Sekian lama tak update blog semata-mata tak puas ati gambo aku takleh up ke flickr. Semua gara2 Flickr Pro aku dah expired, so aku dah sampai limit dan terpaksa delete gambar2 lama. Sayang la plak kan. Aku tatau la pesal aku suka sangat flickr ni. Jadi, aku mencari2 cara nak renew Flickr Pro ku ini.
Sebelum2 ni, aku minta bantuan Dr Jamal(Thanks Doc!) tapi kali ni, aku cari sendiri jalan nak renew. Thanks to rejim tentang tip berkaitan nak renew Flickr Pro menggunakan Maybank VIsa Debit. Seperti semua maklum, sesiapa yang ada buka akaun dengan Maybank, secara automatik akan dapat kad Maybank Visa Debit. Ia adalah kad yang membenarkan tuan/puan membeli secara online disamping menyimpan duit di Maybank lah. Fungsinya hampir sama cam kad kredit, tetapi anda perlu deposit dulu duit sebelum boleh menggunakannya. Selain daripada itu, sekiranya anda ada menggunakan PAYPAL, anda boleh withdraw wang anda daripada PAYPAL ke Maybank Visa Debit ini juga. Jadi tak perlulah anda nak mohon akaun debit lain seperti HSBC atau PUBLIC BANK dll.
Untuk makluman juga, terdapat cas tahunan bila anda menggunakan kad ni sebanyak RM8.00 setahun. Nak tukar kad lusuh anda kepada yang baru dikenakan cas sebanyak RM12.00.
Ok, kembali kepada topik utama hari ini. Actually informasi ini saya sampaikan kerana, puas sudah saya mencari jalan camne nak upgrade/renew sebelum ni tanpa menggunakan credit card. Ditambah pula google gagal mendapatkan informasi untuk saya berkaintan Flickr-Maybank, setelah menggunakan kaedah cuba jaya. Begini cara yang betol. Atleast pada saya….
BAGAIMANA BUKA AKAUN FLICKR PRO DENGAN MAYBANK VISA DEBIT KAD
KEPERLUAN:
1. Anda memerlukan kad Maybank Visa Debit Kad, pastikan balance mencukupi untuk membayar Flickr Pro(skrng ini dalam RM78.00)
2. Anda memerlukan capaian Maybank2u. Sila aktifkan dahulu maybank2u anda.
3. Anda memerlukan akaun FLICKR basic lah
LANGKAH2:
Maybank Registration
1. Buka maybank2u anda (www.maybank2u.com.my)
2. Klik pada HOME > UTILITIES > Maybankard Secure Online Shopping Registration
3. Lengkapkan Form Maybankard Secure Online Shopping Registration berkenaan. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda catit MSOS password anda ditempat selamat. CVV adalah kod yang tertulis dibelakang kad berhampiran tandatangan anda. Jangan berikan nombor kad (didepan) dan kod CVV kepada orang lain. Bahaya!
4. Jika tuan/puan telah isikan maklumat dengan betol. Selepas ini adalah paparan permohonan anda sudah berjaya. Ok, kita p kat flickr plak.
FLICKR ACCOUNT
1. Login ke akaun flickr tuan/puan. www.flickr.com
2. Apabila tuan/puan dah login. Klik pada nama akaun flickr anda di sebelah kanan atas, seperti dibawah
3. Klik pada Upgrade To Pro Account ( saya sudah upgrade, jadi print screen saya tidak keluarlah)
4. Just follow sehingga last step. InsyaAllah tara masalah. Cuma ada satu form sahaja kena isi, CVC dan CVV adalah digit yang sama. Simpan elok2 k.
5. Semuga sukses!