Haritu aku ada tulis tentang promo courses di Udemy.com ni, korang sign up tak? Belum? Rugi ooo. Ni ada sale lagi ni! Baik korang cepat-cepat sign up. Mana tau ada yang berkenan dihati! Tengok link dan promo kod kat bawah.
Sedar tak sedar, aku sendiri dah enroll 44 courses. Kebanyakannya berkaitan software development, mobile apps, game dev, online marketing, dan lain-lain.
Beli Time Sale Atau Download Free
Apa taknya, aku beli time sale sahaja. Jangan beli time biasa. Bila time sale macam sekarang ni satu courses boleh diskaun serendah USD9.90 atau bersamaan lebih kurang RM40++. Kadangkala, musim takde promo pun ada kursus diorang bagi free. Free biasanya sebab new instructor baru nak perkenal diri. Nak daftar di Udemy.com bukan kena bayar pun. Free je.
Lihat Content & Kenali Instructor
Bagaimana nak cari kursus? Depends. Aku cari kursus tengok pada content dan pada instructor. Content boleh check pada description tapi instructor nak check macam mana?
Sebenarnya ramai instructor dalam Udemy ni ada channel sendiri di Youtube.com. Diorang memang ada buat sharing dan training di Youtube. Sometimes diorang share teaser courses diorang di Udemy dengan release sikit video di Youtube. Cuma sistem youtube bukanlah sistem bersifat courseware, jadi susah sikit nak manage courses yang korang follow. Kita nak tanya diorang pun susah, diorang nak layan kita pun susah juga.
Jadi sebelum korang beli video di Udemy.com, silalah buat kajian dulu. Kenali style pengajaran diorang ok ke dengan kita. Paling mudah buat je carian video di Youtube, try follow tutorial or video, dapatkan nama dan cari dalam Udemy. Atau korang cari dulu video yang korang nak enroll tu, tengok requirements, descriptions, course content, kenali instructor then cari dia dalam youtube. InsyaAllah biasanya dia ada di youtube.
Persembahan Pengisian
Content pulak diorang akan ajar A-Z dalam bentuk video. Depends on instructor lah off course. Material pengajaran pun diorang akan share sekali. Biasanya satu kursus tu diorang akan pecahkan kepada video-video pendek dalam 5-10 minit. So setiap kursus akan ada banyak video sehingga ada yang mencecah 300 video. Kelebihannya korang boleh manage tengok ikut masa korang lah. Bagusnya sistem Udemy korang boleh sambung betul-betul kat mana korang berhenti sebelum tu, sebab sistem Udemy.com ni ada tracking. Jadi korang takkan lost kat mana korang tonton sebelum itu. Selain material instructor akan provide juga any quiz or assesment, termasuklah support dalam bentuk Q & A.
So, gitulah.
Pada aku sangat bagus Udemy.com ni bagi orang macam aku ni lah. Nak attend kursus satu hal, harga kursus mahal pulak tu. Atleast ada Udemy.com ni banyak save wooo…
So jangan lupa sekarang ni ada promo! Jarang-jarang promo rendah macam ni!
Start Date: 08/20/2019
End Date: 08/29/2019
Promo Code: UDEAFFAMG820
Atau klik je banner dibawah
Leave a Reply