Kalau tajuk Patuh Syariah ni memang meletop sokmo.
Kebetulan aku terbaca posting pujian Dr UZAR terhadap inisiatif skim pemilikan atau pembelian kereta yang patuh syariah.
UZAR sekadar menyatakan pujian beliau terhadap inisiatif Toyota berkenaan, tidaklah bermaksud apa-apa. Malah beliau juga menyatakan beliau sendiri tiada info berkaitan syarikat atau siapa yang menjadi Penasihat Syariah mereka.
Tapi bila tengok komen tu seperti biasa ramai mempertikaikan sistem kewangan islam sedia ada. Keadaan sama juga berlaku kepada takaful dan insuran konvensional. Habis segala komen tak berkaitan pun keluar. Itulah keburukan SOSMED, salah guna bawak dosa free je.
Aku pun ada masa rasa berat dan tidak adil bila lihat sistem konvensional lebih untung berbanding islamik. Serba serbi mahal. Buat loan bank mahal, even takaful pun lebih mahal berbanding insuran konvensional.
Tapi pada aku…
Sistem kewangan Islam sebenarnya masih baru. Sekurang-kurangnya kita boleh berlapang dada sikit sebab ada pilihan yang patuh syariah. Kira serah je pada pakar yang telah dilantik. InsyaAllah dengan sokongan semua, kita akan improve. Sekurang-kurangnya ada usaha kearah kehidupan yang lebih baik. Isu riba ni bukan kecik hal, orang mengambil riba ni umpama menjemput berperang dengan Allah.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai.” (QS Al-Baqarah: 278~279)
Nak ulas panjang-panjang memang budak kepakaran aku. Sekadar memberi pandangan sahaja. Kalau tak mampu nak ambil semua, jangan buang semua. Itulah sebaik-baik sumbangan kita dalam membantu memakmurkan sistem kewangan Islam.
Leave a Reply