- Illustrasi secara umumnya adalah sebarang paparan grafik atau gambar rajah seperti dalam buku atau majalah yang digunakan untuk membandingkan atau menerangkan sesuatu mesej.
- Shutterstock mendefinasikan illustrasi sebagai sebarang paparan grafik(sebagai contoh sebuah lukisan) boleh dikenalpasti dan diisytiharkan sebagai illustrasi. Ia boleh diambil gambar ataupun discan. Jika illustrasi itu dihasilkan oleh seseorang ia harus disertakan dengan property release.
- Illustrasi boleh dipersembahkan dalam bentuk grafik vector atau bitmap.
- Vector adalah sebarang bentuk geometri primitif seperti garisan(lines), lengkung(curves), titik(points), bentuk(shapes) ataupun poligon (polygon) dimana semuanya berasaskan kiraan rumusan matematik yang membentuk suatu gambar grafik.
- Vector dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator, Corel Draw dan Adobe Firework.
- Contoh format file vector adalah SVG, EPS.
- Bitmap ataupun dikenali sebagai imej raster, merupakan imej yang dihasilkan oleh struktur data berbentuk dot matrix atau pixel berwarna yang biasa kita lihat di skrin tv, monitor atau pun kertas.
- Bitmap dihasilkan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan GIMP.
- Contoh file bitmap adalah JPEG, JPG, BMP dan GIF.
- Kedua-dua illustrasi dalam format vector dan bitmap boleh diterima oleh agensi.
- Perbandingannya secara mudah, apabila kita zoom in kepada image, jika file vector ia masih mengekalkan kualiti asalnya. Berbeza dengan file bitmap, kita akan dapat lihat pixel demi pixel yang biasa kita panggil “pecah”. Itulah perbezaan kualiti vector dan bitmap.
- Jadi sebenarnya sama ada illustrasi dalam bentuk vector atau bitmap. Kedua-dua vector atau bitmap boleh dihantar ke microstock agency. Sebab ada illustration yang kita boleh lukis sendiri dengan perisian vector, ada yang kita sekadat ambil gambar. Biasa gambar yang terhasil melalui kamera adalah berkualiti bitmap. Begitu juga bila kita scan.
- Cuma mungkin ada sedikit kelebihan bila menghantar karya vector kerana saiznya boleh dibesarkan mengikut keperluan berbanding bitmap dengan saiz yang terbatas.
- Setakat ini, harga jualannya adalah sama. Tak kira vector atau bitmap.
- Contoh imej illustrasi:
- Sumber: Vector Graphics, Bitmap Graphics
Leave a Reply