Kadang-kadang saya pelik bila sesetengah orang berniaga ni banyak sangat putar alam.
Sedangkan terang-terang perniagaan itu 9/10 pintu rezeki. Bila berniaga ni kita berpeluang buat untung sambil beramal. Ini tidak, untung dah berlipat kali ganda, tapi hasil kerja nya entah kemana-mana. Usahkan kualiti, yang kita order pn salah.
Saya sering berjumpa dengan rakan niaga begini. Kadangkala saya sering memberi projek persendirian untuk mencuba dahulu servis mereka. Bila pertama kali, saya akan bersetuju sahaja dengan harga dan kualiti produk atau servis yang dijanjikan. Namun seringkali hasilnya mengecewakan.
Servis dan produk bukan sekadar tidak memuaskan, kadangkala tidak masuk akal. Bila kita tanya berulangkali berkaitan produk berkenaan, seolah-olah tiada kesilapan sehingga rasa diri diperbodohkan.
Bagaimana saya mahu bawa lebih ramai pelanggan kepada rakan niaga seperti ini? Walaupun saya rakan mereka, tetapi janganlah ambil mudah terhadap servis yang dibayar. Saya tidak meminta diskaun, malah menuruti segala kehendak. Ini belum lagi projek lain. Siapa berani mahu mempunyai rakan niaga seperti ini?
Saya bukanlah jenis yang cepat marah, kerap komplen. Tetapi saya jenis yang akan datang buat pertama kali, jika servis atau produk tidak bagus, maka saya akan komplen dengan baik. Jika tak boleh terima, saya akan pergi. Nak gaduh-gaduh beria pun tak guna.
Tapi itulah kali terakhir saya akan berurusan dengannya…
Leave a Reply