Lama tak layan potret best gak! Hurmmm… nak shoot kiddos mmg susah!
Photography
Lanskaper – I fall in love with Landscapes Photography
Yeah,sekarang aku dah beralih arah daripada shoot and upload gambar2 wedding. Aku sekarang banyak berjalan shoot gambar2 landscape!
Actually aku dah lama minat shoot landscape or lebi tepat Nature ni. Tapi yelah, peluang selalu takde. Nak berjalan2 pun cost tinggi jugak. Tapi masalah sebenarnya adalah masa. Masa shoot wedding dulu mana ada masa nak gi tembak2 sana sini suka2. Susah gak. Sekarang ni dah tinggal Wedding Photography ni, ada la masa sket nak gi sana sini. Leh lepak ngan family dan kuar outing sesuka hati.
So aku ada up banyak kat flickr aku http://www.flickr.com/photos/mrghazali
Tp aku up la kat sini sket kasi isi kekosongan dengan gambar…
1) Area Tembeling Resort, dekat dengan TC…
2) Area Tanjung Api
3) Again… Area Tembeling Resort, dekat dengan TC…
4) Area Pantai Sepat…
5) Area Pelabuhan Kuantan
Pantai Puteri, Melaka
Salam,
Baru2 ni aku dijemput oleh saudara Fakhrul Najmi untuk assist beliau ke sebuah majlis perkahwinan di Masjid Tanah, Melaka. Aku kalau ikutkan wat masa ni, memang tak nak pergi shoot wedding ah, nak relax betol2 relax. Tapi bila dengar jer perkataan Melaka tu, aku terus jadi teruja. Gile ko, dalam kepala aku macam2 benda terbayang, nak shoot sana nak shoot sini. Tapi semuanya darat, tak terpikir Melaka ni ada laut. Siyes, aku turun melaka dah banyak kali. Tapi disebabkan aku bukan landscape shooter, aku tak pernah idamkan shot2 laut. Tetapi bila aku dah start shoot landscape and nature, aku dah jadi Pemburu Laut, dah kembali ke resam RajaLanun, chewah! So aku pn mpasang plan la, merayu2 pada tuan fakhrul dengan hujah panjang berjela2, dengan pancing rotan runcing segalah, alang2 sampai di tanah bersejarah sudah tentu wajar awal mengambil peluang shoot apa2 menarik yang boleh ddidapati disana. Almaklumla bandar bersejarah, macam2 ada!. So aku bernasib baik sebab tuan fakhrul mengapprovekan permintaan aku itu.
Bila sampai2 tu baru terpikir tentang sunset. Selama idop tak pernah shoot sunset rasanya. Ni pengalaman pertama kot. Happy giler melaka ada sunset. Apa lagi dengan menggunakan Garmin cabuk fakhrul tu sampai jugak aku kat Pantai Puteri, dekat je rupanya. Apa la aku sebelum ni tatau ada pantai wakakaka. Jangan marah orang Melaka, tempat korang memang best nak melanun. Macam2 ada!!!! Bagai kera dapat bunga, aku dan tuan fakhrul melompat2 keriangan, tersenyum sampai ketelinga. Memang masing2 tak sabo2 dah nak shoot, jap kat batu lah, jap kat bot lah. Giler psiko tol bila budak2 kampung dari sebelah timur semenanjung malaysia dapat pergi pantai barat. Macam orang jakun siot. Hurmmm puas ati.
Aku jugak nak mention sahabat baru “Berambak Cuk Duduk” (nama dalam FB aka Muka Buku) yang baru kenal kat Melaka. Adik kepada otai baru foto radikal, haluan kiri Rebong Buloh. Aku panggil dia “Cucur Badak” masa mula2 kenal sebab tak reti sebut. Rupanya “Berambak Cuk Duduk” tu nama permainan, aku tak perasan sungguh walau pun ada pengalaman duduk dikalangan Terengganunese dan Kelantanese selama 5 tahun. Terima kasih pada adli kerana menemani kami di Melaka!
Ape aku nak cakap lagi? “Memang besttttttttttttttttttttt!!!!”
Chaos!
Salah satu shot HDR yang ditembak di Tanjung Api memberi aku inspirasi kepada “Chaos”…
Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan, Pahang
Lately aku agak menggila nak shoot slow shutter landscape. Hari2 memikirkan dimanakah tempat paling sesuai untuk mendapatkan gambar mist/fog di pantai. Baru2 ni aku, fakrul and farooq ke pantai Batu Hitam, Beserah. Satu2nya tempat paling dekat untuk mendapatkan gambar berkenaan kerana landscapenye terdapat batu2 yang bersepahan di pinggir pantai.
Kalau diikutkan cuaca pada waktu tu, memang kurang sesuai disebabkan mendung menanti hujan. Selain itu kawasan batu Hitam ni cantik pada waktu pagi disebabkan waktu matahari naik disana. Kitorang pergi waktu petang, tetapi disebabkan semangat nak mendapatkan gambar tu, pergi jugak ler. Test dulu, lain kali datang lagi…