Salam.
Aku harap tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang yang baca posting ni. Terima kasih sebab singgah dan meluangkan masa scrolling apa-apa yang dihajati disini. Semoga tahun 2020 ini membuka lebih banyak peluang, lebih banyak kejayaan kepada korang semua insyaAllah.
Agak lama juga aku tak update blog ni. Since October 2019, aku agak sibuk dengan beberapa projek yang memerlukan perhatian lebih masa. Alhamdulillah terkejar-kejar dibuatnya. Ditambah pula hujung tahun 2019, sibuk dengan cuti sekolah dan dengan persediaan anak aku nak masuk form 1. Nak pilih sekolah satu hal, pergi interview pun satu hal. Apa nak buat, dapat peluang banyak, syukur Alhamdulillah. Kiranya macam-macam projek dan aktiviti lah cuti sekolah kali ni.
Cuma dalam kesibukan itu aku realize satu perkara. Especially buat kita yang dah berkeluarga. Betapa pantasnya masa kita yang sibuk 247 mencari rezeki. Rasa pendek benar, terlalu gigih siang malam mencari peluang menambah pendapatan? Atau hanya sekadar menyelesaikan urusan dunia? Atau duk saja? huh tanda akhir zaman. Sedar tak sedar sesuatu yang selama ini sentiasa bersama kita, yang kita simpan dan gilap, sudah sampai masa mula keluar membawa haluannya sendiri. Contohnya anak aku yang sulong telah pun melangkah masuk sekolah berasrama. Pantas beb, serious tak sedar. Panic jap. Adakah aku terlepas sesuatu? Ada hutang atau janji tak tertunai tak? Mula lah menggelabah hahaha. Tapi aku ni kira bernasib baik juga, diberi kesempatan masa dengan diorang sentiasa, since aku bekerja sendiri, banyak masa dengan mereka. Tapi itu pun terasa juga lah. Hahaha. Jadi moralnya, hargai apa yang kita ada, jangan terlalu kejar apa yang belum tentu rezeki kita.
So azam aku tahun ni, ingin memanfaatkan masa dengan lebih baik. Untuk busines dan keluarga, dunia dan akhirat. Walaupun baru masuk tahun baru beberapa perancangan yang telah diatur telah pun dilaksanakan. Aku harap kita dapat lihat growth lagi tahun ini. InsyaAllah.
2019 telah pun berlalu. Pergi tak kembali. Dah, dah cukup untuk intro tahun baru!
So moh kita moh!