Kalau korang rasa time driving tu enjin macam bergegar agak kuat. Boleh dah try pergi check Mounting Gear dan Mounting Engine.
Dah pakai 6 tahun bawak jalan, tak pernah lagi tukar mounting ni, so ni adalah first time tukar. Kira oklah. Dah 2,3 orang pomen tegur tentang mounting ni, kang kalau biar lama-lama lagi susah. Boleh kata major servis juga ni.
Masalah kereta ni sebenarnya adalah nak cari pomen yang bagus kan? Kalau orang pakai honda, dia nak cari pomen honda yang bagus, kalau mercedes biarlah pomen pakar mercedes. Masalah bila pomen semua serba tahu ni adalah, dia just tau sikit-sikit, cuit sana sini, salah cuit boleh sakit.
Jadi selepas tukar, confirm memang ada kaitan dengan mounting. Terus agak senyap dan kurang gegar. Memang terkejut juga bila drive balik tadi. Sebab tu aku share dengan korang in case ada masalah sama. Semoga dipermudahkan!
Leave a Reply