Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Dengan izinnya dan rahmatNya, berpeluang juga nak update blog hari ni.
Dari sehari ke sehari teringat nak update blog tapi tak berkesempatan. Hari ni tersadai hantar kereta servis. Dengan izinNya berpeluang akhirnya nak update!
Status berhenti merokok.
Ok, aku ada nak update sikit tentang tahap kesihatan aku sekarang selepas berhenti merokok since 16 Mac 2012.
Alhamdulillah setakat ni, semua masalah sakit dada, susah nak bernafas atau panic attack tu dah takde. Kalau ada pun sangat jarang. Malah sekarang aku dah boleh buat macam2 aktiviti kardio. Even currently plan to join my first mini marathon just for fun.
Jom kardio!!!
So, baru ni aku terjumpa something yang aku rasa bagus share dengan mereka2 yang menghadapi masalah panic attack akibat berhenti merokok. Siapa2 yang berhenti ok je, tak payah ambil tahu pun tak apa. Hahaha.
Personally aku mengambil masa agak lama juga nak baik. Hanya Allah je tau macam mana nak harung first year dengan perasaan down, perasan sakit macam2 yang orang lain tak paham pun. Tapi alhamdulillah, Allah maha penyayang sentiasa mendengar dan memberi ilham kepada kita kepada perubahan. Untuk yang menghadapi masalah pernafasan, rasa sempit dada, rasa sukar bernafas, aku memang cadangkan korang mula bersukan. Mulakan aktiviti kardio. Siapa pandai swimming silalah swimming, macam aku ni jogging ajelah. Mula2 memang ko akan rasa macam nak mati, just abaikan perasaan tu. Kalau ko mak segera pulih, paksa diri buat sekerap mungkin. Paling kurang 3 kali seminggu.
Korang tgk graf yang aku print screen endomondo aku ni. Ni adalah rekod performance aku passed 3 years.
Daripada data di atas:
- 2012 – 55.55km – Sangat kurang aktiviti bersukan. Masa ni berat aku sekitar 94 – 95 kg weh. Dah la besar kurang exercise lak tu. So pada tahun ni lah aku stop merokok. Sekitar bulan mac (16 Mac 2012). Masa ni mental masih down lagi sebab panic attack@ anxiety. Especially masa awal2 berhenti, bila main futsal tak sampai 5 minit dan rasa sesak nafas, terus keluar tak masuk court balik. Memang total lost mental masa tu. So masa ni makan memang bedal aje. Malas nak pikir.
- 2013 – 32.71km – Masih sangat kurang, malah makin kurang bersukan. Semua gara-gara panic attack. Mental down terus nak bersukan beria. Walau setahun masa berlalu berhenti merokok, tetapi kesan panic attack tu tak hilang2. Memang rasa macam menunggu hari je. Start berubah bila tiba hujung tahun masa musim tengkujuh. Tiba2 mari datang sakit kepala teruk, cek2 doktor cakap ada simptom darah tinggi. Hahaha.
- 2014 – 357.63km – Kenaikan xtvt bersukan super drastik yang berpunca kenaikan berat badan dan simptom darah tinggi. Dengar je doktor kata suspek darah tinggi terus trigger semangat aku nak cuba kembali cergas ASAP! Ketor kepala hahaha! Manusia macam ni kan… Dah sakit baru nak bertindak!
- 2015 – 39.83km InsyaAllah konsisten sampai hari ini. Alhamdulillah semakin hari semakin LUARBIASA bagus!
Mostly just jogging dan tracking naik bukit biasa2 sahaja.
Hasilnya, alhamdulillah improvement kesihatan yang banyak. Dah takde panic attack and im losing weight too! Bang, 94kg to 78kg!
Atas koranglah nak cuba buat atau tidak. Aku tak janji berkesan, tetapi dengan izin Allah boleh. Jangan terlalu bergantung kepada ubat dan suppliment semata2.
BTW Sekiranya korang baru berhenti dan mengalami masalah yang sama. Jom join group whatsap kitorang bekas2 perokok yang mengalami masalah sama. Whatsap aku @0169212092. Ok!
Leave a Reply