Super sharp.
99% Accurate WB.
Super ISO.
Terbaekkkkk. Itulah yang aku nak sebut pasal Nex5n ni. Actually aku memang sedang mencari sebuah travel camera yang kecil, compact yang mudah diusung kemana-mana. DSLR juga sesuai, tetapi saiznya terlalu besar, dan berat menjadikan ia satu beban pula bila nak kemana-mana. DSLR juga menyebabkan kita kelihatan “PRO” atau terlalu sirius dimana ada sesetengah keadaan kita mahu kelihatan “Newbie” atau hobby photographer. Lebih2 lagi jika kita ada intention untuk membawa masuk kamera ini ketempat2 sulit seperti sesetengah pasaraya ekslusif, bangunan komersil atau kilang2 industri yang tidak membenarkan kamera besar gabak seperti DSLR.
APSC, atau Advanced Photo System type-C (APS-C) merupakan teknologi sensor yang digunapakai oleh Nex5n ini. Saiznya hampir sama besar dengan sensor yang digunakan oleh sesetengah Nikon DSLR yang menyebabkan Nex5n ini lebih menonjol berbanding kompetitornya Nikon 1 atau Panasonic GF3. Selain itu kawalan ISOnya juga sangat baik, dengan ISO setinggi 6400, output yang terhasil masih menunjukkan detail yang masih jelas.
Dengan menggunakan adapter ring, kamera ini membolehkan lense2 lain digunakan bersama Nex5n ini. Ini memberi kelebihan kepada pengguna2 DSLR yang mempunya koleksi lense seperti Nikon atau Canon untuk menggunakannya bersama Nex5n ini. Cuma kita kehilangan autofocust lah, namun ia tidak menjadi masalah kerana Sony memperkenalkan satu fungsi dipanggil Peeking yang sangat membantu dalam manual focusing.
Namun, kelemahan ketara Nex5n ini adalah Hot Shoe. Yerp, Nex5n ni takde hot shoe. So bila takde hot shoe maka tak boleh nak pasang remote trigger bagi kegunaan studio photography. Memang boleh guna optical light sensor, tapi tak lah best seperti menggunakan trigger. Selain tu, maximum speed dia 1/4000 jer, ok lah. Bracketing pom 3 exposure jer. Lain2 belom explore abis lagi.
Aku ni nak borak lebih2 pasal teknikal ni malas lah, janji boleh hasil gambo berkualiti sudaaaa….. ok? Berikut adalah testimonial aku on Sony Nex-5n dengan Nikkor lense dan juga Sony lense. Harap dapat membantu.
Sony Nex-5n with Nikkor 35mm F1.8 G from Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin on Vimeo.
adzril says
Wow! Serius smart giler.. makin berkobar2 nk beli nex5n. Ada pertanyaan sket ttg npenggunaan nikkor lens tu, kne guna additional ring ke?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Yer bos, kena pakai adapter ring kalau nak pakai other lense then sony lah 🙂
adzril says
Mana nk dpt ring tu? ada specified name ke utk ring tu? n baper harganye tu? hehe
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
kt kedai ada. ni kat shashinki… http://shashinki.com/shop/kiwifotos-lens-mount-adapter-nikon-mount-lens-sony-cameras-mount-adapter-p-6571.html
adzril says
Thanks Raja Lanun for the info. Sorry tadi online guna hp tu yg malas nak google..
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
beyyessss….
ucualong says
Thanks for the review, memang tgh mencari travel camera satu ni. Sebelum ni terfikir nak cari J1, tp leas baca review ni, terus berubah arah…hehehe
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Owh, u most welcome. Sekadar pandangan peribadi. Semua ada kelebihan dan kelemahan, tetapi terpulang kepada penggunaan kita> Harap membantu.
azad says
salamz bro ghazali saya mmg bercadang nak beli sebuah nex 5 untuk digunakan bersama lens nikon saya. semua lens saya jenis AF-D jadi boleh adjust aperture secara manual.
tapi bro ada guna 35mm 1.8 which is AF-S dan takde aperture ring. macamane bro adjust aperture bila mount nex 5? tq
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Salam bro, bagus juga soklan tentang 35mm F1.8 G tu.
Biasanya saya akan pastikan lense perkenaan already wide open. Memang tak boleh ejas dah lepas tu. So kalau suka pakai pada F2.8, setkan dulu siap2 pada dslr then pakai pada nex5n.
Tq.
mi says
salam… saya masih baru pakai kamera ni.. adapter apa yang sesuai pakai utk lens nikon ya? ada 2 jenis di web shashinki tu.. nikon F & nikon G. apa beza dia ya? utk kebanyakkan lens.. adapter mana yg paling sesuai? terima kasih.
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Kalau tak silap saya,
F adapter untuk lense yang ada aperture ring.
G adapter untuk lense yang tiada aperture ring. (G Lense)
Kalau u lihat kat sini bayonet ada keluarkan G/F adapter. http://youtu.be/Op2jczPqJcg
meeboo says
hurrmmm punya lah baguih nex ni, bley guna extension yek? patutlah bagak dan sedap pakai 50’s heheheheheh.
syahid says
lame dok usha pengguna nex5 + other lens..akhirnya jumpa yg ini..bes la…
teringin plak nak cucuk nikkor 55m f/1.8 mcm TT ni.. kat mane nak cari lens skali dgn adapter? mau angkat dh ni…tq tuan
Fitrihadi says
Salam.
Ada tak siapa2 yang nak jual camera Sony Nex 5n ni? Second hand dalam harga bawah rm1500 mungkin.
Minat pulak nk guna kamera ni. Dh lama cari tapi bajet kureng. Biasa la student lagi 🙂