Salam. Hari ni aku nak berblog.
Tapi time aku nak bercerita itulah line tenet rumah takde. Sempat pulak nak membebel hahaha. Time aku nak sharing pasal programming ka, pasal stock photo ka, pasal bebas rokok elok ada je internet hahaha. Ini kali kita sembang pasal life lah. Mungkin sebab itu line kong ini malam. Sumbak. Hahaha.
Its almost 10 years meninggalkan alam kerja makan gaji. Aku rasa sangat bersyukur diizinkan Allah menimba pengalaman berniaga dan bekerja sendiri mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. 10 tahun yang aku rasa seperti baru semalam berlalu. Tak sedar langsung.
Sebenarnya dalam tempoh 10 tahun ni, banyak juga cabang bisnes aku buat. Fotografi & videografi, stock photo, graphic design, website development, training, takaful insurance, jual product online, internet marketing etc. Huhuhu. Semuanya mostly adalah servicing. Sebab apa ye? Jawapannya mudah sahaja, sebab modal. Selain tu? Sebab aku hanya buat benda yang aku pakar sahaja. Berniaga without knowledge mmg tak buat hehehe.
Aku mula berniaga dengan menyediakan perkhidmatan fotografi dan videografi. Pada aku, daripada keseluruhan bisnes yang aku buat. Servis fotografi dan videografi adalah bisnes yang paling best. Apa yang best? Pertama, bisnes ni tak rumit nak cari prospek. Market sangat luas, event, advertising, personal, wedding dan macam2 lagi. Boleh pilih, paling mudah dan ramai org lain terjebak adalah wedding. Malangnya since 2010, baru ni aku ada buat survey sikit, harga market di kuantan hancur lebur. Kalau nak buat full time bisnes agak sukar lah. Dengan pertambahan jurufoto, maka persaingan hebat, ko bagus macam mana pun, harga didahulukan. So kena jenguk market lain juga. Ramai rakan2 otai yang cuba bertahan dah mula angkat kaki. Kedua, cara nak buat marketing mudah. Tak pening2 nak buat iklan. Ko just setup galeri ko dengan artwork yang meletop2, lepas tu boleh start marketing sana sini. Orang suka artwork ko boleh hire, tak suka babai. Simple. So kita ada space untuk improve. Kita total control servis kita. Tak macam sesetwngah bisnes lain, produk org, kita nak jual. Bukan senang bang. Fuhhhh.
Especially pulak kalau compare dengan bisnes takaful. Memang jauh beza langit dan bumi. Ini kalau bos aku baca ni memang kene tarbiah ni hahaha. Tapi memang bukan mudah untuk berjaya sebagai seorang ejen takaful. Ko kena ada motivasi yang tinggi, sentiasa berfikiran positif, kena kreatif dalam menyampaikan awareness tentang kepentingan takaful. Bukan itu sahaja, sebagai ejen kita kena mahir dengan setiap produk syarikat takaful yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kena alert sentiasa dengan sebarang perubahan dan WAJIB maklum pada semua client ko. Ko juga kena mahir nak berurusan dengan hospital, sebab nak tak nak client memang akan cari ejen yang boleh harap untuk membantu mereka bila nak guna medikal kad. Opkos la kan. Kalau ko tau nak jual je. Memang tak lama la ko dalam industri hahaha. Payment client kena selalu check, jangan ada tertunggak, nanti effect bisnes ko juga. Nak tau lebih lanjut kena sit down lah. Hahaha. Ni aku nak sembang2 je.
Selain dari itu, aku buat juga freelance web development. Gila tak? Kenapa la aku tak lupakan je programming semua ni hahaha. Aku rasa la, this is one of my PASSION. Passion yang tegar gila babeng. Aku suka create something. Suka sangat hahaha. Tapi ya la kan. Penst juga nak abiskan belajar dulu. Takkan sesenang camtu je nak lupakan. Luckily di kuantan tak ramai developer. So boleh lah mencari rezeki duit tepi melalui web development ni. Ok ape hahaha. Tp satu hal jugak bila deal dengan customer yg nak buat web ni, dia nampak kerja kita mudah. Sebab ngadap komputer je hahahaha. Kena pulak dapat customer yang tak kuat iman, pendirian goyang, kejap nak buat camtu kejap nak buat camni. Sudahnya projek delay dari due date seminggu jadi berbulan2. Bila bagi cadangan ikut kepakaran kita takmo dengar, sudahnya kelaut belaka wakakaka.
Macam2.
Semuanya pengalaman yang tak dapat dibeli. Aku rasa sangat bersyukur dapat laluinya dengan baik. Walaupun target sebenar banyak tak tercapai, seriously aku bersyukur sebab dapat banyak belajar, bersyukur aku masih survive, bersyukur aku masih berpeluang untuk merancang maju ke depan.
Life is a choice. Tiada orang yang boleh cakap life kita teruk, karier teruk, takde masa depan, macam orang gagal, takde kemajuan etc. Hanya kita yang tahu life yang kita lalui.
Baru2 ni aku outstation ke kl jumpa client takaful. Alhamdulilah ada kesempatan melawat seorang sahabat yang mendapatkan rawatan pemulihan daripada strok yang dialaminya dia pusat rehab cheras. Alhamdulilah selepas setahun, nampak progress yang sangat baik. Boleh sembang dan melawak bagai. Ceria abis. Dulu koma aku rasa berbulan jugak. Aku sempat melawat dia masa koma, masa awal sedar dan baru2 ni. Banyak aku belajar daripada melihat apa yang dia lalui. Macammana impak pada keluarga, pada anak2. Especially tentang kehidupan. Apa erti kehidupan? Apa value kehidupan? Apa yang ko kejar? Siapa yang ko kejar? Life is short. Baru ni dia pesan, jangan stress sangat. Sebab yang masuk pusat rehab tu stroke sebab stress je. Hahaha jeng. Macam kena betul batang hidung. Jaga kesihatan penting. Bila2 fikir2 betul lah dia cakap tu. Kita sebagai rakyat Malaysia melalui fasa kehidupan yang sangat stress. Dengan keadaan ekonomi dan masalah sosiopolitik Malaysia sekarang memang ko akan stress. Ko bukak je FB ko akan stress tanpa ko sedar. Tak banyak sikit confirm ada. Jika ko perhati elok2 ramai sebenarnya yg ada masalah stress. Tak boleh nak elak. Oleh itu, kena pandai2 lah cari jalan hilangkan stress ye.
So bila fikir2, nak masuk 10 tahun ni dalam dunia kerja sendiri, aku masih belum jumpa bisnes yang nak buat sampai mati. Hahaha. Tapi Alhamdulilah insyaAllah akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan yang sudi bekerjasama dengan aku. Rezeki halal jangan ditolak. InsyaAllah.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Aku dah ngantuk nak tido dah hahaha.
Nite bro.
Wassalam.
Leave a Reply