Dulu, bila nak berblog ni, ramai yang pilih guna bahasa inggeris. Semua angkara nak naikkan ranking page ke kedudukan yang bagus sikitlah.
Tapi sekarang ni dah tak boleh guna trick tu. Kurang berkesan.
Sekarang ni zaman content, kalau kau jenis update blog hari-hari, memang potensi google naik kan ranking ko cepat. Kriteria pun dah canggih sekarang. Bukan setakat keywording dan tagging, inbound link our outbound link, macam2 kriteria dah diorg tengok.
Dari segi bahasa pun, Google lagi prefer kita guna bahasa lokal kita. Cuma ya lah, tentang pemilihan bahasa ni subjektif. Kalau dah content ko perlu guna bahasa inggeris, guna je bahasa inggeris. Kalau boleh guna bahasa melayu pun tiada masalah.
Macam aku, kalau content banyak berkaitan programming, aku akan guna bahasa inggeris sebab banyak terms programming ni dalam bahasa inggeris. Kalau sharing, santai, tutorial bukan teknikal mungkin banyak bahasa melayu. Macam fotografi, mungkin boleh guna dwi bahasa, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Uish jenuh juga nak translate all technical word dalam malay kan? Hahaha.
Tapi memang bahasa ni, Google sendiri galakkan guna bahasa local masing2. Mungkin dia pun faham dan nak galakkan lebih banyak content dalam bahasa lokal. Aku setuju bab ni, sebab antara perkara menyedihkan bila mencari bahan di internet, amat kurang bahasa melayu. Bahasa indonesia banyak. Itu menunjukkan betapa kurangnya kita berkongsi pengetahuan melalui penulisan. Tak tahulah kalau org Malaysia ni banyak menulis dalam english. Hehehe.
So geng. Just tulis je guna bahasa mana yang korang selesa. Mintak maaflah kalau aku guna bahasa rojak. Bahasa santai lagi barai.
Kanadi Warman says
Ada baiknya budayakan bahasa sendiri, menurut saya itu lebih bernilai
ghazalitajuddin says
Betul tuan. Terima kasih.