Salam.
Aku baru sudah renew roadtax kenderaan customer aku ni. Macam biasa aku akan pergi lewat petang, alang-alang nak keluar office boleh balik terus. Sekarang ni cuaca di Kuantan selalu panas terik. Kalau keluar office tu kecik-kecik mata nak keluar. Musim panas panjang lain macam, mujur sesekali hujan dalam sebulan. Itu pun hujan sekejap-sekejap. Bolehlah. Alhamdulillah.
Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat. Kebiasaannya memang ramailah orang nak berurusan di pejabat kerajaan. Jadi aku gamble ajelah pergi renew petang ini walaupun aku dah agak memang ramai orang.
Lokasi JPJ
Kalau time macam ni, salah satu cara nak renew roadtax dengan pantas adalah pergi renew di JPJ UTC Kuantan, jangan renew di Bangunan JPJ Indera Mahkota. Walaupun utc ramai orang, tetapi proses kerja renew agak pantas compare dengan pejabat jpj. Ini kerana di UTC fokus kepada renew roadtax dan juga perkhidmatan biasa yang lain, yang tidak memerlukan masa yang lama. Di pejabat JPJ mereka akan layan segala jenis urusan, mungkin itu antara puncanya.
Gunakan Mesin Renew Roadtax
Cara lain adalah gunakan mesin renew roadtax layan diri. Gambar kertas angka giliran tu adalah gambar sebenar masa aku pergi JPJ Indera Mahkota. Punya ramai que. Hampir 60 orang depan aku. Tapi aku tak guna pun sebab aku tengok mesin renew roadtax tu ada 3 orang je. Jadi aku terus potong que dan renew guna mesin.
Cuma mesin renew roadtax tu boleh renew kenderaan peribadi sahaja. Untuk motor dan kenderaan syarikat masih kena buat di kaunter ya.
Aku bukan apa, memang aku selalu perhatikan baik di Pejabat JPJ atau UTC, selalu orang que panjang, sedangkan di mesin renew roadtax tu takde orang. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada untuk renew roadtax @ cukai jalan dengan pantas.
Bye!
Leave a Reply