Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
- Mengajar dan berkongsi ilmu adalah perkara yang mulia. Malah ia dituntut oleh agama.
- Betapa mulianya bila kita mampu menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu itu pula dimanfaatkan ke jalan kebaikan. Sesungguhnya ia merupakan antara saham akhirat paling menguntungkan.
- Cuma bangsa kita ini, masih lagi kurang dalam bab menyampaikan dan berkongsi ilmu.
- Cuba lihat kebanyakan bahan ilmiah secara online berapa peratus yang menggunakan bahasa melayu? Kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris. Paling dekat pun Bahasa Indonesia.
- Antara puncanya sering meletakkan diri tidak layak, tidak cukup ilmu, masih baru untuk menyampaikan ilmu yang ada.
- Menambah masalah lagi apabila ada pula yang berpandangan negatif pada usaha kita untuk membantu orang lain.
- Tetapi sebenarnya, yang menjadi masalah adalah kerana kurangnya pemahaman terhadap antara mengajar dan berkongsi ilmu.
- Kita sering berpandangan kalau nak menyampaikan ilmu adalah dengan cara mengajar. Umpama seorang guru dengan anak murid.
- Bila begini, biasanya kita yang masih dahaga ilmu akan rasa kurang yakin untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain. Kita rasa kurang matang, kurang pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan ilmu.
- Semuanya kerana kita meletakkan diri kita didepan sebagai pengajar / role model.
- Bila kita letak diri kita dihadapan sebagai pengajar atau role model, memang kita akan rasa kurang senang. Tak cukup ilmu didada untuk mengajar orang lain.
- Kerana itu saya lebih selesa menggunakan konsep berkongsi ilmu apabila menyampaikan ilmu.
- Bila berkongsi, saya meletakkan diri sama level dengan orang lain. Minda saya akan membayangkan saya dikalangan rakan dan kenalan yang sedang dalam diskusi bukan dalam sesi pengajaran.
- Berkongsi ilmu, lebih mesra, boleh menjadi lebih unformal. Proses belajar pun lebih ceria. Berkongsi ilmu juga melibatkan input lebih daripada satu pihak sahaja.
- Berkongsi ilmu juga membolehkan segala halangan yang terbentuk disebabkan pengalaman dan pengetahuan peserta yang lebih arif dapat dihapuskan. Ini kerana kita mahu berkongsi apa yang kita ada, berbanding mengajar segalanya. Kita tidak meletakkan diri sebagai role model semata-mata.
- Jika kita mainkan peranan bersama-sama berkongsi ilmu sesama kita. Bayangkan bagaimana kemajuan yang kita capai dalam bidang tertentu. Banyak masa dapat dijimatkan kerana masing-masing akan melalui pengalaman yang berbeza dan semua itu dikongsi.
- Konsep perkongsian ilmu amat penting dalam sesebuah komuniti. Ia tidak sekadar membantu komuniti semakin maju, malah individu yang terlibat juga semakin matang dalam mencari ilmu.
- Tetapi hendaklah semua memainkan peranan proaktif barulah menjadi. Masing-masing berusaha menjadi yang terbaik dan tidak bergantung-harap kepada orang lain sahaja. Jika tidak , konsep berkongsi ini akan jadi tak balance. Bila tak balace semuanya akan musnah.
- Matlamat kita hanya satu, berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.
Leave a Reply