“Kerja buat org takut! Buat org ingat mati! Barulah bisnes boleh jalan! Hahahah…”
Itulah lawak seorang sahabat bila tanya aku apa bisnes aku sekarang. Setepek aku kena dengan kawan aku ni tetapi aku tau dia bergurau, dan aku pun tergelak juga. Malah aku rasa betul juga cakap member aku tu, tapi dari satu sudutlah.
Yelah bila dekat dengan org takaful insuran yang komited mesti cakap pasal mati, pasal kemalangan, pasal sakit kritikal dan macam-macam lagi perkara yang merisaukan dan membimbangkan. Habis semua ejen akan tanya berkaitan bagaimana cara hidup kita, bagaimana environment kerja kita, bagaimana kesihatan orang tua kita, adik-beradik, bagaimana kejiranan kita dan macam-macam lagi soalan. Malah mereka juga bersungguh-sungguh bercerita tentang pengalaman orang lain siap bawak keluar semua sample-sample claim, semua artikel-artikel berkaitan pampasan kemalangan, pampasan kematian, ditambah gambar-gambar yang terang dan jelas bagi meyakinkan bakal pelanggan bagaimana keadaan bila berlakunya musibah. Sesi ini dipanggil FACT FINDING bagi menilai keperluan prospek. Pada ketika itu pasti semua akan rasa gerun dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh ejen. Semua akan terfikir apa akan berlaku dimasa hadapan. Semua mereka-mereka yang tersayang bagai terbayang-bayang dihadapan mata. Semua akan datang perasaan insaf dan bertanggungjawab.
Sebenarnya…
Tetapi sebenarnya tugas agen takaful insuran ni bukanlah untuk menakut-nakutkan orang, bukan juga menghasut bakal pelanggan untuk membeli, jauh memaksa untuk mengambil insuran tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada bakal pelanggan tentang persediaan yang perlu dibuat terhadap musibah yang mungkin tiba bila-bila masa.
- Adakah kita yakin diri kita akan sihat sentiasa? Walaupun hari-hari kita bersenam dan mengamalkan diet yang sihat?
- Adakah diri kita yakin diri kita tidak akan ditimpa kemalangan? Walau pun dirumah? Walaupun sedang tidur?
- Adakah kita yakin syarikat kita akan terus menanggung kita walaupun kita sudah tidak mampu memberi sumbangan dan pulangan yang lumayan untuk syarikat?
- Adakah kita pasti investment kita cukup dan selamat dengan ekonomi sekarang bagi menanggung kos rawatan kita?
- Adalah simpanan anda cukup untuk menanggung kos perubatan anda? Bagaimana perbelanjaan harian untuk seisi keluarga?
- Anda yakin jika anda mati nanti, nyawa anda ditarik oleh Malaikatul Maut begitu sahaja tanpa perlu dirawat dihospital, atau dirumah oleh keluarga?
- Adakah anda berpuas hati terhadap servis hospital kerajaan? Sanggup tunggu que atau memang kaki potong que?
Jadi apakah jawapan anda? Jika TIDAK, ini bermakna anda percaya pada Qada dan Qadar dan anda memang memerlukan takaful insuran! Sebab apa saya kata begitu sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan.Tiada seorang pun yang boleh menentukan apa yang berlaku dimasa hadapan. Kita cuma boleh berusaha merancang sahaja dan tawakkal kepadaNya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. – Riwayat Ibn an-Najjar
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang –
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Jadi semua kena ambil takaful atau insuran lah?
Tak jugak. Jika anda betul2 sekaya BILL GATES(Pemilik Microsoft), atau Mark Zuckerberg (Pemilik Facebook) mungkin anda tak perlu mengambil takaful insuran. Sebabnya anda terlebih mampu membiayai kos rawatan tanpa mengurangkan sedikit pun kekayaan sedia ada, malah mereka mampu memiliki hospital dengan kekayaan sendiri daripada perniagaan mereka tanpa mengganggu harta-harta yang boleh diwariskan entah berapa keturunan.
Selain daripada kaya macam mereka, mungkin anda ada allocate sendiri simpanan perubatan yang tetap untuk masa hadapan. Jika ada, anda mungkin 1 dalam 1 juta yang berbuat demikian. Sebab kebanyakannya tahu jika mereka menyimpan sendiri pasti akan mengambil masa untuk sampai satu amaun perubatan yang baik. Sebagai contoh anda menabung RM200 sebulan dalam akaun anda untuk simpanan perubatan. Setahun baru RM2400, 10 tahun RM24000, kalau nak dapat RM100,000? Anda memerlukan 41 tahun 6 bulan!!! Itu jika anda hidup selama itu! Jika anda perlukan wang itu esok??? Bagaimana? Tetapi umumnya tidak pernah saya dengar orang ada simpanan perubatan sendiri. Kebanyakannya menyimpan untuk kegunaan hal-hal lain seperti kereta, rumah, haji dan sebagainya.
