Hari ini 13 Jan 2021, Hari pertama PKP dan PKPB 2021 diseluruh negara.
Disebabkan oleh kenaikan kes harian kebelakangan ni, mencecah 2000 lebih kes sehari, baru-baru ni cecah 3000! Jadi kerajaan telah memperketatkan kembali kawalan pergerakan seperti awal 2020 dahulu.
Disebabkan itu juga, Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan perlaksanaan Darurat bagi menangguhkan sebarang persidangan dan pilihan raya sehingga Ogos 2021 atau sehingga tarikh yang lebih awal jika keadaan kes kembali menurun.
Fuhhh… cuak juga mula-mula dengar darurat. Ingatkan kena berkurung dan pentadbiran diambil alih oleh tentera. Rupanya lebih kepada pentadbiran.
Kesan PKP sebelum ni pun tak habis lagi, dah masuk PKP2.0 pulak. Jem oit! Semoga semua yang terkesan terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.
#kitajagakita #staysafeathome
Leave a Reply