Semalam aku celebrate birthday buah hati intan payungku di Loteng, Teluk Cempedak, Kuantan.
Kami hanya kemari bila ada special event sahaja. Setakat ni, dinner office dan juga sambut birthday.
Cafe ini tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet kerana harganya pada aku yang agak exclusive. Namun kelebihan kepada mereka yang ingin kelainan kerana cafe ini terletak di tepi pantai dan mempunyai roof view. Syok ooo sambil makan sambil dibelai angin pantai…
Hujung minggu aku dimaklumkan ada live band. Tapi aku tak pernah la pulak datang weekend. Sure ramai orang kat sini.
Kenapa kami pilih Loteng? Sebabnya hanya kerana dia berdekatan dengan Teluk Cempedak. Lepas makan terus turun jalan-jalan tepi pantai. Kalau bawa budak-budak memang suka sangat lah, terus berlari kesana-kemari. So within short period of time, boleh celebrate birthday dan juga entertain family. Itu aje.
So, kalau korang rasa-rasa nak mudah dan selesa, ada bajet lebih sikit, masa pulak limited tapi tak nak lepaskan peluang meraikan yang tersayang, boleh cuba di Loteng.
Bye!!!