Alhamdulillah baru ni aku berjaya menghabiskan 10 km larian tanpa henti. Takde lah jauh mana pun, tapi dah lama tak buat hahaha.
Another Kuantan Blogger
Alhamdulillah baru ni aku berjaya menghabiskan 10 km larian tanpa henti. Takde lah jauh mana pun, tapi dah lama tak buat hahaha.
Azab weh waktu masik status perokok dalam bulan Ramadhan dulu. Bukan tak tahan disiang hari… waktu siang hari kita steady haaa… nak tahu time bila paling azab pada aku? Boleh tonton video berikut. Sila komen korang pulak macam mana? Jangan lupa like dan subscribe ya!
Diet ni sebenarnya adalah satu cara hidup, its a lifestyle. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan untuk satu tempoh, dan untuk satu bahagian tertentu sahaja. Ia bukanlah boleh dibuat sekadar untuk sebulan berpuasa, tak makan tak minum semata-mata. Kalau sekadar berlapar, pada aku tak cukup. At least pada pendapat aku la.
Mungkin orang lain berbeza lah pandangannya. Mungkin bergantung pada niat diet untuk apa? Mungkin kalau untuk kurus memadailah berpuasa. Tapi pada aku sekarang bukan untuk kurus sahaja, malah untuk sihat juga. Kurus dan sihat. Slim dan fit. Nak fit jantung kena kuat, tubuh kena sentiasa bertenaga.
Hari ni aku nak share tentang minuman diet. Pada aku minuman terbaik adalah air kosong sahaja. Seriously air kosong ni memang tak lekang. Air kosong 1.5l ada sebotol dalam kereta, di bilik tidur dan dan di meja pejabat. Amalkan minum air kosong. Jadikan habit dalam kehidupan. Mula-mula memang tak lalu, tapi lama-lama biasa.
Tapi kadang-kadang ada masa nak minum air manis, hahaha. Apa ko buat? Agak bernasib baik sekarang ni sebenarnya seiring dengan kesedaran orang ramai tentang pentingnya kesihatan, mestilah ada pihak yang turut sedar peluang membuat keuntungan melalui produk kesihatan.
Sekarang dah boleh jumpa beberapa produk yang zero sugar, di pasaraya. Tapi, niat aku bukanlah nak menggalakkan korang bertukar ke minuman sebegini. Bukan nak promote apa-apa pun. Sekadar nak share lah apa pandangan aku bila consume produk-produk ini. Atleast ada lah alternatif jika craving nak benda-benda manis ni.
Diulang sekali lagi, minuman begini tidak bagus untuk kesihatan. Minum air kosong lebih baik. Jadi jangan amalkan selalu pula bila dah tahu tentang minuman ini. Jangan amalkan selalu! Hahaha.
Btw mungkin ada jenis-jenis lain yang pernah korang jumpa. Boleh lah share sikit minuman diet pilihan korang dalam ruang komen dibawah ya! Thank you!
Terbaik Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mengambil langkah awal menyebarkan pengumuman tentang kawasan larangan merokok kepada awam. Aku rasa ramai lagi tak tahu atau yang terlupa tentang ni. Nak masuk tahun baru 2019, banyak lagi hal lain nak fikir! Kan?
Ok video diatas memaklumkan bermula 1 Januari 2019, semua kawasan premis makanan adalah kawasan larangan merokok. Antaranya adalah Restoran, Rumah Kedai, Kedai Kopi, Kedai Makan, Food Truck dan Gerai-gerai Makan Terbuka. Jaraknya adalah 3 meter daripada kawasan bangunan dan 3 meter daripada kerusi meja yang diletakkan diluar bagunan.
Denda RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun untuk individu yang didapati melakukan kesalahan. Banyak tu! Paling sedih untuk pemilik premis la tak pasal2 boleh kena denda RM3,000 atau penjara 6 bulan! Memang confirm sape merokok kawasan premis tuan tokey kedai la p report dulu!
Nasib baikla aku dah quit merokok 6 tahun lepas. Dulu masa merokok takde la rasa mengganggu orang. Tapi dah berhenti mmg insaf la. Memang sangat mengganggu orang lain. Semoga perokok semua bertabahlah, aku doakan korang pun berjaya stop merokok one day!
Jangan lupa weh! Denda mahal tu!
Sedikit update daripada group WhatsApp RetiredSmokers. Tapi data ni tak menyeluruhlah, sebab form ni baru buat, input yang ada kebanyakannya rakan-rakan yang baru nak join group. So setiap kali ada new members, aku akan minta kerjasama untuk isi Google Form, so sedikit sebanyak data tu boleh kita proses jadi data yang berguna.
Alhamdulillah group whatsap ni masih aktif, rakan-rakan keluar masuk bersilih ganti. Setakat ini, yang terkini dalam rekod ada dalam 400 juga contact number. 130 contact yang masih aktif dalam group. Selebihnya dah left, sama ada dah ok, gagal berhenti, atau pun masalah telefon or privacy, wallahualam. Group ini masih terbuka, tiada paksaan, so terpulang. Mana yang ok sikit akan bgtahu nak left sebab apa. Ada yang lebih luarbiasa, dari awal group wujud, sentiasa bagi support dan motivasi utk bantu yang lain berhenti juga. Alhamdulillah. Apa yang penting dapat tolong org terus berhenti rokok. Nak buat sorang tak mampu juga. Kalau ada sesiapa yang dalam proses berhenti merokok tu dialu-alukan join kami ya.
So berikut adalah hasil daripada collection form.
Biasa kalau time diet ni, aku mmg akan kurangkan carbs sebanyak mungkin.
Gula, nasi, roti, buah, kuih-muih semua aku taruk tepi la.
Air manis apa tah lagi. Memang pantang besar tu, memang korang akan jumpa aku usung STEVIA la hehehe.
Kalau korang biasa diet sure tahu ni style diet atkins kan. Tapi biasanya aku buat dalam weekdays lah, Monday to Friday je. Jumaat malam sabtu dah kelaut dah hahaha. Tp kesesuaian diet atkins ni yang menyebabkan aku copy jadikan lifestyle. Tidaklah terlalu strict kan?
So, berbalik tentang snack tadi.
Dasar org lelaki yang malas macam aku. Aku akan cari benda yang simple. Hahaha. So kekacang adalah pilihan aku. Sebelum2 ni aku minum air masak je tiap kali lapar. Ni baru nak belajar ambil light snack.
Apa snack korang? Lapo weh.
Kenapa aku pilih kacang? Sebab kacang sumber protein yang bagus untuk sistem penghadaman. Ia juga membantu buat rasa kenyang. Sebab tu aku pilih kacang. Tapi masalah kacang ni pulak kos agak mahal kalau ko beli kat pasaraya atau 7e. Tau tak mana nak cari supplier?
Biasanya kacang pilihan aku adalah:
Tapi tulah, kalau ko tengok list atas paling murah peanuts. Tapi tinggi kolestrol pulak! Hahaha. Lepas tu biasanya 3 ni je ada di pasaraya kebanyakannya, padahal ada je jenis lain yang bagus2.
So wahai abang-abang kacak sekalian, apa snack korang sebenarnya? Cuba la share sket!