Salam,
Hari ni aku nak update tentang perjalanan aku berhenti merokok setakat ni. Ini entry setelah 2 tahun lebih berhenti merokok.
Yes, progress! Macammana progress??? Sure korang nak tau update latest daripada artikel terdahulu Personal Tips Berhenti Merokok, Personal Tips Berhenti Merokok #2 dan Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang! Sapa tak baca lagi, wajar baca. Ini fakta beb, rekod peribadi, bukan auta, bukan reka2, bukan Doktor yang tak hisap rokok punya cakap. Ini aku yang cakap. Aku yang pernah hisap rokok 16 tahun, yang dah berhenti baru 2 tahun (InsyaAllah selamanya!). Jom jangan buang masa!
KESIHATAN
Alhamdulillah, setakat ini makin baik. Aku bersyukur sangat2, masa mula2 dulu kan aku pernah share ngan korang aku kena withdrawal simptom. Rasa panic, takut, nak mati, cemas dan sebagainya. Rasa dada sempit dan lain2 la. Masalahnya gi jumpa doktor doktor cakap sihat. Now semua tu dah kurang, macam dah takde. Alhamdulillah. Dulu masa kena panic attack tu, main futsal 5 minit je. Sekarang amek ko, 2 jam terus boleh main tgh court. Macammana aku buat. Last nanti aku share!
BERAT BADAN TURUN
Lepas berhenti memang berat badan aku naik sikit. Cecahla 94kg dengan tinggi 170. BMI aku suppose around 72kg. Dekat 20kg doh. Tapi syukur pada ALLAH, dalam banyak2 nasihat doktor cakap itu ini pasal kesan simptom berhenti tu, aku initiate untuk jaga kesihatan, g jogging, jaga makan and tidur. Akhirnya dengan tips dari rakan, secara tak sengaja berjaya menurunkan berat badan ke 78kg sekarang. Memang luar jangka. Tipsnya adalah diet karbo, dimana elakkan makan karbo. Ada orang panggil DIET PROTEIN, tapi aku panggil DIET KARBO sebab, memang semata2 tolak karbohodrat sahaja. Selain tu boleh bedal hehehe. Nama saintifiknua DIET ATKINS. Korang boleh join group fb KELAB DIET ATKINS MALAYSIA. Memang terbaekla untuk mereka yang tekad nak kurus!
NETWORKING
Untuk pengetahuan korang, ramai sebenarnya yang kena withdrawal simptom. Semua hampir sama. Aku malas nak describe kat sini. Nanti panjang berjela. Tapi komuniti RETIREDSMOKERS ni dah membesar. Dari semenanjung ke sabah dan brunei. Semua trough wassap. So sapa2 menghadapi masalah boleh hubungi aku. Korang sebenarnya perlukan support sahaja.
TIPS
Kepada yang sedang berusaha, teruskan berusaha. ROKOK ITU HARAM. Niat kerana Allah s.w.t, insyaAllah Allah buka jalan. Niat kerana Allah sangat kuat impaknya daripada niat kerana manusia.
Kepada yang dah quit dan sedang menghadapi masalah withdrawal simptom. Nasihat aku:
- Banyakkan minum air masak
- Banyakkan riadah, kalau boleh aktiviti kardio seperti jogging bagi mempercepatkan proses pemulihan.
- Kurangkan berat badan
- Jaga waktu makan, mostly yang berhenti merokok ni kena serangan angin dikenali sebagai GERD. Itu yang kita rasa sempit dada etc.
- Jaga waktu tidur. Tidur biar cukup bos.
- Elakkan stress, banyakkan aktiviti luar, jumpa orang, elakkan fikir sangat tentang sakit tu.
- Come join RetiredSmokers Wassap Group. Wassap aku kat 0169212092. Memang kitorang mengalu2kan rakan2 baru.
Semoga berjaya!
cd says
Tahniah bro
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Tq bro
santrinni says
Salam ..
Tahniah bro da 2 tahun berhenti.. nak tanya sikit , dalam masa 2 tahun tu still ada lagi ke withdrawal symptom tu? sy baru 6 bulan quit..