Setiap kali aku travel keluar kawasan, aku pasti akan check sekurang-kurangnya 3 perkara, iaitu Minyak Hitam, Air Radiator dan Angin Tayar.
Jadi baru-baru ni aku ada urusan di Besut, Terengganu. Jadi sebelum bertolak dari Kuantan aku telah pastikan minyak hitam enjin mencukupi, keadaan radiator baik dan air tangki radiator penuh, dan angin tayar cukup.
Namun ketika dalam perjalanan, 2 kali berlaku meter temperature melebihi 3 bar, iaitu kepanasan melebihi kadar normal untuk sebuah Proton Exora.
Pertama berlaku ketika dalam perjalanan kesana, aku berhenti di bahu jalan untuk semak. Tiada tanda-tanda mencurigakan, fan aircond dan fan radiator kedua-dua berfungi, cuma air dalam tangki radiator agak susut sedikit. Selepas berhenti waktu itu temperature turun kembali, dan aku meneruskan perjalanan sehingga ke Besut tanpa masalah. Sempatlah juga singgah makan tengahari di Restoran Mei Fikri, layan Nasi Padang Sumatera seround di Kuala Terengganu. Alhamdulillah.
Kali kedua berlaku ketika pulang ke Kuantan, pagi sebelum bertolak dari Besut, aku check tangki air radiator agak kering. Aku refill dulu siap-siap. Aku suspect radiator bocor. Tapi memandangkan aku cek radiator masih ada air, mungkin bocornya minor di tempat lain. So masih boleh teruskan perjalanan. Namun ketika di PAKA temperature naik lagi. Bikin saspen ajelah Exora aku ni hahaa. Aku check memang tangki radiator kembali kering. Just refill air, temperature goes normal again so aku continue sehigga sampai rumah.
…
Fast forward, now aku baru balik dari bengkel. Dah check semua radiator, hos yang ada, takda tanda-tanda kebocoran. Pomen cakap kemungkinan besar Cap Radiator dah tak berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, harap-harapnya gitulah selamat duit aku! Cap Radiator baru RM25 di kedai spare part.
Nanti kita tengok macam mana progress!
Firdaus says
Apa perkembangan? Ok tak?
ghazalitajuddin says
Memang ok sangat bang. Boleh cuba memang ramai terkena kes penutup radiator ni.