Dah tua-tua ni kuat pulak minum kopi. Dulu selalu minum Nescafe. Tapi disebabkan Nescafe ni nak sedap kena guna susu pekat manis, terpaksa cari alternatif lain. Mencari kopi acah-acah diet gitu. Kopi 2 in 1, serbuk kopi dan krimer sahaja. Nescafe pun ada kopi 2 in 1 iaitu Nescafe Zero, nescafe dan krimer sahaja, takde gula. Biasanya aku campur stevia. Since Nescafe Zero ni payah nak dapat stok di Kuantan. So terpaksa tukar ke kopi Essenso. Bila dah jumpa Essenso ni, tak minum dah Nescafe.
Kesihatan
Jump rope berjemaah
Disebabkan musim PKP2.0, nak buat aktiviti riadah juga terbatas. Kita dibenarkan jogging dan berbasikal hanya di kawasan perumahan dan terhad kepada dua orang sahaja pada satu-satu masa. Penjarakan antara individu juga harus 1 meter di antara satu sama lain.
Sekali baca, memang masih kurang jelas syarat yang dikenakan. Adakah syarat tersebut khas untuk orang dewasa sahaja? Bagaimana jika satu keluarga yang lebih daripada 2 orang? Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah kanak-kanak tidak dibenarkan terus beriadah dan bermain diluar? Banyak pulak soalan ni hahaha.
Sistem Pendidikan Perlukan Innovasi
Semalam kita semua dimaklumkan tentang penangguhan pembukaan sekolah tahun 2021 yang sepatutnya bermula pada 20 Januari 2021.
Dalam group WhatsApp dah huru-hara parent mengamuk tentang penangguhan ini. Mana tak mengamuk kalau masing-masing buat pelbagai persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Ini termasuk jugalah pembayaran pendaftaran sekolah dan kelengkapan yang lain. Itu belum kira lagi kalau keluarga mangsa banjir baru ni. Banyak keluar modal weiii.
Tips bagaimana berhadapan mereka yang sedang mengalami masalah Anxiety
Ada kenalan yang ada masalah Withdrawal Symtom atau Anxiety? Nampak mereka sihat-sihat aje kan? Semua macam ok. Sebenarnya time ok, mereka memang macam biasa sahaja. Time tak ok tu, macam mana nak bantu biasanya orang tak tahu. Sebab bukan semua orang tahu mereka sedang mengalami anxiety.
Jika mereka ada maklumkan mereka ada masalah Anxiety mudahlah sikit, tapi jika mereka tak maklum, korang kena pandai-pandailah tengok simptom-simptom tu. Boleh google tengok, tapi jangan memandai pulak tuduh sebarangan orang lain ada Anxiety, tu cari gaduh namanya. Hahhaa. [Read more…] about Tips bagaimana berhadapan mereka yang sedang mengalami masalah Anxiety
Apa nak buat bila sumbangan insuran takaful naik lagi?
“Alamak, premium insuran aku naik lagi!”
“Sumbangan takaful aku pun naik jugak!”
Kecoh lately bila ada kawan-kawan dapat info harga takaful insuran mereka naik.
Dahlah masing-masing sakit kepala memikirkan macam-macam perbelanjaan awal tahun 2021. Datang pula kenaikan macam ni, terus nak pitam! [Read more…] about Apa nak buat bila sumbangan insuran takaful naik lagi?
Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!
Baru ni aku singgah 7 Eleven, ternampak la Coke Coffee Caramel ni. Terus beli satu tin saja nak try.
My review, aku tak tahu lah kenapa coke ni keluarkan perisa coffee dan caramel ni. Seriously tak sedap. Rasa pelik. Harga pun mahal walau pun promo RM6.90. Then walau pun No Sugar, tapi rasanya out. Not recommended.
Coca Cola Zero Sugar (Coke Zero) memang sedap rasanya setanding yang gula biasa, tapi peliknya memang payah nak jumpa di 7e atau mana-mana pasaran. Kalau ada pun yang dalam botol, dalam tin susah nak jumpa. Pelik juga tu. Biasa aku nampak Pepsi Zero Sugar je di mana-mana 7e. Mungkin strategi marketing.
So boleh try kalau berminat ya! Selamat mencuba!