Atau mungkin anda ditanggung oleh syarikat anda bekerja seumur hidup, tak kira anda masih sihat dan produktif atau pun anda telah lumpuh kekal. Kalau ada syarikat macam ini memang hebat. Setahu saya kalau kerja gomen adalah pakej sebegini. Selain itu jangan harap. Sampai masa pencen, babai!!! Inikan pula anda yang baru berumur 25 tahun, tetapi jatuh sakit yang tidak membenarkan anda bekerja, paling kuat dapat pampasan sedikit dan terminate lah.
Sebab itu tidak semestinya anda ambil takaful insuran jika anda sudah merancang awal-awal. Sebab anda mampu menanggung kos rawatan perubatan nanti tanpa menyusahkan sesiapa. Jika anda kategori ini, memang tak perlu ambil.
Hakikatnya?…
Hakikat sebenarnya, orang kaya pun ramai ambil insuran. Adakah kerana mereka tak mampu bayar bil? Adakah kerana mereka takut sakit? Ini kerana mereka tahu, KOS PERUBATAN SEMAKIN TINGGI. Mereka juga tahu, Takaful Insuran mampu meringankan bebanan mereka nanti. Takaful Insuran merupakan pilihan bagi melindungi simpanan mereka. Ini kerana insuran dan takaful sebenarnya bukanlah melindungi diri pelanggan, tetapi melindungi simpanan pelanggan melalui pengalihan musibah yang menimpa. Ini baru betul orang panggil yang kaya semakin kaya. Bukan kaya sebab bertambah duit, kaya sebab pandai melindungi duit!
Kereta anda juga, mesti ada insuran. Daftar kereta, renew roadtax semua ada insuran. Adakah insuran itu akan melindungi anda? Tidak. Ia melindungi POKET anda. Bila eksiden, bukan tuannya yang direpair ditouchup, tapi kereta ye. Tuannya duduklah hospital, tunggu bil sampai!
Alah… aku pun ada kenalan yang rumahnya diinsurankan 3 JUTA. Apa ada hal. heheheh.
Kesimpulannya…
Nabi pernah bersabda, “Rebut lah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara,
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua.
- Kaya sebelum miskin.
- Lapang sebelum sempit.
- Hidup sebelum mati.
Jadi sebenarnya kita semua tahu tentang sakit, kita semua tahu kedatangan mati. Cuma kita selalu letakkan tentang kematian dan kesakitan itu jauh-jauh dari dari minda kita umpamanya ia tidak akan datang. Kita tahu kematian itu boleh datang mengejut, atau boleh datang selepas susulan berbulan2 dirumah atau hospital. Cuma kita selalu menafikannya dan mengambil mudah. Kita jarang fikirkan tentangnya dalam-dalam, sehinggalah tiba masanyaaaaaaaaaaaaaaaa…..
Oleh itu, jelas agen takaful insuran ni sebenarnya bukanlah menakut-nakutkan orang. Tugas agen takaful ini seperti ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan yang baik agak kita lebih bersedia. Mati atau sakit itu pasti dan datangnya bila-bila. Adakah anda bersedia?
Tugas agen takaful ini seperti ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan yang baik untuk diri sendiri dan orang lain agar lebih bersedia.
Sebab itulah bila ejen-ejen ini sampai, kita rasa sedikit terganggu dengan kehadiran mereka seolah-olah mereka membawa suatu mesej yang tidak mungkin berlaku kepada diri kita sedangkan ia adalah kenyataan. Seolah-olah kita cuba menipu diri sendiri. Ye tak?
Fikir-fikirkanlah. Kita kena terus berdiri untuk terus bersedia dan berjuang sama ada untuk diri sendiri atau mereka-mereka yang terdekat dengan kita.
“Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta” – Hadith riwayat Bukhari
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu” – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia” – Hadith riwayat Ibnu Majah
Semoga kita mengubah persepsi kita terhadap takaful insuran.
P/S: Jom baca ulasan saya berkaitan takaful dalam Belanjawan 2013 di http://www.takaful-insurance.com.my/ Klik disini! http://www.takaful-insurance.com.my/general/pembentangan-bajet-2013/
mat says
Dulu saya agak dingin dengan insuran ni walaupun saya penjawat awam layak dengan kelas 2 di hospital gov. Akhirnya prudential telah membantu saya dlm membuat rawatan wife saya yg mana bil 10k semua ditanggung oleh pihak insuran. Terima kasih prudential takaful….semoga Allah membalas jasa2 agent saya.
Member ktn says
Prubsn terbaek….
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
hahaha Alhamdulillah terbaekkkkk!
nazihah says
bukan semua ejen takutkan orang. lebih banyak ingatkan untuk simpan sikit elaun yang ada 🙂
Taat pada Allah says
Letaklah 100% pengharapan kepada Allah. Jaga kesihatan baik-baik. InsyaAllah selamat
Zulhilmi says
Mohon share tuan
ghazalitajuddin says
Silakan tuan.