampal resit kat dinding hahaha… ). Alhamdulillah ler, memang atas nama aku dulu ada 4 akaun, tapi semua dah clear 2011. Alhamdulillah. Maka siapakah yang call semalam? Ko bayangkan KALAU la dia ni scam. Then kalaula aku ni lurus bendul. Dia suh bayar or bank in duit ke akaun tertentu untuk setel bil tak ke nayaaaaaaaaaa? Fuhhh giler tol.
- So sistem Streamyx or Telekom melantik syarikat kredit kutip hutang ni bagus bagi pihak dia lah. Tapi ada lobang yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan pelanggan diorang sendiri. Jika tak hati-hati actually sedikit banyak merosakkan bisnes diorang.
- Just pesanan kepada u ols. Berhati-hati jika ada orang suh buat bayaran ka apa ka. Buat semakan dulu jangan tergesa-gesa dan ambil mudah. Kita ada undang-undang. Bukan semudah itu undang-undang nak jatuh hukuman.
- Till Then, take care!
Leave a Reply