Berniaga ni sunnah. 9/10 rezeki datang daripada berniaga.
Selain itu orang berniaga ni pun bebas, tak terikat dengan sesiapa.
Namun disebalik kebebasan itu, orang berniaga ni tanggungan dia berat. All responsibilities jatuh atas bahu sendiri.
Peluang untuk buat pahala banyak, buat dosa pun banyak.
Dari sudut servis atau produk, sendiri kena jaga waktu kerja, amanah, menepati janji, dan lain-lain. Sendiri kena tentukan sejauh mana performance dan kualiti servis dan product yang harus diberikan.
Dari sudut ibadah, sendiri jaga waktu solat, jaga niat, jaga mulut, jaga mata, jaga telinga dan lain-lain. Kita bertanggung jawab sepenuhnya.
Takde bos untuk disalahkan, semuanya direct dengan Allah.
Kalau ada pekerja lagi berat, apa yang pekerja buat bos kena tanggung, even pekerja itu sendiri tanggungan orang yang berniaga.
Jadi, bila aku terbaca kes orang mati sebab keracunan makanan ni memang menjadi iktibar pada diri sendiri. Supaya buat kerja elok-elok, jangan ambil untung sahaja, ambil pahala sekali. Walaupun aku bukan berniaga makanan, tapi aku juga berniaga maka aku juga tak terlepas daripada tanggungan dosa dan pahala.
Bila jadi macam ni, hidup pun tak aman. Duk mikir dosa sampai mati. Nauzubillah.
Biarlah untung sikit, daripada untung banyak tiada keberkatan dengan hasil jualan yang tidak elok.
Sesungguhnya untung orang berniaga itu bukan sekadar wang ringgit. InsyaAllah.
Leave a Reply