Baru ni akhirnya aku berpeluang makan malam bersama keluarga di Awangan Palace. Setelah sekian lama sekadar menjeling lalu pergi dan balik jalan Kuantan-Bypass, akhirnya sampai jua.
Bukannya kami tak nak singgah, tapi belum berkesempatan. Kalau lalu malam hari, dari jauh dah nampak Awangan Palace dengan lampu bergemerlapan warna-warni. Parking pun selalu nampak penuh sudah pasti meriah dengan ramai pelanggan. Tapi akhirnya sampai juga. Itu yang penting dak?
Lokasinya amat selesa untuk dinner bersama keluarga. Parking pun luas di dalam dan juga diluar kawasan berpagar Awangan Palace. Hidangan juga ada pelbagai pilihan yang disediakan daripada vendor stall yang berbeza. Kalau tak silap kami cuba Mee Sup, Chicken Chop dan Mee Rebus Johor. Semuanya sedap dan kuantitinya juga banyak! Memang puas hati. Pada pendapat kami kenalah dengan harganya. Selepas makan boleh bawa anak-anak naik ke tingkat atas untuk ruangan bergambar dengan pelbagai jenis persembahan lampu yang menarik.
Selain daripada ruangan food court, Awangan Palace ini juga menyediakan sewaan Dewan, Bilik Meyuarat dan Bilik Hotel. Terdapat pool yang pastinya menjadi tarikan utama bagi mereka yang berkeluarga untuk beristirehat di sini.
Untuk nombor whatsapp, gambar boleh klik link berikut.